tips untuk minum air gula supaya tak termuntah

Hi! Saya nak tanya. Ada tak tips untuk minum air gula supaya tak termuntah. Sebab missy ada cakap kalau sampai termuntah minum air gula tu akan terbatal dan kena ulang lagi.

30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Lain orang lain tekak. Mcm saya setiap kali pregnant 2x kena minum walau xda masalah lain Sbb Berat je naik. Kt KK tmpt saya salu ada 2 flav. Satu kosong, satu Oren. Yg sejuk ada panas ada. Tapi disebabkan da puasa dr mlm. Dgn tekak haus. Saya Suka minum sejuk yg kosong. Sbb flav pernah minum Tapi nk termuntah pulak. Lepas tu, saya akan duduk Kat kerusi tmpt ambik nombor smpai 2nd test. Sambil tu baca buku atau lelap Kjp atau buat la activity yg boleh leka jap. Xnk tgk phone Sbb kadang ada content yg buat Kita loya. Itu cara saya la. Alhamdulilah 2 Anak, 4x minum xpernah muntah lagi. Mindset Jgn pkir nak muntah. Pikir benda2 lain ya. Buat Penat badan je Nnty nk ulang Balik

Baca lagi

start puasa dari pukul 12 malam tu , kalau dahaga malam tu minum air masak je sikit buat hilang dahaga , kalau minum banyak2 nanti perut kembung . Pastuh bila dah pagi otw nak minum air gula tu kalau boleh jangan minum air biar je tekak tu kering nanti kita jadi haus tak terasa sangat bila minum air gula tu . Pastuh kalau boleh masa minum tu rilek je jangan paksa2 TENANG JE mcm minum air biasa . Lepas dah minum kumur mulut , jangan banyak cakap diam je , sapu minyak angin rest / tido .

Baca lagi

Sy ok je mana2 swasta atau kerajaan. Tapi kalau rasa nak sedap, pergi swasta. Sedap rasa. Saya dapat blackcurrant sejuk. Rasa membantu sangat hilangkan haus setelah berjam2 puasa tu 🤭 Yang kerajaan punya saya pernah dapat yang biasa dan oren. Tak pernah dapat yg sejuk. So far tak pernah lagi muntah minum air gula cuma kalau KK awam saya jadi pening dan mmg kena tidur sementara nak menunggu 2 jam sebelum ambil darah kali kedua tu.

Baca lagi

saya minum haritu mmg mula2 ok, pastu tegukan yg akhir rasa pening2 dah 😂 tapi saya tak pikir minum air gula, pikir bende lain lepastu stay kat klinik, saya tgok org ke ape jangan banyak sgt gerak, nanti pening jangan teringat minum air gula tadi.. rasa pening2 sis minum je air sejuk seteguk sikit mmg mindset membantu saya hampir juga nak muntah, tp pikir bende lain banyak2 😂

Baca lagi

Bagi sy nk ikut tips sekali teguk sampai habis mmg tak boleh, walaupun sy dapat oren & suam2 masih terasa macam air ubat dan ada bau kk punya🤣 tapi jgn fikirkan sangat, 3x teguk juga laa.. sy rasa 2x teguk je cukup, 3x dh ada rasa nk muntah.. bawak minyak angin pun okay sbb lpas minum rasa pening² lalat 😅 yg penting jgn fikir nk habis cepat ke apa, tenang² je ya

Baca lagi
VIP Member

KK tempat saya benarkan bawa/beli air gula sendiri yg berperisa. Saya beli di shopee jenama Barikel perisa oren dalam RM15 & sejukkan dlm peti ais. Sedap mcm mnum air fanta. Tips taknak bagi muntah, minum one shot, boleh tutup hidung masa mnum tu. Sediakan minyak angin untuk elak pening/mual sementara tunggu.

Baca lagi

mindset awak. masa minum jangan pk pape. lepas minum boleh berkumur utk hilang kan rasa manis tu, jgn minum air yg kita kumur tu pula okay. seminggu sebelom minum air gula cuba kurang kan makan & minum benda manis nak elakkan dr sgkut (ini tips dr dpt dr mommies lain)

Puasa dari 10 malam, esoknya bangun awal pagi kalau boleh pkul 7 tu dah ada depan KK dapat je nombor confirm dapat yg masih suam. Sebaiknya minum tu seteguk, biar rasa kelat2 gula tu hujung2 jangan berenti seketika dan sambung boleh mengakibatkan muntah. 😁

nurse ajar sy,sambil mnum tu gerak kan bola mata ni secara bulatan..mcm ikut arah jam tu..dia ckp blh mrangsang kita dr elak fikir negative..cth,rse nk muntah,pening..sy buat cmtu hritu..alhmdulilah ok..klu x,mnum air gula cnfirm pening rsa nk pitam😂

Sebelum minum tarik nafas dalam dalam. kosongkan otak , jangan fikir nak muntah, manis ke apa jangan fikir telan mcm minum air masak. Telan jangan stop jangan bau. sekali nafas jaa telan. pastu sekat kerengkong. Duduk diam diam jgn fikir nak muntah.