Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy ttc 8yrs. tp sorry to say sy actually xsuka sgt dgr u ckp anak tu rezeki. betul, yes anak tu rezeki tp kita kena usaha. redha + usaha. bukan terus biarkn pd takdir. apa salahnya buat iui? itu pon slh satu usaha juga. ttc mmg kna kuat. stress mmg betul. tp kna kuat. cuba n cuba lg. down, yes. tp kna bangkit blk. and betul apa suami ckp pasal apply iui tu. di hosp gov ada queue dia. sbb nk tggu lama la kna apply awal. tp actually iui xla lama sgt pon nk tggu queue. yg lama tu ivf. btw awak cek dgn dr, cek apa je? klu sblm ni cek utk fertility, lps ni cuba blood test mcm2 utk frequent miscarriage? next time, cuba u bgtau dr nk cek protein s/protein c. sbb sy ttc lama mula2 dr just check fertility. tp asyik fail. 3x ivf fail. lps tu tukar ke hosp pakar fertiliti. dia kata lets check for frequent miscarriage juga. baru jumpa penyebabnya, bru ada ubatnya. u and husband xda masalah nk pregnant. tp miscarry, means u ada masalah nk retain pregnancy. so lain test dia. maybe u xperlu pon buat iui. just perlu ubat yg betul. btw usaha pon usaha juga. jgn lupa relax2 tenang minda pergi bercuti tiap tahun.

Baca lagi
4d ago

Setuju juga dgn komen ni. Tp x smua org boleh kuat mcm ni, ada org jd lg depress bila mau lawan stress. Sy nmpk dgn kwn sendiri ttc, tp lepas dia btl2 redha sbb actually dah usaha dah pn sblum ni tp dia byk redha & Alhamdulillah dah selamat bersalin. Setuju dgt usaha tu penting tp jgn sampai rasa terbeban sampai blh ganggu aktvt harian. Berpada2.

sis, sy ttc 3 tahun after last year gugur bulan april (5w) bulan oct (7w), then ape sy buat.. sy cakap ngn husb sy da tanak pikir. sy nak sibukkan diri. coz sy seorang suri umah mesti banyak pikir kan. sy cari cara tuk lupakan kejap benda2 ni. but still makan je folic acid, vitd3, coq10. sy sibukkan diri kemas rumah, kawan ajak pergi pound exercise. then nak masuk tahun baru azam nak turun berat badan konon nak pakai baju raya size M katanyerrrr pastu bulan mac anniversarry plan ajak husb g semporna sabah tapi 5jan2025 Allah bagi sy rezeki lagi tanpa sy sangka. ape leh ckp, bila kita da redha 100% serahkan semua kat Allah, Allah pasti bagi tanpa kita sedar and sangka. lepas solat jangan tinggal surah maryam ayat 1-11. ayat 10 & 11 dia da bagi hint. tinggal nak buat je sis. sebelum tido niat mintak kat allah nak bangun tahajud. mengadu laa masa tahajud. serah semua kat Dia..

Baca lagi
4d ago

alhamdulillah.Berkat Tawakal.

1st skali kna Tawakal kpd Allah, barulah doa Dan berusaha.Berserah Kepada Allah 💯 smua.Kandungan sya 2x gugur 8 minggu Dan 16minggu,1x meninggal 8 bln.. brmaksud 3x total. Tapi Alhamdulillah,sya Dan suami lgsung x pernah kecewa..terutama sya sendiri yg sentiasa d timpa ujian ini.Bg sya perkara ini biasa kerana ada lg yg UJIANNYA LBIH BERAT.Alhamdulillah berkat kesabaran km Allah kurniakan seorang cahaya mata Dan sekarang sya mengandung lg tapi Masih mngalami ujian semasa mengandung.Kali ni buat Kali ke 2 lpas baby mninggal tu..sya alami Placenta Previa Type 3.Menunggu msa untuk Czer tengah bulan ini.Sya doakan ibu2 semua kuat ya..redha apa ujian yg Allah bg..yg TTC ke.Sya juga dlm bidang Medical sblum in dlm bidang Farmasi.InsyaAllah sya boleh bantu sesiapa yg TTC dg ilmu yg sya ada.Sekiranya nk bertanya boleh wasap sya ye..sya Nurul.0192077304.Fb sya Nurul Atikah Othman.

Baca lagi

better jgn fikirkan pasal zuriat.. itu kehendak Allah yg nak bagi pada kita.. maybe Allah ada aturan jalan untuk kehidupan sis.. Allah mungkin nak sis untuk kuat pada sesuatu benda.. jgn terlalu memikirkan boleh memudaratkan kesihatan.. better sis jaga emosi sbb emosi tu penting lagi² sis pernah dua kali gugur, syurga untuk sis sbb ank sis dh menunggu sis di sana.. ini rutin sy la.. sblm sy kahwin sy amalkan asid folic dan makan makanan berkhasiat.. sy ni tak vege sangat tp klo salad² tu boleh lah.. amalkan tu semua.. slps kahwin belum cukup sebulan perkahwinan dh bunting pelamin.. sy doakan sis pun boleh dapat zuriat.. yg penting jaga emosi dan kesihatan diri.. ABAIKAN APA ORG NAK CAKAP SBB DORG HANYA MENCARI DOSA SAJA.. okay yg tu penting ❤️

Baca lagi

Semoga dipermudahkan urusan sis. Yg pertama sekali, sis jangan rasa stress sbb kalau stress nnt boleh jugak ganggu hormon sis. Yg Utama, percaya anak itu adalah rezeki. Utk iui tak salah jika sis buat kerana itu dikira sebagai salah satu ikhtiar yg sis boleh lakukan. Jangan terlalu meletak kan bila buat iui ni confirm lekat sbb itu akan buat sis sendiri semakin stress sekiranya tidak berjaya. Namun, ini semua rezeki tapi sekurangnya sis cuba dan andai kata mmg rezeki, alhamdulillah. Percaya la, Allah akan dtg kan makhluk kecil tersebut di dalam rahim seorang perempuan yang mempunyai rahim dgn izinNya. Tugas kita berusaha, doa dan tawakal. Insyaallah ❤️

Baca lagi

hai sis, ex ttc with 2x miscarriage here. bg sy klu both of u xde apa2 masalah, no need utk buat iui. sbb nk queue pun ambil masa lama. as for me, sy mmg btul2 jaga emosi sepanjang ttc. suami pula drpd put high hopes, jd santai2 sahaja. sy yg ajar dia utk redha dgn apa2 yg dh berlaku. kita mmg rasa blh jd parents masa tu tp Allah saja yg tahu kemampuan kita. dan alhamdulillah, unexpected pregnancy masa ttc 2y8m, fast fwd my pregnancy went smooth, and safely delivered bby girl at that time. keyword: jaga emosi. mcm mana nk jaga emosi? dgn cara cari bacaan yg tenangkan minda. buat aktiviti yg awk suka.

Baca lagi

Bagi sy, sa kahwin lewat umuran 30an, jd ttc dlm setahun lebih pregnant tp gugur sbb kandungan tak menjadi, lps 3 bulan bercuci pregnant balik. Syukur skg dah masuk 4bulan lebih. Bagi sy, u takde apa2 masalah sbb boleh mengandung secara semula jadi, tak payah buat IUI sbb iui pun tdk menjanjikan kandungan akan sempurna. Iui biasanya doctor suggest bagi mereka yg sukar utk mengandung, tak pernah mengandung, atau suami ada masala dgn sperm count. Bykkan berdoa, dan teruskan mencuba. Jaga pemakanan, ambil prenatal supplement sebaik2nya 3 bulan sebelum mencuba, supaya kualiti telur jadi lebih baik. 🙏🏼

Baca lagi

setiap kali i nmpk preggy mom, i akan doa, supaya dpt rezeki anak.. setiap kali ujan pun, sy doa benda yg sama.. sy tk fkir langsung psal anak even tho sellu tunjuk kt husband, baby comel.. sellu tnya bila kita nk ada rezeki.. tapi alhamdullilah, Allah akn bg rezeki bila tiba masanya.. sy lekat bukan pd msa sy subur.. on off je acid folid, cq10, vit.. opk mmg stop 100%, bila rajin bt opk, mmg stress.. tapi that week mmg makan taugeh je.. sebb tk tw knp mggu tu mmg tekak nk makan taugeh je.. bila test upt, +ve.. rsa mcm tk prcya pun ada.. tkot kna scam...

Baca lagi
13h ago

and dr sruh mkan duphaston.. utk kuatkan rahim..

saya ttc 3 tahun x pernah merasa mengandung atau keguguran langsung, telinga pekak, menangis habus air mata tiap tahun...sampai tahun 2022, betul, bab anak susah diluah dengan manusia, pengharapan mmg sepenuhnya dgn Allah, 2023 saya dah x fikir apa, nak happy je dengan suami...suami pun ok, x push, tup tup bulan 3 Allah dah kirimkan amanah dalam perut..saya x boleh suruh awak sabar, cuma boleh cakap jangan berhenti berdoa

Baca lagi

sy 4x miscarriage dalam masa 5 tahun. cek semua normal. sy nak buat iui, doktor pakar kata kenapa nak buat iui? awak bukan tak boleh mengandung, awak cuma susah nak bertahan lekat tu. iui dan ivf bukan utk kes awak. doc sarankan sy jgn stress physical dan mental. once pregnant usahakan bed rest. sy memang cuti tanpa gaji awal2 pregnancy. sekarang Allah bagi rezeki anak 4 orang. banyakkan berdoa, kurangkan stress

Baca lagi