Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hai sis, ex ttc with 2x miscarriage here. bg sy klu both of u xde apa2 masalah, no need utk buat iui. sbb nk queue pun ambil masa lama. as for me, sy mmg btul2 jaga emosi sepanjang ttc. suami pula drpd put high hopes, jd santai2 sahaja. sy yg ajar dia utk redha dgn apa2 yg dh berlaku. kita mmg rasa blh jd parents masa tu tp Allah saja yg tahu kemampuan kita. dan alhamdulillah, unexpected pregnancy masa ttc 2y8m, fast fwd my pregnancy went smooth, and safely delivered bby girl at that time. keyword: jaga emosi. mcm mana nk jaga emosi? dgn cara cari bacaan yg tenangkan minda. buat aktiviti yg awk suka.

Baca lagi