Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semoga dipermudahkan urusan sis. Yg pertama sekali, sis jangan rasa stress sbb kalau stress nnt boleh jugak ganggu hormon sis. Yg Utama, percaya anak itu adalah rezeki. Utk iui tak salah jika sis buat kerana itu dikira sebagai salah satu ikhtiar yg sis boleh lakukan. Jangan terlalu meletak kan bila buat iui ni confirm lekat sbb itu akan buat sis sendiri semakin stress sekiranya tidak berjaya. Namun, ini semua rezeki tapi sekurangnya sis cuba dan andai kata mmg rezeki, alhamdulillah. Percaya la, Allah akan dtg kan makhluk kecil tersebut di dalam rahim seorang perempuan yang mempunyai rahim dgn izinNya. Tugas kita berusaha, doa dan tawakal. Insyaallah ❤️

Baca lagi