Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

better jgn fikirkan pasal zuriat.. itu kehendak Allah yg nak bagi pada kita.. maybe Allah ada aturan jalan untuk kehidupan sis.. Allah mungkin nak sis untuk kuat pada sesuatu benda.. jgn terlalu memikirkan boleh memudaratkan kesihatan.. better sis jaga emosi sbb emosi tu penting lagi² sis pernah dua kali gugur, syurga untuk sis sbb ank sis dh menunggu sis di sana.. ini rutin sy la.. sblm sy kahwin sy amalkan asid folic dan makan makanan berkhasiat.. sy ni tak vege sangat tp klo salad² tu boleh lah.. amalkan tu semua.. slps kahwin belum cukup sebulan perkahwinan dh bunting pelamin.. sy doakan sis pun boleh dapat zuriat.. yg penting jaga emosi dan kesihatan diri.. ABAIKAN APA ORG NAK CAKAP SBB DORG HANYA MENCARI DOSA SAJA.. okay yg tu penting ❤️

Baca lagi