Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Klu tgh stress better rehat kjp sis sbb stress pn blh jd punca juga..bila stress, hormone mmg ganggu.. ajak husbnd tu rehat dlu g bercuti xyah fikir dlu buat sementara.. btl dah tu yg anak tu rezeki.. semoga sentiasa kuat ye & insyaallah ada rezeki anak nti cuma paling penting jgn stress

Itulah pentingnya bincang benda2 camni before kahwin tu, so that tahu awl expectation suami camne, tk senang nak jaga ank, mybe Allah tu nk hadirkan masa awk dan suami dh sedia, boleh je nak usaha, tk salah pun nak buat iui tu, jgn stress sgt lg effect hormone nnti

cuba usaha pula dari pnjagaan makanan yg sihat2 n ambil supplement tmbahan cnth vitamin kesuburan utk isteri/suami....InshaAllah telur lebih bkualiti..sy prnah ttc n prnah ggur 3kali

bersabar sis..kami 6 tahun TTC. kalau TTC ni kena relax. jaga lifestyle. makan mknn sihat dan bersenam.. dan jgn terlalu stress.

TapFluencer

1st. Cari punca tertekan dan selesai kan dgn baik. 2nd, beritahu suami, cara dia menghadap tu buat puan tertekan? So, chill je.

Sabar banyak2… jgn berputus asa… saya ttc 16tahun.. alhamdulillah skrg tengah pregnant

Somehow stress pun penyebab tak pregnant2 for me

Pm saya sis saya cuba bantu

Kelam kabut btul suami tu ……

8mo ago

Ada sbb kot sis..faktor utama selalunya umur nti dah tua tkut xde jaga anak