Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy ttc 8yrs. tp sorry to say sy actually xsuka sgt dgr u ckp anak tu rezeki. betul, yes anak tu rezeki tp kita kena usaha. redha + usaha. bukan terus biarkn pd takdir. apa salahnya buat iui? itu pon slh satu usaha juga. ttc mmg kna kuat. stress mmg betul. tp kna kuat. cuba n cuba lg. down, yes. tp kna bangkit blk. and betul apa suami ckp pasal apply iui tu. di hosp gov ada queue dia. sbb nk tggu lama la kna apply awal. tp actually iui xla lama sgt pon nk tggu queue. yg lama tu ivf. btw awak cek dgn dr, cek apa je? klu sblm ni cek utk fertility, lps ni cuba blood test mcm2 utk frequent miscarriage? next time, cuba u bgtau dr nk cek protein s/protein c. sbb sy ttc lama mula2 dr just check fertility. tp asyik fail. 3x ivf fail. lps tu tukar ke hosp pakar fertiliti. dia kata lets check for frequent miscarriage juga. baru jumpa penyebabnya, bru ada ubatnya. u and husband xda masalah nk pregnant. tp miscarry, means u ada masalah nk retain pregnancy. so lain test dia. maybe u xperlu pon buat iui. just perlu ubat yg betul. btw usaha pon usaha juga. jgn lupa relax2 tenang minda pergi bercuti tiap tahun.

Baca lagi
4w ago

Terima kasih atas nasihat. Sorry sis. Sejujurnya saya dah jumpa specialist, beberapa klinik saya dah pergi check kondisi saya dan husband. Ada yang kata rahim saya terbalik, tapi bila check dengan specialist dia kata rahim saya okay. Telur semua okay. Sperm suami semua okay. Setiap bulan bila saya period, saya akan pergi jumpa doctor dapatkan nasihat apa patut saya buat. Dr kata saya masih muda dan saya dah pernah mengandung, maksudnya saya boleh mengandung lagi. Dr tak nasihatkan saya buat IUI atau IVF sebab buang duit katanya. Saya pun berurut setiap bulan. Saya makan ubat Q10, Pregnacare, Susu Efferty, Ubat Hormon dan jamu2. Sampai satu tahap saya dah giveup. Betul saya baru je ttc 1 tahun lebih tapi dah giveup. Ada orang lain lagi lama dari saya. Tapi saya tak sekuat orang lain. Ada hari saya cuba positivekan diri saya. Ada hari saya sedih. Orang sekeliling saya satu2 mengandung. Saya fikir kenapa orang lain senang je melekat. Ada yang tak plan nak ada anak tapi senang je lekat. Sa