Nuur I M H profile icon
PlatinumPlatinum

Nuur I M H, Malaysia

Ahli VIPKontributor

About Nuur I M H

seorang ibu ❣️

My Orders
Posts(131)
Replies(27134)
Articles(0)

Unlicensed sonographer?

Nah baca... **** Edit: seperti biasa copy paste link kena filter dan jadi: ***, apapun kalian rujuk post di FB Dr. Imelda ye. Ni copy paste perkongsian Dr. Imelda ⬇️ Di Malaysia ni ada macam-macam drama. Sekarang Malaysian Medical Association sudah memberi AMARAN dan masuk di dalam media berita semalam. AMARAN ini ialah sebab sudah tumbuh macam cendawan sonographer yang tiada lesen di klinik-klinik swasta membuat detailed fetal scan. Ini ialah illegal practice. Pegawai Perubatan atau medical officer di klinik GP swasta juga tiada kelayakan untuk membuat detailed fetal scan, maka tidak boleh validate atau menandatangani report oleh sonographer. Sudah banyak kali saya beritahu ibu hamil yang datang ke klinik saya untuk second opinion selepas mereka mendapat detailed ultrasound scan oleh illegal sonographer tidak berlesen ini di klinik swasta. Saya beritahu pesakit ibu hamil, bahawa sonographer ini tidak dibenarkan membuat detailed fetal anatomy scan tanpa pengawasan dan penyeliaan dari pakar maternal dan fetal medicine. Sonographer ini tidak dibenarkan menjadi independent practitioner, sama seperti radiographer di hospital. Jika anda semua lihat tugas radiographer ialah membuat imej Xray yang terbaik di bawah penyeliaan pakar Radiology, kemudian yang membuat report dan yang memberi kaunseling perubatan tentang dapatan Xray itu bukanlah radiographer tetapi doktor pakar perubatan. Tugas sonographer di hospital itu macam radiographer, iaitu sonographer membuat ultrasound scan di bawah penyeliaan dan pengawasan pakar radiology atau pakar maternal dan fetal medicine (untuk scan baby di dalam kandungan ibu hamil), atau pakar cardiology (untuk echocardiogram) dan sonographer tidak dibenarkan memberi pesakit kaunseling perubatan atau menulis report tanpa pengesahan atau validation dari pakar perubatan. Maka sonographer ini tiada lesen untuk amalan independent practice membuat detailed fetal scan di klinik swasta GP yang tiada pemantauan oleh pakar maternal dan fetal medicine. Apa lagi memberi pesakit kaunseling perubatan kononnya ada risiko baby Downs Syndrome lah, ada echogenic focus di dalam jantung baby lah, ada chorionic plexus cyst lah, macam-macam lagi yang mereka belajar dari buku teks lama-lama yang sudah ketinggalan zaman dan tidak uptodate dan mereka memberi pesakit kaunseling maklumat yang sudah ketinggalan zaman, kurang tepat atau tidak benar. Kemudian ibu hamil ini bimbang sampai tidak tidur berhari-hari dan terpaksa cari pakar maternal dan fetal medicine pula untuk detailed scan lagi sekali dan bayar untuk detailed scan DUA kali. Padahal kalau buat scan dengan sonographer di hospital di bawah pemantauan pakar, jika ada kemushkilan atau perkara yang sonographer tidak pasti, atau apa-apa yang tidak normal, pakar akan terus ambil alih untuk menyelesaikannya tanpa pesakit membayar dua kali untuk perkhidmatan yang sama. Baru-baru ini, ada kes bayi meninggal dunia selepas bersalin sebab sonographer di klinik GP membuat detailed scan dan kata semua normal, padahal tidak nampak ada kecacatan serious yang dipanggil congenital diaphragmatic hernia. Jika pesakit saman sonographer ini, mereka tidak boleh membela diri di mahkamah sebab tiada lesen amalan yang diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebab itulah saya beritahu setiap ibu hamil yang nak bersalin dengan saya, jika mereka sudah buat detailed fetal scan di klinik GP, saya terpaksa ulang semula detailed scan ini seolah-olah ibu hamil ini tidak pernah buat detailed scan. Sebab kalau saya terima lapuran detailed scan dari sonographer yang saya sudah tahu tidak ada lesen, saya lah yang kena ambil tanggungjawab tentang apa-apa yang berlaku kepada ibu dan bayi ini. Maka ini menjadi tanggungjawab saya memberitahu ibu hamil bahawa saya tidak boleh terima laporan ultrasound detailed scan yang ditulis oleh pengamal yang tiada lesen perkhidmatan. Sekarang, sudah ada AMARAN, oleh Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Obstetric & Gynaecology Malaysia. Sekarang dengan amaran ini di dalam media berita, masyarakat juga lebih cerdik. Sekarang diharapkan ada penguatkuasaan undang-undang menghentikan illegal practice seperti ini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Perkongsian yg baik...

https://www.facebook.com/100000982944658/posts/28785048834444498/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v Sejak tahu tentang hadis ini, saya mula memandang urusan mendidik anak kecil dengan kaca mata berbeza. مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim) Urusan kita bersama anak, adalah urusan memudahkan anak. Anak yang masih tak boleh bercakap, kita ajar mereka. Anak yang nak susu, kita buatkan susu. Anak yang tak mampu nak masak sendiri, kita masakkan makanan. Anak yang tak mampu nak ambil sesuatu yang tinggi, kita tolong ambilkan. Kita sebagai ibu yang ada ilmu dan keupayaan , bantu dan ajar anak supaya urusan anak kita menjadi lancar. Dalam memudahkan urusan anak, The ultimate goal , Ganjarannya, Allah akan mudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Tiadalah impian yang paling besar, selain dapat dimudahkan urusan di akhirat. Bayangkan di padang Mahsyar, dikala berbillion orang, kita ini bagaikan semut sahaja . Ketika itu, dengan rasa cemas, hanya mengimpikan moga dimudahkan urusan hisab dan pengadilan untuk kita. Jadi, hadis ini boleh jadi motivasi kita dalam mengurus keperluan anak -anak yang mungkin tiada henti. Sesungguhnya mereka adalah jalan kebaikan-kebaikan yang memudahkan urusan kita di akhirat dan juga membawa kita ke syurga. :)

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Nah baca pasal keperluan seks suami isteri.

https://www.facebook.com/100047467836453/posts/pfbid02SN1UGz4mn4hQS1wtoFtgFQY7nhoDsBhfqusPBvf2uicJPvD767zpuqa7aCSJP1Lol/?app=fbl “Puan, jangan pandang rendah pada keperluan seksual suami. Bahaya” kata saya. Dipendekkan cerita. Ia adalah perbualan saya dalam satu sesi kaunseling yang saya lakukan di pusat kaunseling saya. “Saya faham En Fadzli, tapi dia juga kena faham. Saya tak de mood. Lagipun saya penat bekerja. Kerja saya bukan kerja pejabat. Saya business online. Jadi nak kena melayan customer. Lagipun belajar lah tahan nafsu sikit. Asyik mahu je” jawabnya. Itu luahan isteri. Saya tak boleh tentukan ianya betul atau salah. Tugas saya hanya menimbulkan celik akal supaya dia nampak dari sudut perspektif suami juga. “Puan, seksual ni adalah keperluan biologi kerana Allah ciptakan lelaki dengan hormon testosterone yang banyak. Jadi keperluannya tinggi. Bukan sekadar kemahuan. Ibarat makan. Puan makan banyak tak? Suami makan banyak tak? Bab makan pun dah berbeza kan. Makan ni boleh tahan diri dari makan? Boleh. Sebab itu adanya puasa. Tapi berapa lama boleh tak makan? Emosi kita boleh tahankan, jangan makan. Tapi biologi dah tak tahan. Pedih rasa perut, berangin dan lagi teruk kena gastrik. Keperluan seksual tak lah sampai jadi gastrik. Heheh. Tapi puan, kesan yang lebih besar adalah emosi. Lelaki yang tak dapat,keperluan emosinya mudah terganggu , makin sensitif dan lebih bahaya mudah terangsang visualnya. Ini kebiasaannya. Ada kajian mengenainya. Bayangkan puan, dalam keadaan beginilah, lelaki nampak semua wanita cantik. Rakan pejabat nampak menawan dan seksi. Mata jadi makin meliar. Diperhatikan bentuk badan kawan perempuan. Bayangkan suami puan adalah suami yang baik. Dia nak jadi orang baik, cuba jaga mata, pandangan dan diri agar tak buat benda haram. Saat dia perlukan puan yang sudah halal padanya, tiba-tiba puan tidak berfungsi, tidak mahu untuk meredakan keperluannya atas alasan puan takde mood dan busy. Menyelesaikan keperluannya bukan ambil masa yang lama pun puan. Tapi besar impaknya. Peranan puan besar sebenarnya untuk bantu dia jaga diri dan jadi baik”. jelas saya dari sudut pandang lelaki. “Tapi en fadzli, saya tanya kawan-kawan saya suami diorang tak macam tu pun. Takdelah seminggu sekali tapi ada yang sebulan sekali”. “Puan, puan kahwin dengan suami puan, bukan suami kawan puan. Cara makan pun berbeza-beza apatah lagi keperluan seksual. Jangan bandingkan. Ada lelaki, kalau keinginan dia tinggi, tapi jarang bersama isteri, ada kemungkinan dia lepaskan sendiri. Samada melalui pornografi dan masturbasi. Yang saya risau kalau dia ‘makan luar’. Ini berlaku kalau dia tak kuat agama. Ada ilmu agama tak semestinya kuat agamanya. Ada orang kuat pegangan agamanya walau kurang ilmunya”. jelas saya. “Faham...hmmmm”. “Puan, kalau puan nak suami puan jadi orang yang baik, maka puan bantulah dia uruskan nafsunya. Keperluan seksual suami tak akan dapat diuruskan sendiri melainkan isteri. Sebab itu dia kahwin dengan puan. Ekslusif puan adalah pengurus nafsunya. Maka peranan puan besar. Andaikata dia curang walaupun telah buat segalanya, paling tidak puan sudah berlepas diri dengan dosanya sendiri.” Penting juga isteri untuk memahami karekter lelaki dan keperluannya lebih mendalam. Sebab saya sedang menulis satu buku khas untuk isteri iaitu tentang bagaimana memahami lelaki dan apa keperluannya secara khusus dan bagaimana seni berkomunikasi yang sesuai. Saya seterusnya menyambung lagi sesi untuk teroka lebih mendalam. Wallahuaalam #fadzliaziz #akauncinta #pudarcinta #bijakemosi #minorchangesmajorimpact ———————————————-

Read more
undefined profile icon
Write a reply