Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy 4x miscarriage dalam masa 5 tahun. cek semua normal. sy nak buat iui, doktor pakar kata kenapa nak buat iui? awak bukan tak boleh mengandung, awak cuma susah nak bertahan lekat tu. iui dan ivf bukan utk kes awak. doc sarankan sy jgn stress physical dan mental. once pregnant usahakan bed rest. sy memang cuti tanpa gaji awal2 pregnancy. sekarang Allah bagi rezeki anak 4 orang. banyakkan berdoa, kurangkan stress

Baca lagi