Tertekan dengan TTC

Saya dan suami dah 1 tahun 8 bulan mencuba untuk hamil. Pernah 2 kali gugur. Yang pertama 5 minggu, yang kedua nak masuk 12 minggu. Keadaan mental dan emosi saya ada masa saya redha tapi ada masa saya rasa down sangat. Suami pula jenis yang letak harapan tinggi. Dah check doctor dua2 tiada masalah. Alhamdulillah. Suami saya suruh saya apply untuk buat iui di hospital kerajaan. Kerana dia cakap sekarang dah banyak buang masa mencuba. Saya rasa sangat tertekan, emosi tak stabil. Macam mana kalau buat iui masih tak menjadi? Bukan ke rezeki anak ni rezeki dari Allah. Saya tak tahu nak luahkan dekat siapa. Hanya mampu menangis selepas solat sahaja.

19 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis, sy ttc 3 tahun after last year gugur bulan april (5w) bulan oct (7w), then ape sy buat.. sy cakap ngn husb sy da tanak pikir. sy nak sibukkan diri. coz sy seorang suri umah mesti banyak pikir kan. sy cari cara tuk lupakan kejap benda2 ni. but still makan je folic acid, vitd3, coq10. sy sibukkan diri kemas rumah, kawan ajak pergi pound exercise. then nak masuk tahun baru azam nak turun berat badan konon nak pakai baju raya size M katanyerrrr pastu bulan mac anniversarry plan ajak husb g semporna sabah tapi 5jan2025 Allah bagi sy rezeki lagi tanpa sy sangka. ape leh ckp, bila kita da redha 100% serahkan semua kat Allah, Allah pasti bagi tanpa kita sedar and sangka. lepas solat jangan tinggal surah maryam ayat 1-11. ayat 10 & 11 dia da bagi hint. tinggal nak buat je sis. sebelum tido niat mintak kat allah nak bangun tahajud. mengadu laa masa tahajud. serah semua kat Dia..

Baca lagi
8mo ago

alhamdulillah.Berkat Tawakal.