Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

hai Dr Eason Chang selamat sejahtera saya nak tanya bagaimana kita hendak mengetahui yang anak kecil mengalami tanda atau simptom diabetes? dan bagaimana cara untuk merawat anak yang mengalami diabetes pada peringkat awal. selain daripada itu soalan kedua saya ialah jika kita mengalami tekanan darah rendah serta ada masalah kurang gula dalam badan adakah kita juga boleh mengalami diabetes??.. Terima kasih doktor atas jawapan nya😊🌹

Baca lagi
VIP Member

Hi doktor. Saya mommy nora Ikin. Nk bertanya. Apakah tanda tanda.bila kena penyakit diabetes. Dan bagaimana caranya utk mengurangkan gula dlm makanan dan minuman. Dan cara mengatasi masalah kanak2 yg suka makanan yg manis. Tu saja soalan saya Doctor. Tq 😊😊

2y ago

Hi Puan Nora, tanda-tanda diabetes adalah seperti sentiasa haus, kerap kencing, penurunan berat badan dan kemungkinan mengalami jangkitan kuman seperti jangkitan kulit. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat dan mengambil sayur dan buah buahan yang lebih banyak dan banyak minum air setiap hari. :)

Hai doktor, nak tanya. Adakah probability besar selepas bersalin ibu itu akan ada GDM lagi ? Kenapa selalu hypo dan lapar? Adakah gula tinggi dalam darah dalam jangka masa panjang akan menyebabkan buah pinggang akan rosak? Boleh sembuh ke penyakit ini?

2y ago

Kemungkinan menjadi GDM atau diabetes pada masa hadapan lebih tinggi untuk ibu yang mengalami GDM. Sekiranya kawalan gula tidak bagus, kemungkinan kerosakan organ seperti buah pinggang mungkin terjadi pada jangka panjang.

Hello Dr. Chang, what would be your best advice for diabetes patients when it comes to refine carbs such as white rice, noodles, breads. Do they have to avoid taking refine carbs so their glucose level won't spike?

2y ago

Hi, I will likely recommend that you see a dietitian to help you develop a healthy-eating plan and identify best meal plan that suits your body.

Selepas minum gula di kk, doktor kata saya ada GDM. Apa tu sebenarnya doktor? Perlukah saya berpantang makan? Apa yang boleh dan tak boleh makan? Kalau langgar pantang, baby saya tak berkembang dengan baik ke?

2y ago

Hi, GDM adalah ringkasan daripada istilah gestational diabetes mellitus atau diabetes gestasi. Ia adalah keadaan kencing manis yang berlaku sewaktu hamil sahaja. Jika kencing manis biasa berlaku disebabkan oleh tabiat pemakanan, kencing manis gestasi pula berlaku disebabkan hormon plasenta semasa hamil. Semasa seorang wanita sedang hamil, hormon yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang tubuh daripada menggunakan insulin dengan berkesan. Gula darah kemudiannya akan berkumpul dalam darah dan tidak diserap oleh sel. Saya sarankan Puan berjumpa dengan Pakar Pemakanan (Dietitian) untuk mendapatkan plan pemakanan yang bersesuaian dengan kondisi Puan.

Doktor nak tanya! Arwah moyang saya pernah ada kencing manis. Atuk saya takde. Tapi bapa dan mak saya ada kencing manis. Adakah saya juga akan ada kencing manis? Atau penyakit ini boleh skip satu generasi?

2y ago

Hi, kencing manis dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. Namun, ia tidak bermakna bahawa anda pasti akan mendapat kencing manis sekiranya ibu atau bapa anda mempunyai penyakit ini. Anda hanya mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat diabetes keturunan disebabkan faktor genetik keluarga. Amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan dengan baik. 😊

selamat pagi doktor, adakah diabetes boleh diwarisi melalui genetik daripada sejarah keluarga yang pernah menghidap diabetes? dan bagaimana mengetahui tanda-tanda kanak-kanak yang menghidap diabetes?

2y ago

Hi Alnah, kencing manis dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. Namun, ia tidak bermakna bahawa anda pasti akan mendapat kencing manis sekiranya ibu atau bapa anda mempunyai penyakit ini. Anda hanya mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat diabetes keturunan disebabkan faktor genetik keluarga. Dan antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada kanak-kanak adalah seperti berikut cepat haus, selalu lapar, sentiasa kelihatan letih dan kehilangan berat badan.

Kanak kanak pun boleh dapat diabetes ke? Nanti penyakit ni bagi kesan pada perangai mereka tak? Adakah mereka akan kurang aktif atau kurang berkembang seperti kanak kanak lain?

2y ago

Hi, Diabetes Type 1 merupakan jenis diabetes yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Bahkan kanak-kanak yang menghidap diabetes ini tak semestinya mereka yang selalu makan makanan manis atau mempunyai berat badan berlebihan. Antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut cepat haus, selalu lapar, sentiasa kelihatan letih dan kehilangan berat badan.

hi doctor... kali kedua minum Air gula bacaan sayq 7.9. tetapi setelah melakukan test sdr bacaan pd paras yg baik Ankara 4.5-5.8.♧ adakah saya masih LG berisiko? tq

Hi doc! We always see Western style meal plans when someone is diagnosed with diabetes. How do we eat healthy Asian meal? Personally, I can’t stop eating rice or lauk!

2y ago

Hi Anis, you may replace normal rice to brown rice or cauliflower rice :)