Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Doktor nak tanya! Arwah moyang saya pernah ada kencing manis. Atuk saya takde. Tapi bapa dan mak saya ada kencing manis. Adakah saya juga akan ada kencing manis? Atau penyakit ini boleh skip satu generasi?

3y ago

Hi, kencing manis dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. Namun, ia tidak bermakna bahawa anda pasti akan mendapat kencing manis sekiranya ibu atau bapa anda mempunyai penyakit ini. Anda hanya mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat diabetes keturunan disebabkan faktor genetik keluarga. Amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan dengan baik. 😊