Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

selamat pagi doktor, adakah diabetes boleh diwarisi melalui genetik daripada sejarah keluarga yang pernah menghidap diabetes? dan bagaimana mengetahui tanda-tanda kanak-kanak yang menghidap diabetes?

3y ago

Hi Alnah, kencing manis dikategorikan sebagai penyakit yang boleh diwarisi. Namun, ia tidak bermakna bahawa anda pasti akan mendapat kencing manis sekiranya ibu atau bapa anda mempunyai penyakit ini. Anda hanya mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat diabetes keturunan disebabkan faktor genetik keluarga. Dan antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada kanak-kanak adalah seperti berikut cepat haus, selalu lapar, sentiasa kelihatan letih dan kehilangan berat badan.