Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doktor. Saya mommy nora Ikin. Nk bertanya. Apakah tanda tanda.bila kena penyakit diabetes. Dan bagaimana caranya utk mengurangkan gula dlm makanan dan minuman. Dan cara mengatasi masalah kanak2 yg suka makanan yg manis. Tu saja soalan saya Doctor. Tq 😊😊

4y ago

Hi Puan Nora, tanda-tanda diabetes adalah seperti sentiasa haus, kerap kencing, penurunan berat badan dan kemungkinan mengalami jangkitan kuman seperti jangkitan kulit. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat dan mengambil sayur dan buah buahan yang lebih banyak dan banyak minum air setiap hari. :)