Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kanak kanak pun boleh dapat diabetes ke? Nanti penyakit ni bagi kesan pada perangai mereka tak? Adakah mereka akan kurang aktif atau kurang berkembang seperti kanak kanak lain?

3y ago

Hi, Diabetes Type 1 merupakan jenis diabetes yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Bahkan kanak-kanak yang menghidap diabetes ini tak semestinya mereka yang selalu makan makanan manis atau mempunyai berat badan berlebihan. Antara tanda awal kencing manis yang boleh dilihat pada bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut cepat haus, selalu lapar, sentiasa kelihatan letih dan kehilangan berat badan.