Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, di Pantai Hospital Ampang
Setiap ibu pasti inginkan perjalanan kehamilan yang sihat, namun menurut kajian, 10-20% ibu hamil mengalami keguguran. Adakah anda pernah melalui keguguran? Apakah punca keguguran? Bagaimana cara untuk mengelakkan ia berlaku? Apakah tanda-tanda awal keguguran? Jom tanya segala soalan berkaitan topik ini terus kepada pakar jemputan kami, Dr Sai Sudha, Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di Pantai Hospital Ampang pada 22 Jun 2022, Rabu jam 3 petang. *NOTA: Segala persoalan di luar daripada waktu dan topik yang ditetapkan akan dibuang atau tidak dijawab.
Hi Dr. Sy nak tanya sy ada tanda2 hamil . sy ada check upt naik dua line samar2 . kurang yakin sy beli upt clear blue , sy check dlm beberapa minggu selepas itu then result positive samar2 jugak . Then keesokkannya sy period . Disini sy terdapat kekeliruan , adakah sy pregnant atau tidak . Actually sebelum test upt haritu sy ada keluar seperti bercak darah warna merah muda setitis dua . bila sy check di Google tanda2 hamil . then sy ada cramp perut , demam dua tiga hari . nipple sakit bengkak , buang air kecil ngilu rasa . adakah sy mengandung ya sebelum period tu tiba ataupun sy keguguran,atau checimal pregnancy ? mohon pencerahan ya Dr. TQ 😌
Baca lagiHai Dr, saya ada pengalaman keguguran sebelum ini semasa usia kandung masuk 9 minggu dimana jantung bayi tak dapat dikesan dan tak lama saya mengalami tumpah darah yang banyak. Saya nak tanya Dr apakah sebab pemakanan atau gaya hidup menyebabkan terjadi perkara ini dan sekarang saya mengamalkan pengambilan acid folik dan vitamin D. Adakah vitamin D boleh diambil juga sekiranya mengandung?
Baca lagiHi Pn. Ya folic acid dan vitamin D boleh diambil. Keguguran ada banyak sebabnya. Sebab2 utama keguguran : - factor genetic / Chromosome yang tidak normal adalah salah satu sebab utama - masalah kesihatan yang tidak dikawal baik seperti kencing manis - ubat yang tidak sesuai untuk wanita mengandung - masalah perubatan lain seperti Anti-phospholipid syndrome etc - adakala, sebab tidak dapat ditentukan
Hai Dr Sai, Saya tengah mengandung 39 minggu 2 hari. Perut saya skrg ni rasa macam senak cramp je sebelah kanan kadang kadang sebelah kiri .ada waktu dua dua sekali gus .adakah itu tanda untuk bersalin ye sama macam contraction ke? dan kandungan saya sangat active sejak akhir akhir ini sbeelum saya kena serah diri pada hari sabtu ni 25/6/2022..
Baca lagiHi Pn. Tahniah- tak lama lagi akan bergelar IBU. Contraction adalah apabila kita rasa perut mengeras dan sakit. Mengeras ini akan menjadi lebih kerap ie interval dia semakin pendek. Mungkin kontraksi Pn masih jarak2. Anak aktif adalah bagus.
Hello Dr. Sai, saya pernah keguguran masa kehamilan pertama di awal kandungan (4 weeks +). Baru-baru ni dapat good news and kandungan baru usia 3-4 minggu. Happy but trauma sikit dlm masa yg sama sbb ada history. Boleh share tips utk prevent keguguran? Biasanya apa sebab² utama yg menyebabkan keguguran ya doc?
Baca lagiWelcome 🙏🏻
Apakah rasa cramp di bhgn pubic dan sakit tulang pinggul merupakan tanda amaran keguguran? Rasa tersebut datang dan pergi. Dan selalunya terasa bila terlalu banyak berdiri atau duduk dlm posisi sama dgn lama. Kandungan 5-6minggu.
Hi Pn. Jika rasa cramp berterusan atau cramp dengan pendarahan dari faraj, maka itu adalah bahaya dan harus rujuk Dr.
Hi Dr Sai, Saya pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertama dlm usia kandungan 6-7 weeks. Saya seorang yg aktif dan underweight. Adakah kurang berat badan juga menjadi faktor utama susah utk hamil dan keguguran?
Sama2
Hi Dr. Saya mengandung 27minggu dan ada spotting darah sikit selama 3 hari berturut. Saya juga mengalami sakit perut di bahagian kiri dgn kerap. Adakah ini normal utk trimester kedua? Thanks.
Hi Pn. Pendarahan sewaktu mengandung adalah tidak normal. Saya nasihatkan untuk pls jumpa Dr
Hai Dr, kandungan saya 26 minggu 6 hari. saya demam dan batuk. harini ada keluar sikit darah coklat dan sikit ketulan sebesar biji selasih yang bila dipicit kuar darah. Boleh Dr jelaskan?
Hi Pn. Pn perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Susah untuk saya bagi penjelasan tanpa pemeriksaan. Apabila mengandung, tidak seharusnya ada pendarahan.
Hi Dr. Sai, betul ke ibu kena pantang banyak makanan dalam trimester pertama untuk elak keguguran? Contoh makanan: Nenas, sushi, air tebu, sesetengah seafood/jenis ikan, dsb.
Sama2
Hi Dr Sai, Apakah perkara yang perlu dielakkan untuk dilakukan ketika awal kehamilan agar tidak terjadinya keguguran? Selain angkat benda berat. Terima kasih,Dr.
Hi Pn. Elakkan: - ikan/ daging yang separa atau tidak masak - eg: Sashimi, sushi - merokok ataupun asap rokok - Contact sports - angkat berat - Ubat/ supplements yang kita tidak pasti kandungannya - terlalu banyak kafein - membersihkan najis kucing peliharaan - activity yang berisiko jatuh
Mummydoc