Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur

Tanya soalan tentang Rawatan Kesuburan (IVF) untuk TTC pada Khamis, 29 Julai 2021, jam 3 petang. Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kejayaan rawatan kesuburan yang tertinggi di dunia iaitu pada kadar 67%, berbanding purata global (40%)? Rawatan kesuburan membolehkan ramai wanita memfokuskan tumpuan terhadap kerjaya mereka sebelum membina keluarga. Bagi pesakit kanser pula, mereka mempunyai harapan untuk membina keluarga semula selepas sembuh. Sesi ini akan dijawab secara terus oleh pakar jemputan iaitu Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang dan tanya secara terus segala persoalan anda pada sesi kali ini. *NOTA : Segala pertanyaan di luar daripada topik dan waktu yang tertera akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Adilah Ahmat, Pakar O&G dengan kepakaran dalam Perubatan Kesuburan, Pantai Hospital Kuala Lumpur
29 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum,doktor,, saya citra, saya nak tanya,,,saya last period 16 juni 2021,,dan saya positif mengandung masuk 2 bulan ini,,,yang saya tanyakan ini,hari ini 29 julai 2021 kenapa saya datang haid,,, apakah itu saya keguguran atau saya masih mengandung doktor?? pasal kawan saya cakap,dia pun sama sampai 6 bulan mengandung masih saja keluar haid,,, saya takut dengan bayi saya doktor...apa saya masih mengandung atau tidak??dan saya pun kalau minum susu hamil rasa coklat,,,saya pasti muntah,,, apa itu baby tak nak terima doktor?? maaf,itu saja sementara dulu doktor yang saya tanyakan,,, wassalamualaikum,wr,wb

Baca lagi
3y ago

iya,,,mungkin saya salah kira,,,saya guna test pregnant kat rumah,,,mungkin saya nanti akan cek doktor,,,

salam Dr, Harap semuanya sihat2 aje, n dijauhi wabak covid. saya nk bertanya adakah amh low,pcos dan low morphology only 1% mempengaruhi kualiti telur. IVF pertama saya sampai stage opu je pastu telur x berkembang jadi embryo. Doktor saya ckp sebb telur saya sikit dan menjejaskan kualiti telur saya. Sampai sekarang saya rasa bersalah menjadi punca x hamil lagi 😭

Baca lagi
3y ago

Thank you so much dr menjawab soalan saya. husband sy makan profotil selama 3 bulan sebelum ivf, sy makan dhea selama 3 bulan jugak.

Super Mum

hai Dr.. sy trlupa perancang suntikan kelmarin Dan Ada niat NK Henti mrancang suntik.. NK mrancang sendiri.. sejak suntik perancang haid sy scalit ja Dan berlarutan shingga 2 3 Bulan.. tulang punggung yg tempat suntik mula ngilu serta pinggang.. baby MC lg kecil 8 Bulan.. APA pandangan doktor BG sy yg beranak 7 sdh.. perlu tukar perancang atau bagaimana

Baca lagi
3y ago

sy takut untuk mcuba .. tapi Dalam masa Tu trauma juga NK beranak LG... confuse🥺

Slam doc Ni ivf sy ke 4...5 Kali fet fail...YG ni fresh transfer...embrio day4 Dan 13 cell...8dpt4dt bacaan darah 8.47...10 dpt4dt bacaan 13.46...upt semua dh Makin terang sikit...sblom ni tak pernah dapat upt double n bacaan smua bawah 2.lg seminggu repeat beta HCG...doc Rasa ada harapan tak u saya...

Baca lagi

Salam, doc! Saya ada beberapa soalan nak tanya: 1. Kalau kita dah freeze embryos, berapa lama kita boleh simpan sebelum kita transfer? 2. Ada tak risiko embryos boleh rosak atau cacat sepanjang tempoh freezing? 3. Selain EPF, ada tak badan lain yang boleh support pembiayaan IVF? Tabung Haji ke?

Baca lagi
3y ago

Selain daripada EPF, cuma ada TAFF iaitu Tunku Azizah Fertility Foundation tetapi yang ada kriteria dia. So Puan periksa di website TAFF ye.

Dr. Adilah, boleh saya tanya? Dalam group TTC di Facebook, ramai betul yang berkongsi nama-nama ubat mcm Duphaston, Metformin, Clomid, Cholecalciferol, mcm2 lg. Boleh doktor explain apa fungsi ubat tu? Dan kalau saya mula buat IVF, adakah saya akan diberi ubat2 yg sama?

Baca lagi
3y ago

Sebenarnya, atas etika professional, saya tak boleh sebut pasal jenama ubat-ubat ni... sensitif, Puan... tapi kalau Puan nak tahu, ubat kesuburan ni ada macam-macam. lain doktor, lainlah pilihan dia. Apa-apa pun Puan boleh bincang dengan doktor Puan.

Doktor, boleh ke sy nak dapatkan kepastian? Saya tengok banyak betul produk yang kononnya boleh tingkatkan kesuburan. Kalau sy nak buat IVF, perlu ke saya teruskan? Atau terus berhenti supaya tak clash dengan ubat-ubat yang doktor akan prescribe? Terima kasih, doktor!

Baca lagi
3y ago

Oooh bahaya juga soalan ni... macam mintak endorsement ni... macam ni la Puan, saya nasihatkan Puan tanya dengan doktor Puan ye... tapi berhati-hati dengan sesuatu produk ye ... pertama tu, setiap ubat pun ada kesan sampingan sendiri. Kedua, mungkin ada produk yang sebenarnya bagus walaupun belum jalani kajian klinikal. Cumanya tetap kena berhati-hati, kena ada statistics, baru lah yakin kan . Ketiga, kita takut juga kalau produk tu ada kebarangkalian utk menurunkan peluang Puan utk berjaya hamil selepas IVF. Apa2 pun saya nasihatkan semua wanita yang menjalani IVF utk bersikap jujur dengan doktor masing-masing. Kalau doktor tanya, makan ubat apa, kena bgtau semua. Ada juga patients sy yang sorok2 pasal ambil supplement sampailah dah transfer, baruuuu dia mengaku... Puan kena ingat, IVF ni bukan murah ya Puan... So biarlah investment puan tu berbaloi...

Assalam, doktor. Saya sedang hamil sekarang dan berhajat nak jarakkan kelahiran selepas baby ni. Berapa lama lepas saya bersalin before saya dan suami boleh datang utk IVF? Tujuan kami nak simpan dulu embryo. Penat nak hamil lagi selagi COVID tak habis ni.

Baca lagi
3y ago

Adakah ni maksudnya Puan ada simpanan embryo lebih? Atau Puan hamil sekarang secara natural. Tapi kalau Puan hamil secara IVF dan ada embryo lebih, Puan kena ingat untuk check ngan IVF centre Puan tu tentang kos penyimpanan telur. Takut nanti bila Puan terlepas pandang pasal bayaran simpanan tahunan tu, nanti takut embryo Puan dilupuskan... Sayang tu!

Assalamualaikum, Dr. Adilah, Saya ada buat research di Internet dan survey perkongsian dalam group TTC, ramai juga yang buat IUI tapi gagal dan terpaksa buat IVF. Apa beza dua rawatan ni? Dan ada bukti tak mana satu yg lebih menjamin kehamilan?

Baca lagi
3y ago

IVF pula tak perlukan tiub falopio dan dalam bekas yang sama, telur dan sperma diletakkan sekali untuk disenyawakan. Kalau ICSI, sperma akan disuntik masuk ke dalam telur. Dalam IVF, telur dan sperma bertemu dan boleh bersenyawa. Manakala IUI punya, kita tak pasti sama ada telur dan sperma tu bertemu untuk disenyawakan.

Salam... 1 Dr saya sudah divaksin 1st dose..adakah ivf saya akan efek. Perlukah saya tangguhkan hasrat untuk buat ivf. 2. Kalaulah saya dah ada embrio ..tinggal nak transfer shj. Dan saya dah terima 1st dose cov vaksin.sesuai ke buat transfer.

Baca lagi
3y ago

As-salam Dr Adilah, isteri sy masih menunggu turn untuk 2nd dose pfizer dan pada masa yg sama kami juga sudah memiliki embrio yg telah dibekukan dan sedia untuk FET. Adakah isteri sy juga perlu menunggu selama 2 bulan selepas menerima suntikan kedua vaccine untuk FET? Apakah rasionalisasi untuk tempoh 2 bulan tersebut?