Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok

Bacaan gula dalam darah tinggi? Adakah itu tanda-tanda menghidap diabetes? Adakah penyakit diabetes ini boleh berjangkit dan memudaratkan? Jom tanya semua persoalan dengan Doktor pakar jemputan kami secara terus ia itu Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok pada 26 November 2021, hari Jumaat. *NOTA :Sebarang soalan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan mungkin akan dipadam atau tidak dijawab langsung.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Eason Chang, Pakar Perubatan Dalaman, Pantai Hospital Laguna Merbok
23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Selepas minum gula di kk, doktor kata saya ada GDM. Apa tu sebenarnya doktor? Perlukah saya berpantang makan? Apa yang boleh dan tak boleh makan? Kalau langgar pantang, baby saya tak berkembang dengan baik ke?

3y ago

Hi, GDM adalah ringkasan daripada istilah gestational diabetes mellitus atau diabetes gestasi. Ia adalah keadaan kencing manis yang berlaku sewaktu hamil sahaja. Jika kencing manis biasa berlaku disebabkan oleh tabiat pemakanan, kencing manis gestasi pula berlaku disebabkan hormon plasenta semasa hamil. Semasa seorang wanita sedang hamil, hormon yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang tubuh daripada menggunakan insulin dengan berkesan. Gula darah kemudiannya akan berkumpul dalam darah dan tidak diserap oleh sel. Saya sarankan Puan berjumpa dengan Pakar Pemakanan (Dietitian) untuk mendapatkan plan pemakanan yang bersesuaian dengan kondisi Puan.