Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala

'Boleh ke ibu hamil mendapatkan vaksin Covid-19? Bersalin sewaktu pandemik, boleh ke suami teman dalam dewan bersalin? Bahaya atau tidak ibu menyusukan badan mendapatkan vaksin Covid-19?' Jom tanya semua soalan anda secara terus dengan pakar kami pada 3 Jun 2021, Khamis, jam 3 petang berkaitan dengan Covid-19 & Kehamilan. Serta proses kelahiran sewaktu pandemik, vaksinasi Covid-19 untuk ibu hamil, ibu selepas melahirkan dan ibu menyusu badan. *NOTA : Segala soalan diluar daripada topik & waktu yang ditetapkan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Lily Diana Zainuddin, Pakar Perubatan Pernafasan, Pantai Hospital Kuala
39 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor, saya ada asma dan akhir akhir ni kerap diserang asma pada waktu pagi. suami bercadang nak saya bersalin di hospital swasta tetapi memandangkan keadaan asma saya yg kerap menyerang di pagi hari, suami tukar plan utk saya bersalin di hospital kerajaan. suami kata kalau ada asma nanti hospital swasta akan refer saya ke hospital kerajaan, betul ke doktor? Dan lagi satu, kalau waktu nak bersalin nanti saya diserang asma, akan ada komplikasi yg teruk ke? saya mild asma dan memang standby inhaler tapi saya cuba utk bergantung pada inhaler.. salah ke cara saya yg nak kurang bergantung pada inhaler?

Baca lagi
4y ago

Hi Puan.. alamak, puan ada asma ye? kenapa puan tak jumpa pakar pernafasan untuk periksa dan rawat asma Puan? Sebab kalau Puan hamil dan ada asma, ada kebarangkaliannya begini. 30% boleh baik. 30% takde perubahan.. dan ini yang kita taknak, 30% yang akan semakin teruk. Sebaiknya Puan jumpa doktor ya. Kalau nak datang ke hospital saya pun tak apa. Pintu saya sentiasa terbuka. Pasal hospital kerajaan atau swasta tu sama saja. Cuma di hospital swasta, Puan akan dirawat oleh doktor pakar SAHAJA. Kita di sini tak serahkan kes kepada doktor pelatih. Waktu Puan bersalin nanti, kalau puan diserang asma, memang boleh guna inhaler, tapi kena pastikan teknik dan inhaler yang betul. Dan juga kalau ada masalah lain yg berkaitan, harus dirawat. Ini sekadar nasihat ya, Puan. Waktu bersalin, stress hormone akan naik dan boleh jejaskan pernafasan dan kawalan asma. Jika tak dapat dikawal dengan baik, risiko untuk pernafasan terhenti langsung adalah tinggi kerana salur pernafasan tu boleh menjadi sangat

Assalamualaikum Doctor, Saya tengah menyusu anak masuk 6 bulan; 1) Apakah vaksin Covid-19 tertentu yang sesuai untuk ibu yang menyusu badan? 2) Apakah kesan terhadap anak yang minum susu daripada ibu yg telah divaksin? Mohon penjelasan jika ada gejala perbezaan, antara vaksin pertama dan kedua 3) Mana lebih elok utk ibu menyusu badan - tunggu untuk tempoh masa yang tertentu, atau divaksin.. sedangkan tiada data yang menckupi bg golongan ini 4) Kes khas - anak ekzema, menyusu ibu yg telah divaksin - jika doc tahu, apakah ada apa2 kesan kepada anak? Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Terima kasih doc, kalau tahu Astra Zeneca blh cucuk, nnt nk daftar vaksin ni bila berpeluang

assalammualaikum dr lily, saya nk tnya mengenai vaksin pfizer yg kkm luluskn untuk ibu hamil adakah benar2 selamat untuk ibu dan baby? sudah ramai ka ibu hamil yg telah divaksin dan apa effect yg telah ibu2 hamil dpt? mcm saya skrg tgh hamil anak pertama(22weeks) dan penah gugur sebelum ini sbyk dua kali jd saya risau jika saya mengambil vaksin ini dan terjadi apa2 kpd baby saya dan dalam masa yg sama juga saya risau dgn keadaan covid skrg yg semakin tinggi krn saya juga bekerja dan berhadapan dgn cust. apa yg patut saya lakukan dr? Terima kasih 😊

Baca lagi
4y ago

ok dr lily , terima kasih atas penerangan yg diberi , nanti saya akan bincang dgn dr yg merawat saya 💞

Assalamualaikum dr.. Saya ada terbaca mengenai vaksin covid yang tidak sesuai untuk ibu hamil, kemungkinan berisiko pada kandungan kerana mengambil vaksin tersebut.. dalam masa yang sama, suami saya dah complete mengambil 2 dos vaksin, adakah bahaya jika kami melakukan hubungan intim dan ada kesan buruk tak pada baby? Sekarang saya hamil 8 minggu, smlm saya ade mengalami kencing keluar darah dan di panties ada tompokan darah berwarna coklat kemerah-merahan..adakah itu salah satu tanda keguguran? Saya harap dr. dapat membantu 😔

Baca lagi
4y ago

Waalaikumsalam! Allahu Puan, mana dapat info ni? Kreatif betul maklumat yang Puan dapat tu. Saya yang doktor ni pun terkejut. Okay begini, Puan. Buat masa ini hanya Pfizer yang dibenarkan oleh KKM untuk wanita hamil tapi dari Minggu 14 ke 33. Puan perlu bincang dengan pakar sakit puan dahulu. Tapi saya sarankan, Puan ambil vaksin ya. Yang pasal suami dah 2 dos dan nak melakukan hubungan intim tu. Astagaaaaa... takde masalah, Puan, sila teruskan keharmonian rumah tangga Puan ya? Takde pantang apa2 selepas divaksin. Setakat ini tak ada pulak saya dengar, suami yang kena vaksin, anak pulak yang dapat COVID. Yang pasal ada tompokan darah tu, Puan perlu berjumpa dengan Pakar Sakit Puan ya? Saya pakar pernafasan... nanti salah ilmu pulak.

Hi doc, nak tanya.. ni kandungan pertama sy.. ikut pada plan suami nak sy bersalin di hospital swasta utk mengelakkan suasana crowd di hospital kerajaan.. tapi sy mempunyai asma dan beberapa hari ni sy kerap diserang asma.. kalau sy yg menghidap asma ni boleh ke bersalin di hospital swasta sebab katanya kalau ibu mengandung akan di refer di hospital kerajaan..

Baca lagi
4y ago

Hi Puan... eh tak ada masalah untuk bersalin di hospital kerajaan atau hospital swasta. Cumanya di hospital swasta, Puan akan dijaga oleh doktor pakar. Kalau di hospital lain, mungkin doktor pelatih yang bantu. Pasal asma tu, Puan ada berjumpa doktor pakar pernafasan tak? Sebaiknya semua ibu yang ada asma dan hamil, saya sarankan untuk berbincang dengan doktor. Kalau Puan di KL, marilah datang jumpa saya. Saya boleh nasihat dan ubat yang sesuai untuk puan kawal asma puan. Sebab waktu bersalin nanti, stress hormone akan naik dan mungkin menjejaskan pernafasan Puan. Apa yang saya takutkan adalah nanti pernafasan Puan boleh terhenti sebab saluran tu dah jadi sempit. Minta-minta dipermudahkan ya?

VIP Member

Assalamualaikum Doktor Lily Diana Zainudin🙂✌🏻 soalan saya, jika saya ada penyakit 1.asthma 2.gerd 3.endometriosis serta masih menyusukan anak... adakah jika mengambil vaksin covid ini selamat dan tiada risiko ke atas saya dan anak yang menyusu?? terima kasih 😘✌🏻 have a nice day doc 🌹

Baca lagi
4y ago

hehe😂✌🏻...terima kasih doktor atas jawapan dan penjelasannya..😉😍👍🏻 alhamdulillah sy sudah daftar untuk vaksin dan sedang tunggu update dari mysejahtera untuk beri tarikh bila untuk saya dan suami blh dapatkan vaksin...☺️mg cepatla virus covid ini berlalu pergi dari bumi kita....Allahuma aamiin..

hi dr! 1. adakah vaksin akan memberi kesan pada bayi dalam kandungan? 2. bila bayi lahir, dia akan ada imuniti dengan covid19 ke? 3. bagaimana ibu hamil boleh dapatkan vaksin pfizer sperti yg disarankan kkm? adakah perlu maklumkan pada ppv yg kami hamil dan perlu ambil vaksin pfizer

Baca lagi
4y ago

Hi Puan.... buat masa ini, Puan jangan risau, masih belum ada data yang dikumpulkan tentang kesan vaksin terhadap ibu hamil atau bayi yang dilahirkan... kita boleh ikut garispanduan oleh KKM, so puan jangan risau ye. 2. Pasal bayi lahir pula, walaupun puan dah vaksin, imuniti tu tak dapat disalurkan kepada bayi... sebab tu, covid ke, tak covid ke, baby semua kita bg vaccine. Cuma COVID vaksin ni buat masa ini belum boleh diberi kepada bayi. Asalkan puan amik vaksin yang penting, okay dah. Sebab Puan hamil, Puan boleh register dalam MySejahtera. Cumanya bila Puan datang ke PPV tu, Puan kena isi borang yang dikhaskan utk ibu hamil. Ibu hamil digalakkan untuk ambil vaksin COVID tu. Doktor Puan akan buat penilaian risiko dan kebaikan puan untuk ambil vaksin. Jelas ye puan?

hi doktor ..saya ada alergik teruk dgn makanan seafood ..sampai pernah kena jarum sbb alahan yg teruk smpi sesak nafas n demam dan selain itu saya sometimes klu pening minum Panadol pun pandai keluar alergi juga tp X lah teruk ..so nak tanya boleh Ka kena vaksin ??

4y ago

kalau time sy alergik sy xkn ambil paracetamol ..

Assalamualaikum doktor... saya nak tanya umur kandung baru 12 minggu tapi scan nampak kantung baby Jee dlm kantung baby tiada janin JD berapa hari yg lalu saya ada pendarahan tp dah bawa pergi hospital tp scan masih lg ada kantung baby jeee

4y ago

Walaikumsalam Puan. Ini yang kita panggil anembryonic pregnancy atau a blighted ovum. Kalau Puan tunggu 12 minggu ni macam dah lama sangat. Selalunya orang tunggu smp 9 minggu, 10 minggu macam tu. Kalau dah repeat scan, masih tak ada apa-apa, kita akan advise untuk undergo removal procedure. Tapi tolong tanya pakar sakit puan ya? Ehhhh... mana soalan vaksin COVIDnya ni?

hi doc..sy nak tanya bila waktu sesuai utk bukak buku pink ye..sbb sy last peroid 13/4 -17/4..dan check upt mmg positif..klu ikut sy xnk bukak awal2 sbb musim covid ni..dan boleh sy tahu brp usia kehamilan sy ni..tq

4y ago

Sorrylah Puan, saya bukan O&G, saya jaga COVID ni. Tapi kalau puan nak buka buku pink, confirmkan dulu kehamilan dan discuss dengan doctor. Kalau Puan scan nanti dengan doctor, dia boleh bagi measurement baby dan boleh anggarkan usia kandungan. Sebab musim COVID lah kena datang jumpa doctor. Kalau Puan tangguh, mcm mana Puan tahu puan sihat?