HB dah merah tapi ubat dari klinik tak sesuai

Hi mommy nak tanya. 22w pregnant, hb dh merah. Sebelum ni mkn zincoffer, muntah2. Dh tukar ubat iberet, muntah2 jugak. Boleh ke kalau nk stop mkn ubat tp ganti dgn mknn yg boleh naikkan hb je? 😔

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Ubat Dr bgi ni tambahan utk kita sbb badan tgh nak supply nutrient lebih pd baby jugak. Better minta nasihat Dr utk dptkan ubat lain. Dlm masa sama, makan makanan naikkan hb jugak. Ubat jangan skip. Sis cuba cari dekat shopee minuman yg kurma merah, ada longan tu, yg direbus pastu airnya diminum. Sy amalkan yg tu, rebus pastu ke mana2 bawa even dlm rumah sekalipun. Sy minum ni pastu selang seli sehari dgn air sunquick (x letak gula) Alhamdulillah hb naik dri 10.8 ke 11.7 Ikhtiar jak sis, lain orang lain badan dia. Lagi2 yg tgh preggy

Baca lagi

Alhamdulillah hb sy okay dari awal pregnant sampai skrg 30 weeks. Sy agak culas makan ubat sebenarnya. Kdg mkn kdg tak. Reason sy buat mcm ni sebab sy kerap loya & muntah bila makan ubat. Kdg pagi2 kt tmpt kerja, sy kena rest 1-2 jam baru blh buat kerja. Apa yg sy buat, sy cover dgn mkn mknn yg sihat. Bykkan makan sayur, ulam, buah2an. Sy mmg xmkn fast food, elak kafein. Ikut atas badan masing2. So far hb still cantik

Baca lagi
2y ago

Betul sbb bdn dah kurang iron disebabkan byk faktor. Teruskan usaha utk cantikkan hb 😍💪🏻

Sy mkn zincofer awal2 ja ok,naik 4bulan hb drop..jmpa doc 2minggu sekali sbb hb,still drop smpai 9.6..baru2 ni naik 10. Sy rasa bsyukur dah..sy minta doc tukar ubat sy..doc bg sy f.fumarate..harap2 minggu dpn dah naik 11..kdg2 ubat x sesuai,f.fumarate ni bau dia busuk,kuat sgt bau, tp alhamdulillah rasanya mcm sesuai..

Baca lagi

tukar ubat sis..nnti next appmnt bg tau nk tukar ubat nnti misi refer doc..bg tau yg awk mkn still munth n xleh telan. nnti doc tukar ubat. mcm sy pon sama hari tu msa preg zinc coffer dgn iberet xboleh telan.lpas tu doc tukar ubat maltofer..ade rsa² coklat..bru boleh mkan mcm biasa..

mkn zincoffer 2 biji, 2 jam selepas mkn mlm n terus tido. mkn zincoffer tu dgn air limau kasturi @ sunquick tanpa gula.. jgn minum kopi sepanjang pregnant . byk kan mkn buah naga merah..insyaAllah hb akan naik. kdg² bukan salah ubt. tp salah cara pengambilan n amalan

2y ago

yaa...klo hb low mmg kena suruh makan 2 biji sehari☺

sis cuba maltofer .. sy mula2 nurse bagi zincofer tpi tak boleh telan muntah muntah.. pastu doktor tukar ke iberat .. iberat sy alergic habis naik bintik2 satu badan ... pstu doktor tukat maltofer .. mkan 3 biji sehari .. alhamdulillah tak loya da ...

2y ago

doktor sruh sy ambil sekli gus ... 3 biji makan waktu pagi seblum sarapan ...

selama makan ubat ni, tak makan sekali ke makanan yg boleh naikkan hb? kalau dah makan ubat+makanan tggi zat besi pun tak berjaya naikkan hb, bila stop lagi la jatuh.. cuba try makan ubat sebelum tidur, ramai yg ok tak pening muntah..

stop makan ubat gantikan dgn pemakanan yg bopeh tambah darah takkan membantu. sebab saya dh cuba. lg2 kalau hb awk rendah 9 kebawah lg risk. hb low ni boleh effect komplikasi masa bersalin. makan ubat dgn air yg masam sebelum tido.

TapFluencer

ubat zincofer bagus Dan Berkesan...ubat Tu mmg Akan buat Kita Rasa muntah n loya....Cuba tukar rutin makan ubat....makan waktu malam sebelum tido...xkan Rasa apa2...makan ubat dgn air suam "panas sikit"....pasti ok👍

dri anak no.2 smpai no.4,saya mkn maltofer jenis air je,Alhamdulillah semua ok,dokter & nurse xbising pape pun...Alhamdulillah xde masalah kurang darah @ apa2 masalah lain...