HB Low

Makanan ape boleh naikkan hb & ubat ape yg boleh naikkan hb ? Saya dh mkn iberet , hb masih low . Ade makanan yg perlu dielakkan ke ?

30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya time buka buku dulu 11w hb dah low 9. KK bagi vit ferroes, acid folic, vit b. Makan tanpa skip Susu jenis full cream minum 2 kali sehari. Tapi jarakkan dgn mkn vit. Lepastu sayur hijau saya mkn kailan je, tu pun bukan selalu 🤭 Buah jambu batu makan hari2. Minuman bercaffein tea kopi saya cut terus. Kadang2 mkn kacang kuda, kacang hijau Sekarang dah 22w, alhamdulillah dah naik 11.6. Ni cara saya, mungkin sis boleh cuba 😊 Pakar pemakanan bagitau, banyakkan makan daging, ikan bilis, kerang, ikan cencaru. Makanan lauk ni kena makan 3 kali sehari sebab paling byk zat yang menaikkan hb

Baca lagi

Dulu sy low hb, so sy stop minum teh & kopi. Kalo terasa nak minum pon sekali dua sebulan. Pastu mkn la makanan yg bole naikkan hb.. Ada byk bole google. Sy mkn benda yg senang dpt mcm ikan bilis. So ari2 mkn la ikan bilis. Minum susu jarakkan dua jam sblm atau selepas mkn ubat.

Tak tau tips ni sesuai utk puan tapi macam sy, masa sy makan zincofer, sy telan ubat dgn air perahan limau kasturi + air masak 1 cawan kecil. Sebelum lunch selalu mkn buah jambu batu atau delima. Alhamdulillah hb maintain. Dulu low jgk skg dah ok.

Hb sya dulu 10.1, saya amalkan minum peel fresh oren juice, skrang hb sya dah naik 12.2 alhamdulillah. Sis boleh cuba. Lepas minum oren juice, cepat sangat nampak hb tu naik, amalkan juga makan daging, hati ayam, sayur bayam.

Kalau boleh makan quaker oat juga..Sebab boleh maintainkan or naikkan hb...Akak makan tu je,alhamdulillah..xpernah turun..tggi je...paling tggi 14.3...cuba la dik...Skrg ni pun tgh tggu hari nak bersalin...

Ada dpt tips dr doctor. Amalkan susu campur kurma and saffron. Kurma tu rendah tu bg lembut then hancurkan. Buat susu suam, letak saffron. Then campur kurma dah dihancurkan tu. amalkan setiap 2 hari.

4y ago

Kurma tu rendam bg lembut. Typo pulak 😅

VIP Member

blh cuba mkan buah delima sis .. mana tau berkesan .. tpi ada jugak mak2 yg memang hb low time pregnancy walau dah mkan ubat tmbah darah .. lpas bersalin nanti ok blik .. x der anemia

Sama dengan saya.. Saya pun ade masalah hb low.. Bila makan ubat muntah pulak... Sekarang ikhtiar makan buah-buahan dan makanan yang boleh tambah hb je.. Harap2 hb naik..

Mknn yg perlu dielakkan. 1. Minuman dan makanan berkafein (teh, kopi, coklat) 2. Jangan ambil ubat tmbh darah beserta produk tenusu cm susu, mayo, telur pada masa yg sma.

sy mkn tembikai .. dari 10.2 naik 11.0 sy x mkn trus ubat kk sbb xssuai ngan sy .. mkn obimin asyik skit kpala je mkn zincofer asyik muntah2 😅