Pertandingan Menarik Untuk TAP USERS! Hadiah menarik dari The Entertainer Group by Mothercare!

Hello Semua! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1620 dari The Entertainer Group by Mothercare. Pasti anda semua selalu nampak toys dalam Mothercare kan? Kali ni mereka akan member hadiah kepada 5 pemenang bertuah! Jangan lepaskan peluang ini dan jom masuk pertandingan sekarang: https://community.theasianparent.com/contest/pilih-resepi-dan-menang/1693?lng=en Pertandingan akan bermula jam 6 petang ini! :P

Pertandingan Menarik Untuk TAP USERS! Hadiah menarik dari The Entertainer Group by Mothercare!
39 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

3 resepi yang sesuai untuk bayi saya ialah:- 1) French Toast Sticks Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 biji telur besar, 1/4 cawan susu bayi, 1 sudu teh ekstrak vanilla, taburan kulit kayu manis, 3-4 keping roti gandum (potong kepada keratan), dan 1 sudu besar mentega. Cara-caranya ialah di dalam mangkuk, gabung telur, susu, vanilla, dan kulit kayu manis. Kemudian, cairkan mentega di dalam kuali, pada suhu sederhana. Seterusnya, celup keratan roti ke dalam campuran telur untuk salut. Pindah ke dalam kuali. Selepas itu, masak selama 2-3 minit setiap bahagian, atau sehingga coklat keemasan. Kemudian, alih dari kuali dan sejukkan di atas pinggan. Hias atas dengan hirisan pisang, beri, yogurt, atau sirap. Akhir sekali, sejukkan lebihan di dalam beg pembekuan, susun di dalam satu lapisan. Untuk panaskan, microwave selama 10-20 minit sebelum dihidang. 2) Puri Lobak Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1/2 cawan lobak merah dan air yang secukupnya untuk mengukus. Cara-caranya ialah masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut. Kemudian, masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Akhir sekali, lenyek lobak merah sehingga menjadi puri. 3) Veggie Croquettes Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 sudu besar minyak bunga matahari, 1 bawang kecil (dipotong), 100 g cendawan (dipotong), 1 medium lobak (dikupas dan diparut), 20 g kucai (dipotong) , 1 ulas bawang putih (dihancurkan), 150 g kentang (dicucuk), 150 g ubi keledek (dicucuk), 1 cawan serbuk roti segar, 1/4 cawan keju cheddar (diparut), dan tepung biasa untuk salut. Cara-caranya ialah di dalam kuali, panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan sayuran, dan goreng selama 5 minit, pada suhu sederhana. Alih dan biarkan ia sejuk. Kemudian, masak kentang yang dicucuk di dalam microwave selama 10 minit, atau sehingga lembut. Biarkan ia sejuk, dan kupas. Letak isi kentang di dalam mangkuk. Akhir sekali, masukkan serbuk roti, keju dan sayur yang telah dimasak ke dalam mangkuk. Gaul rata sehingga sebati. Gunakan tangan, bentukkan kepada 14 bebola kecil. Golek bebola ke dalam tepung dan masak selama 4 minit. Keringkan menggunakan tisu dan biarkan ia sejuk. Hidang. Kesimpulannya, 3 resepi yang sesuai untuk bayi saya ialah French Toast Sticks, Puri Lobak, dan Veggie Croquettes. #Mothercaremalaysia

Baca lagi
VIP Member

Penambah perasa semulajadi untuk baby 7 bulan ke atas. ❌ salt ❌ sugar ❌ MSG . Menaikkan selera makan anak. Bau yang wangi & rasa yang sedap sesuai untuk masukkan dalam masakan anak buat penambah rasa sebab baby bawah 1 tahun tak boleh letak sebarang garam/gula/msg dalam masakan. 1) Mirepoix (masukkan dalam bubur & apa2 masakan bayi) rasanya yg manis lemak. 2) Tomato paste (masukkan dalam masakan bertumis). Contoh menu ; tomyam, padprik 3) Chicken feet stock (CFS) sesuai untuk masakan bersup. Contohnya : Sup ayam. Untuk CFS ni, ada sesetengah orang tambah perahan lemon sedikit. Saya tak letak. Boleh jugak buat Beef Bone Stock. Hanya tukar kaki ayam kepada tulang lembu. Ramai yang tanya boleh ke tukar unsalted butter kepada minyak masak. Boleh tapi seeloknya untuk bayi pakai pure olive oil/ unsalted butter. Lagipun butter bau wangi & rasanya yg lemak2 🥰 Nak bentukkan paste elok bekukan di dalam ice tray jenis SILICONE supaya mudah utk keluarkan & simpan dlm ziplock bag. Resepi mirepoix : 1 batang celery 1 batang carrot 2 biji bawang holland. Sedikit unsalted butter •potong semua bahan •panaskan kuali dan letak unsalted butter sikit •masukkan semua bahan yg potong tadi, masak sampai kekuningan •Okkk sejukkan sekejap, lepas tu boleh blend •masukkan dalam bekas bekas comel atau ice tray, senang nak simpan dan guna. Resepi CFS : - Bawang holland 1 biji - Halia 1 inchi - Bawang putih 4biji - Sup bunjut - Carrot 1 batang - Saderi 1 btg - tomato ceri 6-7biji - kaki ayam 10-20 - Daun sup Rebus 3-4 jam. Ada yang sampai 5 jam. Ikut lah masing2 sebab nak ambil stock mestilah yg pekat. Sis rebus sampai semua hancur. Kemudian tapis & ambil kuahnya sahaja. Kemudian bekukan. Resepi Tomato paste : - Carrot 1batang - Bawang holland 1/2 biji - Bawang putih 2 biji - Tomato 2-3 biji -Tumis kesemuanya menggunakan unsalted butter sampai lembik. Dalam gambar saya tak letak banyak tomato sebab tk muat. Seeloknya letak lebih tomato sebab nama pun tomato paste 😅 - dah sejuk. Blend & bekukan mengikut portion untuk sekali masak.

Baca lagi

1. BUBUR KENTANG SUP AYAM BAYI Bahan: -100 g kentang (Bersih dan kupaskan kulitnya. Kemudian potong kecil) -50 g ikan siakap (potong dadu) -50 g brokoli (dicincang halus) -Tulang ayam -Lobak merah -Daun sederi -1/4 bawang holland -Air secukupnya Langkah: -Pada mulanya buat sup ayam dan campurkan dengan sayuran serta tulang ayam. Setelah naik bau tutup api. -Selepas itu, masukkan kentang, isi ikan siakap dan brokoli. -Masak hingga semua bahan sekata. -Setelah itu, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. -Hidangkan bubur bayi ini ketika masih panas. 2. PUDING ROTI KISMIS Bahan: -2 keping Wholemeal bread -1 biji telur -Susu fresh milk -1 biji kurma dipotong halus -Serbuk cinnamon (Optional) -1 sudu besar unbleached flour -Figs (Optional) dipotong halus Langkah: -Pukul telur, susu, kurma, unbleached flour dan cinnamon powder sampai sebati. -Carikkan roti dan masukkan adunan di atas ke dalam acuan bersama roti. -Tabur hirisan figs/kurma di atas adunan. -Kukus/bakar selama 20minit atau sehingga masak. 3. PURI LABU RINGKAS Bahan: -1 kg labu -1 cawan air -1 sudu besar minyak zaitun Langkah: -Panaskan ketuhar pada suhu 450F. -Potong labu separuh, buang biji (anda boleh simpan untuk dipanggang) Sapu nipis setiap separuh labu dengan minyak zaitun, sebelum letak di dalam dulang pembakar, kulit di sebelah bawah. -Untuk elak labu dari kering, tuang air ke dalam dulang pembakar, sehingga ia menutupi separuh inci labu. Bergantung kepada saiz dulang pembakar, anda mungkin tidak perlu guna semua air. -Bakar labu sehingga lembut, dalam 45minit. Setelah siap, kaut isi ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk. -Masukkan isi labu ke dalam pengisar dan purikan sehingga lembut. Masukkan sedikit air pada satu masa, untuk tekstur yang diingini. Anda boleh juga masukkan susu formula atau susu badan untuk lebih berkrim. -Lebihan labu boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3 hari, dan dipenyejuk beku selama 3 bulan. #Mothercaremalaysia

Baca lagi
VIP Member

Bubur sup daging lembu bayi Bahan bahan adalah 1 kg tulang lembut. * 1 liter air masak * 1 biji bawang merah (dihiris halus) 1 ulas bawang putih (di hiris halus) *seinci kecil Halia Langkah langkahnya *mulakan masak daging lembu dengan campuran halia * rebus selamat 30 menit kemudian angkat dan tapiskan kemudian ambil supnya *siap untuk dihidang. BUBUR NASI CHEESE BAYI Bahan bahannya adalah *2 sudu besar beras perang * 2 gelas air masak *sedikit sayur brokoli beberapa potong buah labu * 250g isi ayam *1 ulas bawang putih * 1 biji bawang kecil * 1 sudu besar minyak zaitun *sedikit keju tawar Langkah langkahnya panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau *masukkan isi ayam. Kacau kemudian masukkan 2 gelas air. Tutup periuk biarkan ia mendidih "tambahkan beras dan labu, kacau supaya tidak melekat di bahagian bawah * tunggu air sedikit kering, barulah masukkan brokoli *pastikah kesemua bahan di masak sempurna sebelum tutup api. Siap BUBUR BIJIRIN OAT BAYI Bahan bahan adalah 1 cawan oat gulung organik (jangan guna jenis instant) * 1 cawan air masak * 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar perahan lemon Langkah langkahnya * rendam semua bahan lebih kuranh 12 jam. Boleh guna suhu bilik, tapi lebih baik dibiarkan di dalam peti sejuk. * tiskan selama 12 jam supaya oat betul betul kering untuk proses sangai goreng oat tanpa minyak sehingha ia benar-benar kering * apabila sejuk kisar guna blander kemudian ayak seperti ibu mengayak tepung. Dah siap. Bila nak bagi pada bayi, ibu tambahkan sahaja air panas. #mothercaremalaysia #theasiaparent_my semoga saya bertuah untuk dapatkan hadiah 🥳🥳🥳🥳

Baca lagi

Bubur sup daging lembu bayi Bahan bahan adalah * 1 kg tulang lembu * 1 liter air masak * 1 biji bawang merah (dihiris halus) * 1 ulas bawang putih (di hiris halus) * seinci kecil Halia Langkah langkahnya *mulakan masak daging lembu dengan campuran halia * rebus selama 30 minit kemudian angkat dan tapiskan * kemudian ambil sup nya * siap untuk dihidang. BUBUR NASI CHEESE BAYI Bahan bahannya adalah * 2 sudu besar beras perang * 2 gelas air masak * sedikit sayur brokoli * beberapa potong buah labu * 250g isi ayam * 1 ulas bawang putih * 1 biji bawang kecil * 1 sudu besar minyak zaitun * sedikit unsalted cheese Langkah langkahnya * panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau *masukkan isi ayam. Kacau sebentar kemudian masukkan 2 gelas air. Tutup periuk biarkan ia mendidih *tambahkan beras dan labu, kacau supaya beras tidak melekat di bahagian bawah * tunggu sehingga air sedikit kering, barulah masukkan brokoli *pastikah kesemua bahan di masak sempurna sebelum tutup api. Siap BUBUR BIJIRIN OAT BAYI Bahan bahan adalah * 1 cawan organik rolled oat ( jangan guna jenis instant) * 1 cawan air masak * 1 sudu besar tepung gandum * 1 sudu besar perahan lemon Langkah langkahnya * rendam semua bahan lebih kuranh 12 jam. Boleh guna suhu bilik, tetapi lebih baik dibiarkan di dalam peti sejuk. * tiskan selama 12 jam supaya oat betul betul kering untuk proses sangai * goreng oat tanpa minyak sehingha ia benar benar kering * apabila sejuk kisar guna blander * kemudian ayak seperti ibu mengayak tepung. Dah siap. Bila nak bagi pada bayi, ibu tambahkan sahaja air panas. #mothercaremalaysia

Baca lagi
VIP Member

3 Resepi yang Sesuai untuk Bayi Saya: 1. Bubur Brokoli & Ikan Bilis 💖Bahan-bahan: 1/2 cawan beras 50gm brokoli 1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis Air secukupnya 💖Cara memasak: 1. Rebus beras hingga menjadi bubur 2. Setelah beras jadi bubur masukkan brokoli biar sehingga lembut 3. Kisar nasi dan brokoli tadi sehingga halus dan didihkan semula selama beberapa minit 4. Masukkan beberapa sudu bubur tadi dan campurkan dengan 1/2 sudu serbuk ikan bilis 2. Bubur Ayam dengan Sayur Campur 💖Bahan-bahan: Beras Ayam Baby bayam Lobak merah Minyak zaitun Mirepoix Stok kaki ayam (chicken feet stock) 💖Cara memasak: 1. Masak bubur nasi seperti biasa. Apabila sudah mendidih, isi ayam dan lobak merah 2. Ketika hampir masak, barulah masukkan bayam, mirepoix dan stok kaki ayam 3. Sejukkan bubur dan kisar mengikut kesesuaian bayi. Sebelum hidangkan, titis sedikit minyak zaitun 3. Resepi salmon masak halia 💖Bahan-bahan: Ikan salmon fillet Bawang besar *mayang Bawang putih *mayang Halia *potong halus memanjang Lobak merah potong halus memanjang Olive oil/ minyak masak 💖Cara memasak: 1. Panaskan 1 sudu minyak. 2. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sedikit air (ikut nak kuah banyak mana). 4. Apabila air nampak mendidih boleh masukkan ikan dan carrot. 5. Masak sehingga ikan masak sempurna. #Mothercaremalaysia

Baca lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera🥰🥰 🎉Antara 3 resepi pilihan yang sesuai untuk bayi saya ialah:🎉 1. Bubur nasi dan Susu ibu Anda boleh masak bubur nasi bersama susu ibu. Bahan yang diperlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu. Caranya: Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak Kisar beras sehingga hancur Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu & sedikit air Masak dengan api perlahan 2. Puree Epal dan Mangga Bahan-bahan yang diperlukan ialah 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil •  Stim buah epal sehingga lembut. • Campurkan epal dan mangga. • Blend sehingga lembut.  3. Sup kobis bunga dan kentang Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1/4 cawan kobis bunga - potong kecil, 1 biji kentang saiz sederhana - di dadu, 5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2 serta 5 cawan air • Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak menggunakan api besar. • Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. • Masak lagi selama 20 minit dan dikisar halus. • Hidangkan. Pasti si comel saya tidak lagi bosan menjamah makanan yang sama sahaja. Variasikan rasa makanan untuk merangsang deria bayi kita😁😁🥰 #Mothercaremalaysia

Baca lagi
TapFluencer

🌻 3 RESIPI MENARIK UNTUK SI COMEL SAYA 1️⃣ BEBOLA NASI AYAM 🚨 Rebus kentang dan lenyekkan. Ketepikan 🚨 Tumis bawang dengan mentega 🚨 Masukkan ayam dan lobak yang dicincang. 🚨 Masukkan sayur pakchoy dan krim keju. Tutup api. 🚨 Satukan kentang yang dilenyek, nasi dan bahan tumisan. Bulat-bulatkan dan sedia digoreng. 2️⃣ AIS KRIM BUAHAN 🚨 Satukan 3 sudu plain yogurt, 1 kotak susu fernleaf full cream, 3 sudu puree kurma dan buah pilihan (buah naga) 🚨 masukkan dalam mould ais krim dan bekukan semalaman. 🚨 sedia dihidang 3️⃣ CUCUR UDANG YANG GARING 🚨 Satukan semua bahan dibawah: 2 cawan Tepung gandum, 1 sudu baking powder, 1 cawan udang dibuang kulit, 1 sudu serbuk perasa Knorr Pasti Sedap, garam secukupnya, daun kuchai, kubis, 1 biji bawang besar dipotong dadu, taugeh, serbuk kunyit dan sebiji telur. Masukkan secawan air sejuk sikit demi sedikit. 🚨Sedia utk digoreng ✌🏻 🌻Makanan untuk si comel yang kreatif dapat menarik minat dan meningkatkan selera makan mereka 🌻 Anak makan dengan berselera, kelegaan buat mami ❤️ #Mothercaremalaysia

Baca lagi

3 RESEPI YANG SESUAI UNTUK BAYI SAYA 1) PENKEK YOGURT Anak saya berumur 1 tahun 7 bulan, jadi resepi ini bagus untuk seumur dengannya. Penkek boleh makan pada waktu sarapan, cara membuat penkek ini pun mudah dan cepat. Tambahkan sedikit madu jangan banyak- banyak, untuk menambahkan lagi selera si comel, biar lagi gebu. Anak saya pasti akan sukakannya 💗💓💞💕. 2) SUP SAYUR Hidangan ini sangat bagus, berkhasiat kerana ada salad, lobak, kentang dan lain-lain lagi 😋. Ia sedap dimakan dengan nasi ataupun makan begitu sahaja dan boleh menambahkan selera anak saya kerana hidangannya yang berwarna warni. Lagipun bagus untuk tumbesaran anak saya. 3) BUBUR PISANG BERANGAN Dengar nama pun sudah terliuh, apatah lagi anak saya. Pisang menjadi salah satu kegemarannya kerana sedap dan manis. Mesti makan sampai habis 🥰 , makan pisang juga bagus usus penghadaman bagi melancarkan untuk anak saya membuang air besar. 3 resepi diatas sangat sesuai untuk si comel saya kerana terdapat banyak khasiat dalam semua hidangan tersebut. Sekian, semoga ada rezeki Si comel saya. #Mothercaremalaysia

Baca lagi

3 resepi yang sesuai untuk bayi/anak sy : Puas sy cari mana letaknya ciri resepi dalam app ni tapi sy tak jumpa 😁. Apa apa pun sy nak share antara makanan kegemaran anak sy, 1) Bayam goreng atau kadang sy buat sup sayur bayam. Bayam goreng sy buat stock untuk anak mengunyah. Memang bagus untuk anak yang susah makan sayur, buat je goreng macamni. Carrot pun boleh buat goreng jadi garing. Budak budak suka. 2) Nasi kosong berlaukkan Ayam butter milk / ayam masak lemak versi budak. Memang kesukaan anak, bertambah tambah bila makan. 3) Buah buahan. Sy akan buat aiskrim, cupcake dan puding. Sy suka buat ni sebagai upah sebab anak anak makan nasi. Bagi diorg rasa seronok makan bermacam jenis. Kalau anak susah nak makan, kita kena cari jalan buat anak suka makan. Anak sy ada masa memang taknak makan nasi, jadi sy kena rajinkan diri buat meehun, spagheti, dan pasta. Kalau taknak juga semua tu, sy suka buat kudap kudapan manisan berasaskan makanan sihat. Terima kasih sudi baca. Semoga ada rezeki anak anak sy menang 😘 #Mothercaremalaysia

Baca lagi