Pertandingan Menarik Untuk TAP USERS! Hadiah menarik dari The Entertainer Group by Mothercare!

Hello Semua! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1620 dari The Entertainer Group by Mothercare. Pasti anda semua selalu nampak toys dalam Mothercare kan? Kali ni mereka akan member hadiah kepada 5 pemenang bertuah! Jangan lepaskan peluang ini dan jom masuk pertandingan sekarang: https://community.theasianparent.com/contest/pilih-resepi-dan-menang/1693?lng=en Pertandingan akan bermula jam 6 petang ini! :P

Pertandingan Menarik Untuk TAP USERS! Hadiah menarik dari The Entertainer Group by Mothercare!
39 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

3 resepi yang sesuai untuk bayi saya adalah: Resepi 1 🫕 Puri labu : - rasanya sedap kerana rasa lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran yg lain. - tesktur yg sgt lembut - labu mengandungi fibre / serat yg bagus untuk pencernaan bayi, elak sembelit - meningkatkan kesihatan mata bayi sbb ada vitamin A - bagus utk sistem pertahanan badan - baik utk pertumbuhan tulang yg kuat Resepi 2 🫕 Puri lobak : - lobak kaya dengan beta karoten untuk kesihatan mata dan kulit - mudah dicerna - ada vitamin A, C dan kalsium Resepi 3 🫕 Puri avocado - kaya dengan lemak mono tidak tepu sejenis lemak yg baik dan dapat menurunkan risiko sakit jantung - kalori yg tinggi menepati keperluan bayi yg sedang membesar - kaya dengan anti oksidan dapat mencegah kanser dan tingkatkan imuniti badan - mudah dicerna Semua resepi ini menjadi pilihan untuk bayi saya kerana khasiatnya yg tinggi dan penyediaan yg sangat mudah utk bayi yg baru mula untuk makan solid food 💕 #Mothercaremalaysia

Baca lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera semua 🤗 🍽️ Antara 3 resepi yang menjadi pilihan saya untuk si kecil adalah : #Mothercaremalaysia 1. Bubur Sayur Kubis Bunga Bayi Kombinasi kandungan bahan-bahan yang berkhasiat di dalam resepi ini seperti beras wangi,sayur kubis bunga, susu formula dan juga kurma yang dapat membantu menaikkan berat si kecil dan ia sesuai untuk dijadikan hidangan buat si kecil. 2. Puri epal dan bayam Antara resepi yang simple dan harus dicuba kerana ia tidak memakan masa yang lama untuk disiapkan malah mengunakan bahan-bahan yang mudah didapati serta semestinya sangat berkhasiat untuk dihidangkan kepada si kecil. 3. Salad ayam dan makaroni Bagi memberi variasi kepada si kecil saya, resepi ini menjadi pilihan kerana khasiat yang terdapat didalam bahan-bahan untuk penyediaan salad ayam dan makaroni baik untuk si kecil Semoga ada rezeki buat si kecil,permata hati keluarga kami 😊 #Mothercaremalaysia Terima kasih & have a nice day semua 🥰

Baca lagi

BUBUR BABY🥣 1. Bawang, halia 2. Carrot, sawi 3. Ayam 4. White pepper 5. Beras yang direndam Cara2 : 1. Beras, bawang, halia, ayam dan air masak sampai menjadi bubur. 2. Kemudian masukkan carrot, sawi, white pepper 3. Siap untuk di hidang, boleh letak sedikit minyak zaitun MINI PANCAKE BABY🥞 1.Telur sebiji 2.Tepung gandum 3 sudu 3. Pisang 4. Fresh milk (yang ni main agak agak je) Cara2: Blend all one shot. Masak atas non stick pan CHESEE CAKE BABY 🧀Cheese Tatura - setengah dari 250g 🧀Tepung Gandum - 1 sudu sahaja 🧀Telur - 1 biji Cara2 : 1) Blend semua bahan2 di atas, 2) Bubuh dalam bekas separuh dari bekas nak kukus. 3) Kukus sehingga kek tak melekat di lidi, dalam 10 minit boleh cek. Nak tambah topping pun boleh, buat puree buah, buah mangga, buah labu, terpulang. Sesuai untuk baby 8bulan ke atas #Mothercaremalaysia

Baca lagi

3 resepi yang sesuai untuk bayi saya di dalam resepi yang dipaparkan pada ciri Resepi ialah: 1. French Toast Sticks - Bayi saya suka sangat makan roti untuk sarapan atau snek. Dia pasti akan menikmati french toast dengan hirisan pisang. 😍 2. Basic Scone Recipe - Resepi ini amat mudah dan saya juga boleh menambahkan kismis dalam scones kerana ia kegemaran bayi saya. 🥰 3. Sup Bayam dan Bacon Berkrim - Saya selalu pastikan anak saya makan makanan yang seimbang dengan penuh nutrisi. Bayi saya suka makan bubur dengan bayam. Oleh itu, saya ingin cuba resepi ini sebab saya pasti bayi saya akan menikmati sup ini. ☺️ Terima kasih @theasianparent_my kerana berkongsi banyak resepi yang menarik supaya saya dapat memperkenalkan pelbagai pilihan makanan kepada bayi saya. 💕 #mothercaremalaysia

Baca lagi
Post reply image
TapFluencer

Hi Assalamualaikum! 3 resepi untuk bayi yg paling menjadi pilihan hati saya sudah tentu 3 resepi ini :- 😍😍😍 Resepi 1. ✅ 🥰 Bubur Kentang Sup Ayam :- Bubur ini amat elok untuk menambah berat badan bayi. Di samping mempunyi protein & karbohidrat yg cukup untuk tumbesaran. Resepi 2. ✅ 😘Bubur Ubi Manis:- Bubur ini jugak boleh membantu menambah berat bayi di samping melancarkan sistem pencernaan. Resepi 3. ✅ Bubur Sup Daging Lembu:- Untuk memperkenalkan daging kepada bayi yg berusia 7 bulan keatas bubur ini sangat tinggi dgn protein dan boleh juga membantu bayi menguatkan antibodi. Dengan hanya menggunakan tulang daging , masakan ini agak mengambil masa yg lama tetapi amat berbaloi bila di masak untuk bayi yg tersayang. 😚 Semoga ada rezeki baby Saya. Aminn 😍😘

Baca lagi

3 resepi yang sesuai untuk bayi saya yang berusia 9 bulan ialah : 1) Bubur sup daging lembu bayi *Bubur yang sangat sesuai untuk tambah berat badan anak,tambahan lagi ketika ini anak saya sangat lasak jadi perlu pastikan tiada penurunan berat badan. 2) Fettucini carbonara *Menu yang ringkas tapi padat khasiat,serta sesuai untuk anak saya yang mula bosan dengan nasi kerana mee fettucini boleh menjadi pengganti karbohidrat. 3) Chicken butter rice ball *Butter adalah sumber yang baik untuk naikkan berat badan bayi dan bentuk bebola nasi yang kecil memudahkan anak saya makan sendiri, ianya bagus melatih skil motor tangan anak di samping anak dapat belajar suap makan sendiri. #Mothercaremalaysia

Baca lagi

Saya benar-benar menyukai aplikasi itu, saya mengetahui begitu banyak resipi yang hebat untuk bayi saya dan diri saya juga. Pilih 3 memang susah! saya telah menambah banyak pada senarai tugasan saya: -Sweet French toast & Grilled banana -Bubur Pisang Berangan -Penkek yogurt -Ham Pizza -Kiddie Lasagna -Quiche Lorraine Saya tidak sabar untuk mencuba semuanya, dan biarkan chef kecil saya merasainya. terima kasih beribu kali untuk penemuan ini

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

Ciri 'Resepi' dalam aplikasi theAsianparent banyak membantu saya mempelbagaikan hidagan untuk si manja. Sudah pasti resepi yang mudah dan menjimatkan masa menjadi pilihan saya. Tambahan pula, resepi-resepi diasingkan mengikut umur. Anak sihat, ibu gembira. Pastinya bertambah ceria jika berpeluang memenangi pertandingan ini . 🤗 Terimakasih theAsianparent dan Mother Care Malaysia . #Mothercaremalaysia ❤️

Baca lagi
Post reply image

Resipi simple, mudah dan berkhasiat🤗 1.Bubur nasi • ¼ Cawan Nasi • 1 ¾ Cawan Air Masak 2.Puri Epal Merah • 1 Biji Epal Merah (dikupas, dipotong sederhana) • 1 Cawan Air Masak 3.Bubur nasi penuh nutrisi • 1 ½ Senduk Nasi • 1 Bahagian Isi Ayam • Daun sawi • Brokoli • Kentang • 1 Ulas Bawang Putih • 1 Sudu Besar Minyak • Air Secukupnya #Mothercaremalaysia

Baca lagi
VIP Member

#MothercareMalaysia memandangkan anak saya bakal start makan lagi sebulan so saya tengah sibuk mencari resepi untuk si manja! dan saya sangat tertarik dengan resepi bubur cheese nasi bayi, bubur sup daging lembu bayi dan bubur sayur kubis bunga bayi! semoga berat anak boleh naik nanti dan lagi indah kalau boleh makan beralaskan pinggan hadiah nanti! semoga ada rezeki anak saya ❤️

Baca lagi