Pertandingan Menarik Untuk TAP USERS! Hadiah menarik dari The Entertainer Group by Mothercare!
Hello Semua! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1620 dari The Entertainer Group by Mothercare. Pasti anda semua selalu nampak toys dalam Mothercare kan? Kali ni mereka akan member hadiah kepada 5 pemenang bertuah! Jangan lepaskan peluang ini dan jom masuk pertandingan sekarang: https://community.theasianparent.com/contest/pilih-resepi-dan-menang/1693?lng=en Pertandingan akan bermula jam 6 petang ini! :P

1. BUBUR KENTANG SUP AYAM BAYI Bahan: -100 g kentang (Bersih dan kupaskan kulitnya. Kemudian potong kecil) -50 g ikan siakap (potong dadu) -50 g brokoli (dicincang halus) -Tulang ayam -Lobak merah -Daun sederi -1/4 bawang holland -Air secukupnya Langkah: -Pada mulanya buat sup ayam dan campurkan dengan sayuran serta tulang ayam. Setelah naik bau tutup api. -Selepas itu, masukkan kentang, isi ikan siakap dan brokoli. -Masak hingga semua bahan sekata. -Setelah itu, masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. -Hidangkan bubur bayi ini ketika masih panas. 2. PUDING ROTI KISMIS Bahan: -2 keping Wholemeal bread -1 biji telur -Susu fresh milk -1 biji kurma dipotong halus -Serbuk cinnamon (Optional) -1 sudu besar unbleached flour -Figs (Optional) dipotong halus Langkah: -Pukul telur, susu, kurma, unbleached flour dan cinnamon powder sampai sebati. -Carikkan roti dan masukkan adunan di atas ke dalam acuan bersama roti. -Tabur hirisan figs/kurma di atas adunan. -Kukus/bakar selama 20minit atau sehingga masak. 3. PURI LABU RINGKAS Bahan: -1 kg labu -1 cawan air -1 sudu besar minyak zaitun Langkah: -Panaskan ketuhar pada suhu 450F. -Potong labu separuh, buang biji (anda boleh simpan untuk dipanggang) Sapu nipis setiap separuh labu dengan minyak zaitun, sebelum letak di dalam dulang pembakar, kulit di sebelah bawah. -Untuk elak labu dari kering, tuang air ke dalam dulang pembakar, sehingga ia menutupi separuh inci labu. Bergantung kepada saiz dulang pembakar, anda mungkin tidak perlu guna semua air. -Bakar labu sehingga lembut, dalam 45minit. Setelah siap, kaut isi ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk. -Masukkan isi labu ke dalam pengisar dan purikan sehingga lembut. Masukkan sedikit air pada satu masa, untuk tekstur yang diingini. Anda boleh juga masukkan susu formula atau susu badan untuk lebih berkrim. -Lebihan labu boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3 hari, dan dipenyejuk beku selama 3 bulan. #Mothercaremalaysia
Baca lagi


