Assalammualaikum dan salam sejahtera🥰🥰
🎉Antara 3 resepi pilihan yang sesuai untuk bayi saya ialah:🎉
1. Bubur nasi dan Susu ibu
Anda boleh masak bubur nasi bersama susu ibu. Bahan yang diperlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu. Caranya:
Sangai beras iaitu goreng tanpa minyak
Kisar beras sehingga hancur
Tumis bawang merah & bawang putih dengan minyak zaitun
Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu & sedikit air
Masak dengan api perlahan
2. Puree Epal dan Mangga
Bahan-bahan yang diperlukan ialah 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil
• Stim buah epal sehingga lembut.
• Campurkan epal dan mangga.
• Blend sehingga lembut.
3. Sup kobis bunga dan kentang
Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1/4 cawan kobis bunga - potong kecil, 1 biji kentang saiz sederhana - di dadu, 5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2 serta 5 cawan air
• Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak menggunakan api besar.
• Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. • Masak lagi selama 20 minit dan dikisar halus. • Hidangkan.
Pasti si comel saya tidak lagi bosan menjamah makanan yang sama sahaja. Variasikan rasa makanan untuk merangsang deria bayi kita😁😁🥰
#Mothercaremalaysia
Baca lagi