Pertandingan Menarik Untuk TAP USERS! Hadiah menarik dari The Entertainer Group by Mothercare!
Hello Semua! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1620 dari The Entertainer Group by Mothercare. Pasti anda semua selalu nampak toys dalam Mothercare kan? Kali ni mereka akan member hadiah kepada 5 pemenang bertuah! Jangan lepaskan peluang ini dan jom masuk pertandingan sekarang: https://community.theasianparent.com/contest/pilih-resepi-dan-menang/1693?lng=en Pertandingan akan bermula jam 6 petang ini! :P

3 resepi yang sesuai untuk bayi saya ialah:- 1) French Toast Sticks Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 biji telur besar, 1/4 cawan susu bayi, 1 sudu teh ekstrak vanilla, taburan kulit kayu manis, 3-4 keping roti gandum (potong kepada keratan), dan 1 sudu besar mentega. Cara-caranya ialah di dalam mangkuk, gabung telur, susu, vanilla, dan kulit kayu manis. Kemudian, cairkan mentega di dalam kuali, pada suhu sederhana. Seterusnya, celup keratan roti ke dalam campuran telur untuk salut. Pindah ke dalam kuali. Selepas itu, masak selama 2-3 minit setiap bahagian, atau sehingga coklat keemasan. Kemudian, alih dari kuali dan sejukkan di atas pinggan. Hias atas dengan hirisan pisang, beri, yogurt, atau sirap. Akhir sekali, sejukkan lebihan di dalam beg pembekuan, susun di dalam satu lapisan. Untuk panaskan, microwave selama 10-20 minit sebelum dihidang. 2) Puri Lobak Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1/2 cawan lobak merah dan air yang secukupnya untuk mengukus. Cara-caranya ialah masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut. Kemudian, masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Akhir sekali, lenyek lobak merah sehingga menjadi puri. 3) Veggie Croquettes Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 sudu besar minyak bunga matahari, 1 bawang kecil (dipotong), 100 g cendawan (dipotong), 1 medium lobak (dikupas dan diparut), 20 g kucai (dipotong) , 1 ulas bawang putih (dihancurkan), 150 g kentang (dicucuk), 150 g ubi keledek (dicucuk), 1 cawan serbuk roti segar, 1/4 cawan keju cheddar (diparut), dan tepung biasa untuk salut. Cara-caranya ialah di dalam kuali, panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan sayuran, dan goreng selama 5 minit, pada suhu sederhana. Alih dan biarkan ia sejuk. Kemudian, masak kentang yang dicucuk di dalam microwave selama 10 minit, atau sehingga lembut. Biarkan ia sejuk, dan kupas. Letak isi kentang di dalam mangkuk. Akhir sekali, masukkan serbuk roti, keju dan sayur yang telah dimasak ke dalam mangkuk. Gaul rata sehingga sebati. Gunakan tangan, bentukkan kepada 14 bebola kecil. Golek bebola ke dalam tepung dan masak selama 4 minit. Keringkan menggunakan tisu dan biarkan ia sejuk. Hidang. Kesimpulannya, 3 resepi yang sesuai untuk bayi saya ialah French Toast Sticks, Puri Lobak, dan Veggie Croquettes. #Mothercaremalaysia
Baca lagi


