Kalau tak pergi cek kuning baby boleh ke? Sebab kali ke 3 dah ni pergi kk. Doktor tak marah?
Kalau tak pergi cek kuning baby boleh ke? Sebab kali ke 3 dah ni pergi kk. Doktor tak marah? #pleasehelp
pergi la awak demi kesihatan anak. saya hari tu bersalin czer sendiri dukung anak pergi check kuning. kk cakap kuning tinggi transfer ke gh pula. balik rumah kemas beg terus pi gh. kena tahan wad. saya check in wad sekali dengan anak. ada hari sampai dua kali pergi kk check kuning anak. pagi pergi, petang kena pergi lagi. ikutkan mental fizikal tak kuat tapi fikir kalau dok rumah kita taktau keadaan anak ok ke makin teruk, lagi risau & bahaya. 2 kali anak kena tahan wad. 1st time masuk 5 hari. 2nd time sehari. bagi saya biar la letih sikit awal ni janji kita pergi check. atleast kita tau tahap kesihatan anak macammana dari tak pergi check. incase apa-apa hal kita boleh ambil tindakan awal dari menyesal kemudian hari. apapun terpulang pada awak la sebab saya pun taktau keadaan awak macammana sebab ketahanan mental & fizikal ibu dalam pantang pun tak sama. diri saya mungkin mampu lalui tapi tak bagi awak. apapun semoga anak awak cepat sembuh. awak pun jaga diri semoga baik-baik saja semuanya ya.
Baca lagiDoktor bg tarikh @ bgtahu tak berapa hari skli pegi check kuning? Kalau doktor @nurse ada bgtahu yes mestilah kna pegi... selagi bacaan kuning bby tidak memuaskan mmg kena pergi.. Andai kata awak x pegi, bacaan bby tggi, risikonya pada bby .. mmg memenatkan tp kjap je awak.. diorg takkan suruh pegi smpai bacaan tggal 0, diorg suruh pegi check smpai bacaan kuning di tahap yg selamat.. tak kisah lah 3 kali dh pegi ke 4 kali dh pegi ke selagi mana bacaan kuning masih tak okay, kena pegi.. kalau awak malas ke kk xnk tggu lama, blh pegi check di swasta.. lampu utk kuning pun dh blh sewa skrg..cuma tak sure berapa rm.. Kalau tak larat suruh in law @ suami bawak.. tak wajib pun ibu je kna bawak.. penat kandung anak 9 bulan, ulang alik check kuning kjap je.. okay? Kerapkan susu bby setiap 2-3 jam.. awak blh minum susu kambing fresh, lpastu awak susukan bby.. in shaa allah makin turun.. awak yg minum bkn bby..
Baca lagiDr tak marah sis. Dr tak rugi apa2 pun. Tapi kesian kat anak sis. Jaundice ada kes yang rendah dan makin turun. Kalau anak sis bacaan tinggi melampau, macam2 effect dia nanti. Fikirkan kesihatan anak ya sis. Faham penat lepas bersalin. Nak pantang, macam2 kena uruskan. Tapi kena kot berkorban sikit demi anak. Saya brsalin czer, takde istilah pantang. Hari ke 2 balik rumah, anak dah start kuning. 2 hari sekali kena gi hospital cek bacaan. Pastu prolong pulak. Duduk bawah lampu masih tak turun2. Dah kena buat macam2 bloodtest. Pastu ehh sangkut jangkitan kat pundi kencing pulak yang menyebabkan jaundice tak turun2. Dah warded on antibiotik di usia baru 30 hari. Dan saya masih belum habis pantang czer masa tu 🙃
Baca lagiAda tak nurse atau doktor bagitau puan samada kena datang hari² atau selang sehari? Biasanya memang kena datang hari² melainkan mereka ada bagitau tak perlu datang. Puan ada masalah utk pergi KK ke? Puan ada kekangan yg buat puan tak boleh nak ke KK untuk check jaundice baby? Puan cuba cari jalan penyelesaian utk masalah yg buat puan tak boleh ke KK ye. Kesian baby. Doktor tak marah, nurse tak marah tp kesian pada baby kalau kuning dia makin tinggi tapi puan tak tahu sebab tak check bacaan. Saya ulang alik klinik check kuning baby sampai jahitan saya terbukak dan kena jahit semula. walaupun ulang alik cuma 7 hari tp memang penat. Puan bawa lah anak check juga. kesian baby.
Baca lagiSy nasihatkan sis lebih baik pergi n ikut spt jadual yg tlh ditetapkan selagi kuning anak belum hilang, penat mcm mana pun kena berkorban utk kesihatan anak. Pengalaman sy anak sy hampir usia 5 bulan bacaan kuning baru nampak penurunan, sepanjang tempoh tu sy ulang alik KK n Klinik susulan, Klinik Pakar Hati sis, takde 1 pun sy excuse. Mmg kita akan rasa penat n down tapi tu yg terbaik utk tengok anak kita sihat n normal tahap kesihatannya. Anak sy hampir biopsy liver tp alhamdullilah bacaan akhir ujian darah menunjukkan tanda positif. Itu pun usia di usia 5 bulan sis. Selagi sis berupaya n takde masalah utk bwk anak ke KK, teruskan temu janji spt biasa.
Baca lagikalau xnak check dkt KK, boleh je pg clinic biasa. nanti staff nurse kk akan call and minta details baby and buat visit ke rumah seminggu sekali. Tak semua mama larat and mampu pg KK tiap2 hari kan. saya pun anak prolonged jaundice sebulan tp sy pg check KK hanya 3 hari shj sbb mentally and physically tired and tak sanggup tengok baby kena ambil darah tiap2 hari. Tp make sure jg diri and baby betul2, banyakkan membaca dan rujuk pakar for more info. Mental mama kena stabil utk jg anak itu paling penting. InsyaAllah Allah akan bantu dan beri yg terbaik utk mama.
Baca lagiExcuse me. Hello sis, anak kuning bleh plak tanya boleh tak kalau tak pergi kk. Awak kena ready jadi ibu. Kalau bby kuning tinggi tiba2, naya budak tu nnti. Dah kalau dr marah nk buat macamanan. Awak kena usaha la utk pastikan ank awak sihat. Malas nak kecam tapi, sy takleh brain ayat awak tu ‘kali ketiga pergi kk, doktor tak marah? ‘ apa2 jadi kat baby baru nk menyesal kemudian hari. Tolong la sis pergi check anak tu. Sian budak tu tak dosa yer. Tolong bertanggungjawab and sedia jadi ibu. Kalau malas pergi kk, ada duit lebih pergilah private. Sorry bukan nak marah tapi kesian kat budak tu
Baca lagisekarang ni mostly baby ada jaundice.tp bahaya kalau biarkan tak pegi KK. bacaan tinggi sangat boleh buatkan baby kena tukar darah. sblm ni pun sy ulang alik pegi KK 5hari sbb baby jaundice bacaan 260++.kena stay daycare.penat sangat tapi gigihkan jugak wlaupun berpantang. kami siap sewa mesin phototheraphy kat rumah & daily cek bacaan kat klinik biasa. sbb tak larat ulang alik KK. baby sy prologe jaundice sbb dia G6PD. keep strong ya mama..kejap je tuh.
Baca lagi𝚓𝚐𝚗 𝚖𝚌𝚖 𝚝𝚞 𝚙𝚞𝚊𝚗..𝚋𝚎𝚝𝚝𝚎𝚛 𝚙𝚎𝚛𝚐𝚒 𝚢𝚊..𝚞𝚝𝚔 𝚔𝚎𝚋𝚊𝚒𝚔𝚔𝚊𝚗 𝚋𝚊𝚋𝚢 𝚓𝚞𝚐𝚊,𝚔𝚊𝚕𝚊𝚞 𝚔𝚞𝚗𝚒𝚗𝚐 𝚖𝚊𝚔𝚒𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚒 𝚔𝚊𝚗 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚢𝚊...𝚋𝚊𝚒𝚔 𝚒𝚔𝚞𝚝 𝚜𝚊𝚓𝚊 𝚊𝚙𝚙𝚘𝚒𝚗𝚖𝚎𝚝 𝚢𝚐 𝚍𝚘𝚌 𝚋𝚊𝚐𝚒...
Doktor tak marah tapi awak sebagai emak tak risau ke sis? Baby saya dulu org kemain puji tak kuning tapi org tak tahu saya ulang alik NICU seminggu lepas beranak sbb oxygen drop, tak termasuk follow up 2 bulan sekali sebab dia suspect jantung berlubang. Awak taktahu ke side effect jaundice nie? Banyak effect dia. Penat ke? Penat mmg penat. Kita jadi emak mmg akan penat sampai anak besar. Penat tu mmg takkan lekang 🥲
Baca lagi