Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Zulfa Amni’s ibu ♥️
Recommended product
Lembut and sesuai digunakan utk kulit baby. Kulit sensitif pun boleh guna
Not sure keberkesanan
Saya sapukan dekat dada baby setiap kali selepas mandi. Tetapi jangan la bergantung sangat dkt benda nie. Rasanya elok belajar baby language 😂
Cream diapers
Beli dkt shopee RM59 dapat 1 set sekali baby wash dan lain lain. Saya pakai satu dua kali je sebab baby takde diapers rashes. Alhamdulillah.
Best affordable pampers
Harga murah and best sebab ada indicator! Anak saya pakai tak bocor, lagipun mmg tukar setiap kali menyusu. Recommended
Soft and best teat
Teat lembut, anak suka. First try terus sangkut. Baby pun tak kembung, guna sekali dgn bottle avent
Affordable
Harga murah, kualiti okay. Senang didapati di mana mana pasaraya atau baby shop. Bau apple 🍏 best!
Minta doa & support
Assalammualaikum ibu ibu. Saya dah melahirkan baby girl saya pada 6/12/2022. Due saya sepatutnya 13/12/2022. Saya di induce ubat & drip. Saya serah diri pada 4/12/2022 sebab baby kurang gerak. Kelahiran normal tetapi menggunakan vakum disebabkan saya kehilangan tenaga utk meneran & bacaan jantung baby kurang memuaskan. Doktor tak pasti baby dah tertelan najis atau tidak tetapi baby dah berak and fetal distress. Sekarang baby saya ada di NICU menggunakan bantuan oksigen & tiub susu ditempatkan di dalam inkubator. Doktor dah on antibiotik. Dengan rendah diri saya nak minta doa ibu ibu dkt sini supaya anak saya Nur Zulfa Amni Binti Muhammad Zul Adly cepat sihat & discharge daripada hospital. Saya belum dapat dukung, apa lagi skin to skin. Hati ibu nie ibarat disiat siat bila tengok kaki tangan anak dicucuk cucuk and dah biru bengkak. Terima kasih semua.
Maternity pad atau kotex/libresse overnight panties
Salam ibu ibu. Nak tanya mana lebih sesuai dibawa ke hospital utk dipakai selepas bersalin? Overnight panties atau maternity pad + disposable panties? Keliru sebab ada yang kata lebih mudah pakai pad kot dr/nurse nak check. Ada yang kata overnight panties mudah sebab tak bocor. Minta pendapat ibu ibu, sebab saya tgh survey utk persediaan. Terima kasih
The best ever!
Bau memang sedap la. Pakai sejak tahu pregnant, alhamdulillah dah 6 bulan masih bebas stretch marks. Recommended. Nak dapatkan dkt watsons/guardian pun senang