HB LOW . bantu saya utk bagi cdgn perlu ambil apa

hai semua . saya dah 24w tapi hb asyik maintain je 10 mcm tu. mcmmana ya nak naik hb.. dah macam2 saya makan😢

42 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis sama dgn saya, skrg dah 21 weeks hb asyik takat 10.8,10.6,10.5,10.2 risau sngt drop smpai 9😭 dah nk hampir sngt tu😩 saya stop caffein lama dah, start dari 15 weeks jadi drop 10 tu. Sbb tak sesuai dgn ubat zincoffer. Mula tak kne dgn ubat zincoffer. Mkn asyik muntah, last2 ubat tak sempat serap dah kluar balik. Mintak tukar ubat kk ke iberet, pon sma maintain 10 jgk. So baru ni saya dpt ubat tambahan iron tablet, satu hari saya kne makan 6 biji ubat total smua untuk penambahan zat besi. Saya tiap2 hari amalkan makan ubat dgn air lemon tanpa gula, ptg2 saya makan buah jambu dgn air delima dimes. Tapi tula tak naik2, doktor ckp mgkin saya ni atas sbb pregnancy, kalau sbb pregnancy takleh buat apa katanya. Smpai darah sampel dah kne ambik dgn najis, untuk hospital buat kajian sbb apa hb saya low. So kalau darah dgn najis okay, takde sbb lain lagi dia ckp, hanya sbb pregnancy journey 😁 saya ckp kat doktor, mgkin saya ikut jejak mak saya, mak saya dari anak first smpai 11 org mmg hb low, 9-10 je. Tapi takde apa bila check iron okay tggi je, takde masalah apa. Hmm entahlah, moga kita smua dimudahkan segala urusan ye sis, perjuang2 hb low saya doakan yg terbaik amin🤲🏻❤️

Baca lagi
2y ago

Ouh yeke , kalau begitu baiklah terima kasih ats nasihat ye sis. Saya tukar susu😇

TapFluencer

Ni saya amalkan apa yg diajar di kelas diet 2 kali dgn pegawai sains pemakanan KK. Tiap-tiap hari makan menu yg ada kandungan zat besi; kerang, daging merah; kambing/ lembu/ kerbau, ikan cencaru, lala, sayur; peria, pegaga, maman, apa lg ye? Boleh rujuk bahagian pemakanan KKM. Lepas makan menu utama tu (lunch /dinner), terus makan buah tinggi vitamin C; jambu batu, oren /limau, kiwi, berries dll. buat mcm ni sbb vit C bantu proses zat besi dlm badan. Makan tablet/pil zat besi dgn air tinggi Vit C contoh: air limau kasturi tanpa gula atau kurang gula/ sunquick tanpa gula. Selamat mencuba ya. Alhamdulillah sy pun dah 2 kali cek up, hb naik dari 9.2-9.9-10.3.

Baca lagi

senasib kita ni sis. saya pun masa mula checkup 11 lebih, makin hari makin turun jadi 10 je. Minggu lepas nurse dah ambil sample darah, untuk prepare cucuk iron shot dekat montot. nurse cakap sakit. huwaaa tak sanggup kita. semalam Doc suruh saya makan zincofer satu + iron tablet satu. sebelum ni zincofer je, makan memang muntah rupanya saya salah cara. Zincofer/ iron tablet elok makan betul2 sebelum tidur. insyaAllah tak muntah. tapi kena gap at least sejam dari makan malam. makan zincofer/ iron tablet tu pastu terus pejam mata ZzZzZz

Baca lagi

Sya minum susu rizqi, first appoinment dgn kk alhamdulillah so far hb okay 12.9 . Nak tgk appoinment kdua plk lpas ni, brpa hb.. mber sy lpas consume susu rizqi pun hb dia naik smpai 16.9 .. dia ank kdua, mase ank first xprnah tinggi smpai mcm tu, nurse pun ada tnye dia mkn ape sbb hb tinggi sngt, tu hb utk org2 laki, tapi ok la dripada rendah kn.. kita risau klau rendah.. so far okay la kita ikhtiar apa yg boleh ikhtiar 😊

Baca lagi

makn sayur bayam,sayur pucuk ubi manis,hati ayam,susu kambing najeehah, minum ubat tambah darah yg klnik bagi😊, tu yg sy mkn atau minum sampai lah kandungan sy 37week Alhamdulillah hb tetap cantik 12.5, skg tingal tunggu hari je nak bersalin,doakan sy semoga dipermudahkan melahirkan anak sulung sy Aamiiin🤲🤲🤲

Baca lagi

makan ubat ikut masa set time untuk makan ubat makesure perut kosong tau..try ambik iberet or zincofer ...And then makan ubat dngn air masam macam air limau ke sunquict ke .ubat mmg cepat serap .Kalau boleh mkn kurma .seriously sngt membantu mommiesss2 .paling penting jaga pemakanan . semoga hb awak naik lepasni .amin 🤲

Baca lagi
2y ago

@Maryam ZKhan.. , sy pun sama x boleh mkn pil zat besi time perut kosong. apa saya buat, dinner sblm jam 10pm, 2 jam/ lebih ke atas slps dinner, mkn pil zat besi dgn 1 sudu sunquick dibancuh dgn air kosong secawan. minum air kosong 3 teguk (saya x blh minum air sekali banyak sbb trauma muntah air dgn pil zincofer.) gosok gigi sblm mkn pil tu utk elakkan muntah. ready utk sleep. saya akan rasa pening2 mual lps mkn pil zat besi. tido je terus. jngn ditahan2 mata tu. 😅 so x muntah. InsyaAllah

sy minum jus mamariam , dr awl pregnant smpai skrg dkat 20week. alhamdulillah , hb cantik . doktor ada bg zincofer jg utk tmbh darah . hb xgerak dr 12.6 ke ats ☺️ sis try dlu satu botol , mna tau bole naik kn hb sis. inshaallah . Btw sy pregnant ank pertama 🤭

selain kena jaga pemakanan ibu mengandung pun kena jaga waktu mandi.. ni mertua saya yg bagitahu kalau nak hb maintain. kalau boleh mandi sebelum terbit atau terik matahari, petang pulak mandi sebelum atau selepas asar.. ibu cer try, saya so far alhamdulillah ok

sy pun hb low. sy try makan kerang, kekacang, jambu batu n buah²an lain checkup td alhamdulillah hb makin naik 🥰 pati delima gulsan pun sy minum jgk hb dari 10.9 dah naik 12.2 🤗 maybe awk pun boleh try mummy 💪

Sy amalkan pmkanan seimbang. Mmg kbtulan sblm ni tgh diet juga. Pastu sy amalkan buah bit(beetroot) pun ok juga. Kdg bt jus tmbah dgn buah2 lain. Kdg sy masak beetroot tu dgn makanan lain. Semoga bermnfaat

2y ago

Sy masak cmpur dgn ubi kuning. Pastu pecahkan tlur. Msukkan perasa sikit. Garam pink ke apa. Pastu tgh2 sy pcahkan tlur msak. Sy bg gmbr

Post reply image