Berpantang di mana?

Hai mommies semua☺️ Nak minta pendapat dan juga perkongsian dari semua. Anda berpantang/akan berpantang dimana? Dengan siapa? Saya sebenarnya dalam dilemma. Ibu bapa saya dah meninggal dunia dan ibu mertua sukarela untuk bantu jagakan pantang selama beberapa minggu (MIL datang ke rumah) Namun begitu due saya seminggu sebelum hari Raya yang membuatkan ipar ipar mendesak untuk berpantang di rumah salah seorang mereka dengan alasan teruja menyambut bayi (walaupun bukan cucu sulung) dan ingin beraya bersama MIL . Setiap minggu pasti saya akan terima mesej bertanyakan samada jadi atau tidak berpantang disana dsb (kdg kdg hantar gambar rumah/bilik sbg hint) Saya akui agak kurang senang apabila sering didesak, sudah tentu dalam pantang kita ingin kan ketenangan dan rehat. Walaupun anak pertama saya yakin boleh uruskan diri/anak kerana pernah bantu jaga kakak saya semasa dalam pantang beberapa kali. Bila ajak suami bincang, dia hanya beri jawapan selamat "tengok dulu keadaan macamana." Menurut suami, boleh berpantang dirumah tapi nanti pergi beraya ke rumah ipar😞 bukankah saya perlu berehat dan kurangkan jalan apatah lagi untuk pergi beraya yang memakan masa sejam lebih perjalanan Mohon pendapat puan puan semua ya😣 #pleasehelp #firstmom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nasihat sy, lebih baik pantang kat rumah sendiri. Kalau MIL nak jaga, biar dia yg dtg rumah puan. Kalau mampu, upah CL. Tp sy x sarankan puan berpantang rumah kakak ipar. Sbb.. 1. Mungkin x selesa mcm kat rumah sendiri. Kat rumah ipar tu nanti mesti nak kena jaga aurat bagai. Leceh 2. Ibu pantang perlukan rehat yg cukup. Kalau kat rumah kakak ipar, sy x rasa puan akan dpt rehat yg cukup. Mesti nanti kejap2 ada org dtg nak tgk baby la apa la. Akan mengganggu puan nak rehat je nanti. Baby newborn akan lebih tido dari bgn jd nanti baby akan x dpt rehat yg cukup sbb org ganggu dia. 3. Ibu berpantang yg x dpt rehat cukup, berisiko utk stress dan meroyan. Situasi ni nampak remeh tp boleh jd bahaya. Meroyan ni boleh sampai cederakan anak tanpa sedar. Sy pernah alami. Sy x sedar sy hempas anak sy yg baru sebulan atas katil sbb x tahan dgr dia nangis. 4. Fikirkan kesihatan dan keselamatan puan dan baby dulu. Newborn ni masih sensitive. Kita x tau immunity dia mcm mana. Kalau terdedah dekat org ramai masa puan berpantang kat rumah ipar, anak akan mudah terdedah pd apa2 sakit. Luka bersalin puan pun nanti boleh jd akan lambat sembuh. Cuba slow talk dgn suami. Kalau puan rasa puan mampu dan yakin berpantang sendiri sbb ada pengalaman jaga org pantang, then puan pantang sendiri je. Kalau MIL nak jaga jugak, mintak jaga sebelum raya tu je then biar je la suami dgn MIL nak beraya dgn family diorang. Lagipun raya sebulan sis. X boleh beraya hari raya pertama, boleh je beraya hari lain. Yg penting jaga diri dulu. Jgn menyusahkan diri demi org lain. Nanti kalau sakit, sendiri yg tanggung. Org lain cuma mampu kesian je, bukan diorang yg rasa.

Baca lagi
2y ago

ya betul.kalau saya pun saya akn pantang sendiri. tak beraya pun tak apa sebab tgh bpantang masa tu.x boleh utamakan perkara lain.

Betul tu awak. Kita berpantang nie x boleh nk kecoh2, x boleh nk cepat2, semua benda ambik masa which is ikut masa awak dan masa baby. Lg seminggu nk beraya tu ada 7 hari. Kalau sy di tempat awak, better lah awak berpantang sendiri di rumah sendiri. MIL boleh je jaga seminggu tu dan seminggu lg 1 awak boleh dah urus kn sendiri dan baby awak. Part si suami tu, mmg x nafikan mungkin die happy nk tunjuk baby die, ye lah kan lg2 hari raya, semua berkumpul, tp awak kena bgtau suami hook or crook keselesaan awak dan baby diutamakan. Masa lpas seminggu tu rata2 ibu di sini darah nifas masih ada, dgn x selesa jahitan bius tu, mcm mn pula nk tukar pad kt rumah org kan... sgt2 x selesa bg sy. nk kurangkan jalan tu mcm x relevan sbb doktor galakkan kita byk bergerak untuk elakkan darah beku. Atau pun suruh je si suami pergi beraya sorg diri dulu nnt baby dah dekat 2 bulan br lah tunjuk baby kt keluarga. Kena fikir si kecil juga. newborn baby akan byk tido. tu belum lg keluar masuk hospital kalau kuning lama. its a lot to it actually. apa2 pun bgtau si suami. nk tgg bincang sampai ke sudah bila2 pun x akan dpt kata capai.

Baca lagi
2y ago

Yelah kan first born pulaktu, mesti nak semya lancar. Amiiinn terima kasih banyak ya semoga urusan puan dipermudah juga🥹

Lebih baik puan bersalin dekat rumah sendiri.. itu lebih selesa, utk kite dan baby.. bila dduk rumah ipar ni nk menjaga aurat dan rehat cukup mmg susah nnti.. zikir ya latif setiap kali msk n buat air suami, slow talk dgn suami, beritahu kebaikkan dan keburukkan.. semoga suami puan faham dan lebih fikir puan n baby.. sy pon time raya tu dlm pantang.. sy dh pesan dgn suami siap2, nnt raya dy kene pergi rumah mak dia sorang2, wlwpon dy excited sbb ni baby first kami lepas 7 tahun tggu, tp dy faham dan akur.. baby belum sebulan lg masa raya tu.. risau nk kmpul2.. InsyaaAllah semoga baik2 buat kite semua n baby 🥰

Baca lagi
2y ago

Insyallah terima kasih banyak puan atas nasihat yang baik dan menyejukkan hati😘 lega sangat ramai yang beri pendapat membina. Doakan saya ya! Semoga kita diberi kemudahan melahir dan berpantang dengan anak 🥰

Saya anak first .saya dan suami ambil Keputusan berpantang sdr .dalam hati yakin tak yakin ,tapi InshaAllah kami cuba yg terbaik . Saya dan suami tnk susahkn mana2 pihak ,bukan apa bkn nk bersangka buruk takut belakang hari ada kata2 yg tak sedap didengar ..lagipun kalau pantang sendiri saya rasa mcm tk rasa rimas la klau nk mintak suami tolong mcm2 ,kalau ada mertua ni hm segan takut dia cakap apa pulak ..mak sendiri pulak tkut adik bradik lain kata apa jugak .kami belajar la sndiri nanti ,.saya lepas raya bersalin ..saya tanak emosi saya terganggu rasa selesa dgn suami je .

Baca lagi
2y ago

Setuju

Pantang rumah sndri lebih selesa, sy biasa jgk lahirkan ank dkt2 raya n bln puasa... Kita pantang kn x puasa, jd trsngt lah segan klau mil y puasa siapkan mknan kita 😅😅😅, ank sulung sy pntg rumah mil jgk.. Jd segan nk mkn huhuhu malu wlpn smua org dlm rumah tu pham situasi kita... Ank ke 2 lhir bln puasa, sy pntg sndri, jd kejap2 nk mkn pn x kisah dh sbb sy dgn ank sulung je d rumah,masa tu ank first bru 1thn...jd xde la segan sngt, dia pn x fham pe lg kn msa tu...

Baca lagi
2y ago

Iya kan? Kalau duduk dirumah orang ni mcm mcm benda nak buat kena fikir dua tiga kali, segan , terbatas dan sebagainya. Saya ingatkan saya je yang mcm selfish/kolot. Rata rata puan puan semua sependapat dengan saya juga 😭 terima kasih faham

rumah sendiri je senang. bincang dgn husband tu.. percaya la, klau awk setuju dgn ajakkan depa,awk yg tak tenang. biar je MIL tu nak beraya dulu, suami jaga la. tak susah pun sis. wlaupun dlm pantang tetap kena ada pergerakkan jgak utk kesihatan. cuba paham dlu pantang cara sihat, confirm awk enjoy sihat sepanjang hayat. kesihatan mental pun penting ye..

Baca lagi
2y ago

Insyallah siss🥰 terima kasih pandangan yang membina

sy bru brslin first born bln lepas.. mula² sminggu pntang umah mak sndiri.. emosi terganggu sikit.. pastu sminggu plak umah mertua konon nk jd hati la bg adil. lg brtambah2 emosi.. last2 balik umah sndiri ya allah.. aman damai.. mmg klau ada rzeki anak lg lpas ni mmg pantang kt umah sndiri.. mlas nk rosakkan emosi sndiri...

Baca lagi
2y ago

Setuju. Pantang rumah sendiri rasa lagi tenang kan berbanding pantang rumah org walaupun rumah mak sendiri.

Kali ni anak ke dua sy berpantang rumah mertua tapi bukan mertua yg jaga.. Sy ambik CL.. Ikutkan mertua nak jaga tapi malas nak dengar macam2 dr biras nanti.. Kang jadi stress meroyan tak pasal jee

2y ago

Alhamdulillah rezeki puan. 🤲🏽 saya tak mampu nak ambik CL sebab suami shj yg bekerja, saya alahan teruk masa mengandung so tak dapat nak saving

suami tolong faham keadaan isteri..jangan fikir nak raya je..dah raya pun pantang..kene korban raya la..saya pernah berpantang time raya..xperlu nak dgr ckp orang

2y ago

Thank you sis☺️

sy klo dh berpantang..raya dh tolak tepi..paling penting sy akan jaga mental sy ketika brptang..lgipn baby kecik lgi..risiko sgt

2y ago

Yela mmg tak fikir nak raya sangat pun badan belum sihat kan😮‍💨 tapi hmmm org sekeliling saya tak faham la pulak