Berpantang di mana?

Hai mommies semua☺️ Nak minta pendapat dan juga perkongsian dari semua. Anda berpantang/akan berpantang dimana? Dengan siapa? Saya sebenarnya dalam dilemma. Ibu bapa saya dah meninggal dunia dan ibu mertua sukarela untuk bantu jagakan pantang selama beberapa minggu (MIL datang ke rumah) Namun begitu due saya seminggu sebelum hari Raya yang membuatkan ipar ipar mendesak untuk berpantang di rumah salah seorang mereka dengan alasan teruja menyambut bayi (walaupun bukan cucu sulung) dan ingin beraya bersama MIL . Setiap minggu pasti saya akan terima mesej bertanyakan samada jadi atau tidak berpantang disana dsb (kdg kdg hantar gambar rumah/bilik sbg hint) Saya akui agak kurang senang apabila sering didesak, sudah tentu dalam pantang kita ingin kan ketenangan dan rehat. Walaupun anak pertama saya yakin boleh uruskan diri/anak kerana pernah bantu jaga kakak saya semasa dalam pantang beberapa kali. Bila ajak suami bincang, dia hanya beri jawapan selamat "tengok dulu keadaan macamana." Menurut suami, boleh berpantang dirumah tapi nanti pergi beraya ke rumah ipar😞 bukankah saya perlu berehat dan kurangkan jalan apatah lagi untuk pergi beraya yang memakan masa sejam lebih perjalanan Mohon pendapat puan puan semua ya😣 #pleasehelp #firstmom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Betul tu awak. Kita berpantang nie x boleh nk kecoh2, x boleh nk cepat2, semua benda ambik masa which is ikut masa awak dan masa baby. Lg seminggu nk beraya tu ada 7 hari. Kalau sy di tempat awak, better lah awak berpantang sendiri di rumah sendiri. MIL boleh je jaga seminggu tu dan seminggu lg 1 awak boleh dah urus kn sendiri dan baby awak. Part si suami tu, mmg x nafikan mungkin die happy nk tunjuk baby die, ye lah kan lg2 hari raya, semua berkumpul, tp awak kena bgtau suami hook or crook keselesaan awak dan baby diutamakan. Masa lpas seminggu tu rata2 ibu di sini darah nifas masih ada, dgn x selesa jahitan bius tu, mcm mn pula nk tukar pad kt rumah org kan... sgt2 x selesa bg sy. nk kurangkan jalan tu mcm x relevan sbb doktor galakkan kita byk bergerak untuk elakkan darah beku. Atau pun suruh je si suami pergi beraya sorg diri dulu nnt baby dah dekat 2 bulan br lah tunjuk baby kt keluarga. Kena fikir si kecil juga. newborn baby akan byk tido. tu belum lg keluar masuk hospital kalau kuning lama. its a lot to it actually. apa2 pun bgtau si suami. nk tgg bincang sampai ke sudah bila2 pun x akan dpt kata capai.

Baca lagi
3y ago

Yelah kan first born pulaktu, mesti nak semya lancar. Amiiinn terima kasih banyak ya semoga urusan puan dipermudah juga🥹