Berpantang di mana?

Hai mommies semua☺️ Nak minta pendapat dan juga perkongsian dari semua. Anda berpantang/akan berpantang dimana? Dengan siapa? Saya sebenarnya dalam dilemma. Ibu bapa saya dah meninggal dunia dan ibu mertua sukarela untuk bantu jagakan pantang selama beberapa minggu (MIL datang ke rumah) Namun begitu due saya seminggu sebelum hari Raya yang membuatkan ipar ipar mendesak untuk berpantang di rumah salah seorang mereka dengan alasan teruja menyambut bayi (walaupun bukan cucu sulung) dan ingin beraya bersama MIL . Setiap minggu pasti saya akan terima mesej bertanyakan samada jadi atau tidak berpantang disana dsb (kdg kdg hantar gambar rumah/bilik sbg hint) Saya akui agak kurang senang apabila sering didesak, sudah tentu dalam pantang kita ingin kan ketenangan dan rehat. Walaupun anak pertama saya yakin boleh uruskan diri/anak kerana pernah bantu jaga kakak saya semasa dalam pantang beberapa kali. Bila ajak suami bincang, dia hanya beri jawapan selamat "tengok dulu keadaan macamana." Menurut suami, boleh berpantang dirumah tapi nanti pergi beraya ke rumah ipar😞 bukankah saya perlu berehat dan kurangkan jalan apatah lagi untuk pergi beraya yang memakan masa sejam lebih perjalanan Mohon pendapat puan puan semua ya😣 #pleasehelp #firstmom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Nasihat sy, lebih baik pantang kat rumah sendiri. Kalau MIL nak jaga, biar dia yg dtg rumah puan. Kalau mampu, upah CL. Tp sy x sarankan puan berpantang rumah kakak ipar. Sbb.. 1. Mungkin x selesa mcm kat rumah sendiri. Kat rumah ipar tu nanti mesti nak kena jaga aurat bagai. Leceh 2. Ibu pantang perlukan rehat yg cukup. Kalau kat rumah kakak ipar, sy x rasa puan akan dpt rehat yg cukup. Mesti nanti kejap2 ada org dtg nak tgk baby la apa la. Akan mengganggu puan nak rehat je nanti. Baby newborn akan lebih tido dari bgn jd nanti baby akan x dpt rehat yg cukup sbb org ganggu dia. 3. Ibu berpantang yg x dpt rehat cukup, berisiko utk stress dan meroyan. Situasi ni nampak remeh tp boleh jd bahaya. Meroyan ni boleh sampai cederakan anak tanpa sedar. Sy pernah alami. Sy x sedar sy hempas anak sy yg baru sebulan atas katil sbb x tahan dgr dia nangis. 4. Fikirkan kesihatan dan keselamatan puan dan baby dulu. Newborn ni masih sensitive. Kita x tau immunity dia mcm mana. Kalau terdedah dekat org ramai masa puan berpantang kat rumah ipar, anak akan mudah terdedah pd apa2 sakit. Luka bersalin puan pun nanti boleh jd akan lambat sembuh. Cuba slow talk dgn suami. Kalau puan rasa puan mampu dan yakin berpantang sendiri sbb ada pengalaman jaga org pantang, then puan pantang sendiri je. Kalau MIL nak jaga jugak, mintak jaga sebelum raya tu je then biar je la suami dgn MIL nak beraya dgn family diorang. Lagipun raya sebulan sis. X boleh beraya hari raya pertama, boleh je beraya hari lain. Yg penting jaga diri dulu. Jgn menyusahkan diri demi org lain. Nanti kalau sakit, sendiri yg tanggung. Org lain cuma mampu kesian je, bukan diorang yg rasa.

Baca lagi
3y ago

ya betul.kalau saya pun saya akn pantang sendiri. tak beraya pun tak apa sebab tgh bpantang masa tu.x boleh utamakan perkara lain.