Berpantang di mana?

Hai mommies semua☺️ Nak minta pendapat dan juga perkongsian dari semua. Anda berpantang/akan berpantang dimana? Dengan siapa? Saya sebenarnya dalam dilemma. Ibu bapa saya dah meninggal dunia dan ibu mertua sukarela untuk bantu jagakan pantang selama beberapa minggu (MIL datang ke rumah) Namun begitu due saya seminggu sebelum hari Raya yang membuatkan ipar ipar mendesak untuk berpantang di rumah salah seorang mereka dengan alasan teruja menyambut bayi (walaupun bukan cucu sulung) dan ingin beraya bersama MIL . Setiap minggu pasti saya akan terima mesej bertanyakan samada jadi atau tidak berpantang disana dsb (kdg kdg hantar gambar rumah/bilik sbg hint) Saya akui agak kurang senang apabila sering didesak, sudah tentu dalam pantang kita ingin kan ketenangan dan rehat. Walaupun anak pertama saya yakin boleh uruskan diri/anak kerana pernah bantu jaga kakak saya semasa dalam pantang beberapa kali. Bila ajak suami bincang, dia hanya beri jawapan selamat "tengok dulu keadaan macamana." Menurut suami, boleh berpantang dirumah tapi nanti pergi beraya ke rumah ipar😞 bukankah saya perlu berehat dan kurangkan jalan apatah lagi untuk pergi beraya yang memakan masa sejam lebih perjalanan Mohon pendapat puan puan semua ya😣 #pleasehelp #firstmom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya anak first .saya dan suami ambil Keputusan berpantang sdr .dalam hati yakin tak yakin ,tapi InshaAllah kami cuba yg terbaik . Saya dan suami tnk susahkn mana2 pihak ,bukan apa bkn nk bersangka buruk takut belakang hari ada kata2 yg tak sedap didengar ..lagipun kalau pantang sendiri saya rasa mcm tk rasa rimas la klau nk mintak suami tolong mcm2 ,kalau ada mertua ni hm segan takut dia cakap apa pulak ..mak sendiri pulak tkut adik bradik lain kata apa jugak .kami belajar la sndiri nanti ,.saya lepas raya bersalin ..saya tanak emosi saya terganggu rasa selesa dgn suami je .

Baca lagi
3y ago

Setuju