Cik Ayyie NHR profile icon
PlatinumPlatinum

Cik Ayyie NHR, Malaysia

Contributor

About Cik Ayyie NHR

Mom of special baby and certified physiotherapist

Posts(3)Replies(449)Photos(2)

Anak anugerah terindah

Pernah tak mommies kat sini terfikir kandungan boleh jadi sesuatu yg tak expect? Sy tak pernah expect. Ingatkan pregnant ni mudah je. Saja nak share pengalaman sy masa bersalin anak pertama April 2021 hari tu. Sepanjang pregnant sy memang diuji. Alahan teruk sampai nak masuk 8 bulan. Hyperem sampai asyik keluar masuk wad. Diuji lagi masa 33w. Nak jadi asbab, sy terjatuh masa tengah keje. Tergelincir. Pinggul rasa sakit. Baby pun kurang aktif masa waktu yg dia selalu aktif. Senior nasihatkan sy pegi cek. Buat detail scan, doktor detect otak anak sy tak normal. Otak sebelah kanan membengkak (ventriculomegaly). Masa ni detect saiz tu 2.28cm . Saiz ventricle otak utk normal baby adalah 1cm. Sy ditahan di wad utk pantauan takut tiba2 sy ada contraction. Sy pernah buat detail scan sebelum tu kat hospital private masa 20w. Semuanya normal. Utk pengetahuan, ventriculomegaly ni boleh di detect seawal 18w pregnancy. Doc O&G refer sy ke pakar MFM. Tapi pakar MFM tak boleh buat apa2 test utk tau punca bengkak tu sebab kandungan dah 34w masa ni. Test ambil masa sebulan utk dapat result dan pakar MFM bagitau by the time tunggu result, takut sy dah bersalin so dia cakap tunggu bersalin je kecuali kalau saiz kepala baby besar, kena bersalin awal dgn caeser. So setiap minggu sy kena buat scan dan alhamdulillah saiz kepala baby normal cuma bengkak otak tu semakin bertambah. Sy pegi 3 hospital utk buat detail scan. 1 hospital gov, 1 hospital private, 1 hospital U. Semua result sama. Memang betul ada ventriculomegaly. Paling sedih bila scan kat hospital U masa 35w, detect otak sebelah kiri pulak membengkak tapi tak sebesar sebelah kanan. Scan masa 37w, sebelah kiri alhamdulillah mengecut tapi sebelah kanan masih sama. Masa 37w2d, pukul 9.30pm air ketuban sy pecah tp bila sampai kecemasan, baru bukak 1cm je jadi doc suruh admit sebab air ketuban dah pecah. Doc kata kalau esok lepas subuh bukaan still tak byk, akan induced. Sepanjang mlm contraction dtg makin kerap sampai tak boleh tido. Pukul 7am esoknya, cek bukaan dah 3cm, terus kena tolak ke labor room. Sepanjang kat labor room contraction dah makin kuat. Bacaan CTG dah tak cantik. Jantung baby dah slow. Pukul 9am doc cek bukaan baru 4cm dan baby dah berak. Terus emergency caeser. 9.30am baby keluar. Bila scan kepala baby, doc cakap ada pendarahan kat otak sebab baby stress lama sangat kat dalam. Fetal distress. Ye la, 12JAM. Umur baby 10hari, buat MRI otak utk tengok punca ventriculomegaly tu. 2 minggu kemudian dapat result masa umur baby 22 hari. Remuk hati. Allah je yg tau mcm mana rasa masa tu bila doc cakap kemungkinan BRAIN TUMOR penyebab otak jd membengkak. 3 hari kemudian (umur baby 25hari) buat surgery buang tumor. Sehari lepas surgery, baby kritikal dan terpaksa buat surgery utk hentikan pendarahan pukul 3am. Sejak tu, baby lain dari baby normal. Dia langsung tak menangis mcm baby normal walaupun nangis lapar. Dia pernah berjaga tak tido langsung sampai 12jam. Sehari sebelum raya, baby buat surgery ke-3 pulak sebab doc cek ada luka kat saluran tekak baby sebab lama kena intubated. Dari puasa sampai raya sy stay dgn baby kat hospital. Tak sempat nak fikir pasal pantang. Lepas dah dekat 2 bulan dok kat hospital ingatkan baby dah ok. Tapi tak. Lepas 3 hari discharge bawak baby balik rumah, dia start menangis, tak nak menyusu sampai tiba2 dia muntah memancut keluar ikut mulut dan hidung lepas tu sawan. Bawak ke kecemasan. Buat ct scan doc cakap tekanan dlm otak dia tinggi. Pendarahan masih ada. Malam tu jugak buat surgery ke-4 pasang shunt. Lepas surgery, keadaan baby ok sikit cuma perkembangan dia lambat sebab otak dia dah kena kacau. Sy dan husband sama2 healthcare worker so kitorang train baby hari2 sebab perkembangan dia dah tercicir. Alhamdulillah sekarang baby makin sihat dan perkembangan dia mcm baby normal lain. #sharing #braintumorsurvivor

Read more
Anak anugerah terindah
 profile icon
Write a reply