Berpantang di mana?

Hai mommies semua☺️ Nak minta pendapat dan juga perkongsian dari semua. Anda berpantang/akan berpantang dimana? Dengan siapa? Saya sebenarnya dalam dilemma. Ibu bapa saya dah meninggal dunia dan ibu mertua sukarela untuk bantu jagakan pantang selama beberapa minggu (MIL datang ke rumah) Namun begitu due saya seminggu sebelum hari Raya yang membuatkan ipar ipar mendesak untuk berpantang di rumah salah seorang mereka dengan alasan teruja menyambut bayi (walaupun bukan cucu sulung) dan ingin beraya bersama MIL . Setiap minggu pasti saya akan terima mesej bertanyakan samada jadi atau tidak berpantang disana dsb (kdg kdg hantar gambar rumah/bilik sbg hint) Saya akui agak kurang senang apabila sering didesak, sudah tentu dalam pantang kita ingin kan ketenangan dan rehat. Walaupun anak pertama saya yakin boleh uruskan diri/anak kerana pernah bantu jaga kakak saya semasa dalam pantang beberapa kali. Bila ajak suami bincang, dia hanya beri jawapan selamat "tengok dulu keadaan macamana." Menurut suami, boleh berpantang dirumah tapi nanti pergi beraya ke rumah ipar😞 bukankah saya perlu berehat dan kurangkan jalan apatah lagi untuk pergi beraya yang memakan masa sejam lebih perjalanan Mohon pendapat puan puan semua ya😣 #pleasehelp #firstmom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pantang rumah sndri lebih selesa, sy biasa jgk lahirkan ank dkt2 raya n bln puasa... Kita pantang kn x puasa, jd trsngt lah segan klau mil y puasa siapkan mknan kita 😅😅😅, ank sulung sy pntg rumah mil jgk.. Jd segan nk mkn huhuhu malu wlpn smua org dlm rumah tu pham situasi kita... Ank ke 2 lhir bln puasa, sy pntg sndri, jd kejap2 nk mkn pn x kisah dh sbb sy dgn ank sulung je d rumah,masa tu ank first bru 1thn...jd xde la segan sngt, dia pn x fham pe lg kn msa tu...

Baca lagi
3y ago

Iya kan? Kalau duduk dirumah orang ni mcm mcm benda nak buat kena fikir dua tiga kali, segan , terbatas dan sebagainya. Saya ingatkan saya je yang mcm selfish/kolot. Rata rata puan puan semua sependapat dengan saya juga 😭 terima kasih faham