Berpantang di mana?

Hai mommies semua☺️ Nak minta pendapat dan juga perkongsian dari semua. Anda berpantang/akan berpantang dimana? Dengan siapa? Saya sebenarnya dalam dilemma. Ibu bapa saya dah meninggal dunia dan ibu mertua sukarela untuk bantu jagakan pantang selama beberapa minggu (MIL datang ke rumah) Namun begitu due saya seminggu sebelum hari Raya yang membuatkan ipar ipar mendesak untuk berpantang di rumah salah seorang mereka dengan alasan teruja menyambut bayi (walaupun bukan cucu sulung) dan ingin beraya bersama MIL . Setiap minggu pasti saya akan terima mesej bertanyakan samada jadi atau tidak berpantang disana dsb (kdg kdg hantar gambar rumah/bilik sbg hint) Saya akui agak kurang senang apabila sering didesak, sudah tentu dalam pantang kita ingin kan ketenangan dan rehat. Walaupun anak pertama saya yakin boleh uruskan diri/anak kerana pernah bantu jaga kakak saya semasa dalam pantang beberapa kali. Bila ajak suami bincang, dia hanya beri jawapan selamat "tengok dulu keadaan macamana." Menurut suami, boleh berpantang dirumah tapi nanti pergi beraya ke rumah ipar😞 bukankah saya perlu berehat dan kurangkan jalan apatah lagi untuk pergi beraya yang memakan masa sejam lebih perjalanan Mohon pendapat puan puan semua ya😣 #pleasehelp #firstmom

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kali ni anak ke dua sy berpantang rumah mertua tapi bukan mertua yg jaga.. Sy ambik CL.. Ikutkan mertua nak jaga tapi malas nak dengar macam2 dr biras nanti.. Kang jadi stress meroyan tak pasal jee

3y ago

Alhamdulillah rezeki puan. 🤲🏽 saya tak mampu nak ambik CL sebab suami shj yg bekerja, saya alahan teruk masa mengandung so tak dapat nak saving