Cara naikkan hb dengan cepat

Boleh tak ibu² kongsikan cara² naikkan hb dengan cepat? Saya makan obimin. Nurse suruh saya makan lebih byk sayur warna hijau, kekacang, buah jambu batu. Jgn ambil caffeine

33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pun hb low. tp saya makan ubat iberet & minum sekali dgn air limau kasturi. buat kosong je air tu jgn tambah gula. hb saya maintain 11 je. nurse kat kk tak bagi saya minum delima gulsan tu. dah masuk trimester ke 3 saya ada tengok kat tiktok yg jus delima amway tu saya cuba amal. 2weeks je saya amal lepastu pergi appoinment kk hb saya naik 12.4 sampai skrg saya masih amalkan sampai tunggu baby nak keluar. 2 botol dah amal jus amway tu rasa sedap. rasa ribena bancuh dgn air tambah ais. srs menjadi sangat & sedappp 🥰👍🏻 caffein boleh ambik tp jgn selalu. yg penting sayur, buah & susu utk tambah lagi.

Baca lagi
1mo ago

minum air limau@vitamin c dpt tingkatkan penyerapan zat besi

Saya pun bingung juga mcm mana nak naikkan HB. First check 11.8, then turun p 11.0, turun p 10.5, turun lagi p 10.2. Try minum pati delima gulsan tuu and makan jambu batu, naik sikit p 10.5. Tapi pastu turun balik p 10.2. Sy xminum milo, nestum or kafein smua tuu. Susu pun dah stop dah. Sampai kena tambah dos ubat tambah darah xnaik2 juga, then skrg kena tukar p iberet. Harap2 naik la. Sbab penat kena jumpa nurse setiap 2 mggu kena ambik darah, kena jumpa pakar dietik. Skrg dah jaga makan betul2, harap2 next appointment ada perubahan positif 🥹

Baca lagi
1mo ago

Mungkin cara mengambilan salah kot. And plus kalau nak ikutkan, bukan setakat kopi, teh, milo, horlick je. Coklat, baik coklat makan or minum, roti putih tawar tu, roti bun pun boleh halang iron. Seingat saya misi saya pernah cakap yogurt dengan cheese pun boleh halang penyerapan iron jugak. Even awak jarak 2 jam sebelum/selepas makan pun, ada certain food memang lambat nak process, and end up halang iron dari kena serap. Try makan iron tablet tengah pagi. Sebab time tu perut memang betul betul kosong. Saya selalu makan pukul 2/3 pagi macam tu. Minum dengan air ribena sejuk 😂 Alhamdullilah menjadi.

Btl dh tu apa nurse suru. Jgn ambl kafien tu penting, sy bila start lgsg x ambl kafien msa pregnant HB dri awal smpai bersalin 13.. klu mnum susu pn kna jarak, klu mkn vitamin pgi mnum susu mlm.. tpi klu x naik2 juga, tukar prenatal vitamin kdg x sesuai

Awal2 checkup hb sy 13, then drop 12, 11, 10 sbb time tu byk minum teh & coklat. Lepastu sy stop minum teh & coklat, sy ambik iberet dgn air sunquick tanpa gula, consume susu calla milk & byk mkn buah jambu batu. Alhamdulillah hb naik balik 11.4.

Sy cari tips kat tik tok..banyak yg org share.sy cuba je apa yg org share mmg menjadi semua.yg pntg juga kne elak kn mkn@mnum yg blh turunkn hb.selain dr tu ada juga cara mkn folic asid yg kk bagi.semua tips sy ambil kat tik tok

cuba amik pati delima gulsan tu...sy pon hb rendah sy amal mkn pati delima gulsan tu sesudu sehari alhamdullillah hb mkin naik n ok..dr 8 skrg 10.1.. n hrap akn naik lgi...

1mo ago

saya pun dah ambik pati delima tp sy beli brand lain, royal arm sbb kandungannye lbh 350ml.. tp masamnya masyaallah.. sy tambah gula perang 1 sudu kecil nk bg krg masam.. mkn bersama zincofer

Post reply image

Saya selalu bangun tengah pagi. Dalam pukul 2/3 pagi macam tu. Makan zincofer dengan air ribena lepas tu sambung tidur 😂 sebab timing tu perut memang betul kosong. So iron senang serap

jangan ambil kafien (coklat, coffee, tea) macam saya consume ubat yang kk bagi shj + makan buah jambu batu & kedondong setiap hari. alhamdulillah hb maintain atas 12

Betul apa yg nurse suruh tu. Sy HB low jgk tuari sy mkn je apa yg nurse / doctor suruh tp still tak naik last2 cucuk iron cosmofer baru naik HB sy dari 8 ke 11

amalkan minum air lemon kosong tanpa gula sepanjang masa setiap hari. kira gantikan air kosong dengan air lemon.