Cara naikkan hb dengan cepat

Boleh tak ibu² kongsikan cara² naikkan hb dengan cepat? Saya makan obimin. Nurse suruh saya makan lebih byk sayur warna hijau, kekacang, buah jambu batu. Jgn ambil caffeine

33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun bingung juga mcm mana nak naikkan HB. First check 11.8, then turun p 11.0, turun p 10.5, turun lagi p 10.2. Try minum pati delima gulsan tuu and makan jambu batu, naik sikit p 10.5. Tapi pastu turun balik p 10.2. Sy xminum milo, nestum or kafein smua tuu. Susu pun dah stop dah. Sampai kena tambah dos ubat tambah darah xnaik2 juga, then skrg kena tukar p iberet. Harap2 naik la. Sbab penat kena jumpa nurse setiap 2 mggu kena ambik darah, kena jumpa pakar dietik. Skrg dah jaga makan betul2, harap2 next appointment ada perubahan positif 🥹

Baca lagi
1y ago

Mungkin cara mengambilan salah kot. And plus kalau nak ikutkan, bukan setakat kopi, teh, milo, horlick je. Coklat, baik coklat makan or minum, roti putih tawar tu, roti bun pun boleh halang iron. Seingat saya misi saya pernah cakap yogurt dengan cheese pun boleh halang penyerapan iron jugak. Even awak jarak 2 jam sebelum/selepas makan pun, ada certain food memang lambat nak process, and end up halang iron dari kena serap. Try makan iron tablet tengah pagi. Sebab time tu perut memang betul betul kosong. Saya selalu makan pukul 2/3 pagi macam tu. Minum dengan air ribena sejuk 😂 Alhamdullilah menjadi.