Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mommy to Dhia Zara
Minyak untuk bayi
LuluBae Oil Treatment, sesuai digunakan untuk bayi dan juga orang dewasa. Yg penting semua bahan semula jadi dan tiada camphor. Sekiranya bayi² ibu diluar sana tidak sesuai memakai minyak telon atau sebagainya boleh cuba LuluBae Oil Treatment. Saya pakai & saya jual.
Periksa nafas bayi
Assalamualaikum mommies! Sy just nak tanya, siapa ada habit sama mcm sy. Anak sy dah usia 6 bulan, tp setiap kali anak tidur mesti sy akan periksa nafas anak. Nak pastikan anak masih bernafas. Tak tahulah paranoid ke atau mmg simptom emak² mcm ni. #1sttimemommy
Influenza A is gone
Assalamualaikum mommies! Siapa masih ingat ttg post sy, anak sy Dhia Zara admit hospital kajang hari sabtu & ahad minggu lepas kerana demam panas + jangkitan kuman di paru² disertai pula positif influenza A. Sy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mommies semua sbb doakan kesembuhan anak sy. Alhamdulillah baby Dhia dah discaj dari hospital dan beransur pulih. Kini Dhia Zara dah sihat dan aktif seperti biasa. Nasihat sy pd mommies, jauhkan anak dari family member yg sakit dan jgnlah bawak anak keluar ke kawasan org ramai even mall pun buat masa skrg ni. Sbb penyakit skrg merebak melalui udara saja. Keep safe ya mommies.
Influenza A
Doakan anak saya sihat seperti sedia kala. Anak demam panas + jangkitan kuman di paru². Semalam petang buat ujian influenza, Allah terkejutnya mama bila keputusannya Dhia Zara positif influenza A. Bayi baru usia 5 bulan. Be aware all parents out there. Influenza sedang mengganas, tak pilih usia, tak kira siapa. Nak dijadikan cerita, emaknya, atuknya & neneknya juga positif influenza A. Sabar je lah.
Krim Baby
Hi mommies, ada tak krim baby yg boleh disapu pd tangan & kaki bayi bagi mengelakkan kena gigit nyamuk atau semut?
Potong Kuku Baby
Baby sy berusia 1bulan 26hari, mak mentua sy selalu tegur bila sy potong kuku tangan baby katanya kalo potong kuku masa baby tgh tdo, nnt anak jadi degil. Ini dah beberapa kali dia ckp mcm tu. Bknlah sy degil tak endahkan kata dia, cuma sy tak suka bagi anak pakai mitten, so kuku baby kena sentiasa pendek supaya muka baby tak calar bila dia gosok muka dia + skrg anak dah start masukkan tgn dlm mulut. Atas faktor kebersihan sy lagilah tak boleh biarkan kuku tangan anak panjang². Adoiilah, mitos ke fakta tu? Siapa ada dpt teguran sama mcm sy.
Kebas
Sy mengandung 32 minggu, tp sejak beberapa minggu lepas sy rasa kebas di kaki kanan bermula dari bawah punggung sampai ke peha. Normal ke rasa kebas mcm ni atau ada sbb lain? Ada sesiapa pernah mengalaminya masa mengandung dulu?
Kiraan gerakan bayi
Hi mommies, nak tanya. Gerakan bayi dikira mcm mana eh? Sbb sblum ni sy kira sejam sekali geraknya, bila jumpa nurse smlm dia kata salah, kne kira gerakan bayi setiap setengah jam. Mcm mana kte nak bezakan baby menendang atau sedu aje. Mohon bantuan penerangan bagi yg taw.
Morning sickness
Nak tanya dgn mommy di luar sana, adakah trimester ketiga ada kemungkinan akan alami morning sickness lagi??
Kos Bersalin
Hi semua, sy nak tanya. Sy budget RM 1,000 utk bersalin di hospital kajang (kerajaan), cukup ke? Then 1 lagi, ada sesiapa disini ambil pakej berpantang? Boleh share dgn sy. Sbb sy berpantang dirumah mentua, kalo boleh taknak berharap dgn dia 100%, kesian kt mak mentua.