#DurianVsPregnancy Soalan: Doktor, saya mengandung 7 bulan. Boleh tak saya makan durian? Saya risau baby saya panas kalau saya makan durian. Jawapan: Boleh makan jika awak tiada masalah allergik terhadap durian dan tiada masalah kencing manis. Lagipun musim durian dah nak habis ni, baik awak makan puas-puas sekarang. Baby awak lagi suka dapat rasa durian tu ? Nota Kaki: 1) Durian tidak menghasilkan haba setelah dimakan oleh ibu mengandung. 2) Tiada kajian menunjukkan durian boleh memanaskan bayi di dalam rahim. 3) Durian mengandungi karbohidrat/ gula yang tinggi. 5 ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 160 kalori iaitu melebihi 1 tin coke 330 ml yang mengandungi 140kalori. 4) Ibu mengandung yang mempunyai masalah kencing manis ketika hamil TIDAK dinasihatkan untuk mengambil durian. 5) Untuk ibu yang mempunyai masalah bayi kecil dalam kandungan (Small for Gestational Age) pula dibolehkan untuk mengambil durian. Disebabkan durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi, ianya boleh membantu menambahkan berat bayi didalam kandungan sekiranya saiz bayi kecil disebabkan kurangnya peningkatan berat badan ibu dan bukannya disebabkan oleh masalah lain seperti masalah uri atau tali pusat. (Untuk mengetahui punca bayi anda kecil (SGA), perlu membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu). Haish...bercakap pasal durian ni terliur pulak nak makan durian. Ok lah, sekian coretan untuk tengah hari ini. Nak pergi cari durian sat! Info Ikhlas, Dr Siti Khadijah Zainal Abidin #HantuDurian ? Copy & paste
Read moreIn case you forgot, BABIES ARE HUMAN TOO! So normal kalau manusia AMBIL MASA UNTUK TERIMA BENDA BARU! Normal kalau manusia kadang nak makan banyak kadang nak makan sikit! Normal kalau manusia tak ada selera makan sebab JARANG DIGOSOK gusi or giginya! Normal manusia akan rasa STRESS bila wujudnya pressure dari mak yang asyik expect anak bawah 12 bulan mesti makan habis semangkuk setiap kali makan! Normal manusia akan rasa panik apabila melibat terlalu banyak makanan dalam pinggan! Normal manusia ada makanan yang disukainya ada makanan yang tak disukainya! Normal manusia rasa x selesa dan kerap moody akibat dirinya banyak sangat perubahan, naik naik gigi lah naik boleh berjalanlah! Mak dia pun masa awal hamil moody semacam kannn. BAYI ADALAH MANUSIA JUGA. Tugas ibu bapa adalah MENDIDIK & melatih anak! Bukan letakkan expectation menggunung ganang sampai ke tahap memaksa anak. BAYI ADALAH MANUSIA JUGA! Ramai ibu ayah terlupa hakikat ini ? Anak baru 6 bulan seminggu dah stress sebab anak tak mau bubur ? Anak baruu 8 bulan dah stress sebab anak tak mau cuba pegang pun finger foods ? Anak baru 12 bulan dah stress sebab anak nak makan 3-4suap saja sedangkan anak tu tengah busy perah otak nak belajar melangkah bertatih ? BAYI ADALAH MANUSIA JUGA! Maka bersabarlah dalam mendidik & melatih anak. Belajarlah BERTENANG dan tabah. Hari ini anak tak mahu sesuatu, tak berjaya buat sesuatu tak bermakna esok dia tetap begitu. Bersabar dan terus kan memberi galakan. Anda ialah IBU BAPA SI ANAK, bukanlah seorang diktator. Selami jiwa dan emosi anak ? #adminhbfm Fatien Atiqa #babieshbfm
Read more