Nak luah sikit.

Salam semua. Sy sekarang 30weeks mengandung, ada diabetes sebelum mengandung sekarang ni sy on insulin dgn metformin. Hba1c sy tinggi masa sy dapat tau sy mengandung dulu. Alhamdulillah sejak mngandung gula sy terkawal. Sy ada 3 tempat checkup. Swasta, pakar hospital dgn KK. Sepanjang sy mengandung ni sy betul2 jaga kandungan sampaikan ada masalah sikit pun terus sy ke klinik utk check. Yelah, 2tahun sy ttc. Mkn pun sy sangat jaga. Alhamdulillah baby sy sangat sihat dan aktif. Masa sy 12w sy dapat appoinment date dgn FMS, kemarin tiba la harinya. Sy excited sbb dah tinggal berapa minggu saja untuk melahirkan sbb sy perlu deliver on 38w. Sy tunggu 1jam setengah utk jumpa doktor FMS. Masuk je bilik doktor tu terus dia buka buku sy nampak Hba1c sy tahun lepas terus dia kata kt sy awak ni patutnya tak boleh mengandung. Sy terdiam. Dia tanya dh buat detail scan? Sy kata pakar hospital bagi date 22hb akan datang ni, tp swasta dh byk kali sy buat and sy bg dia report detail scan sy alhamdulillah semua ok. Then dia kata jgn percaya detail scan 100% sbb kes yg dia pernah handle blh kata semua baby cacat and baby tak boleh survive. Dia kata xda tempurung kepala xblh survive so kena terminate. Allahh. Sy rasa mcm nk nangis kt situ jgk. Perut sy dah besar sy dah buat detail scan dah byk kli checkup dgn pakar takda masalah apa2. Doktor tu ckp dekat sy mcmtu sedangkan dia tak scan tak check pun perut sy hanya tgk hba1c sy tahun lps. Dia kata kalau nk confirm baby ok kena ambik sample air ketuban hantar lab. Tak ada 1 pun kata2 positif yg keluar dari mulut dia, semuanya mematahkan hati sy. Dia ada tgk rekod bsp sy sepanjang sy mngandung tp dia tak cakap apa2. Dia kata kt sy sblm sy blk tu harap2 baby awk takda apa2 la. Sy blk rumah menangis sedangkan masa sy tunggu td sy excited happy. Blk je rumah sy demam, xda selera makan. Rasa mcm sy la punca kalau jd apa2 dekat baby sy. Maaf semua cerita sy terlalu panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. #firstbaby #firstmom

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy rasa terpanggil utk respon entri puan. Rasa macam nak bg penampar je kat doktor tu haha. Pertama, ni basic ye kpd warga KKM. Sbg doktor atau nurse dorg SEPATUTNYA tahu yg ibu mengandung tak boleh ditekan kerana boleh menyebabkn keguguran. Dr ni kena masuk sklh la blk utk bljr komunikasi. Dia handle pesakit, people with emotions, bkn handle mesin. Jgn main keluar je ayat ikut sedap mulut. Kedua, puan dah jaga kandungan puan dgn sebaik mungkin, selebihnya serahkn pd Tuhan. Dia adalah doktor yg terbaik🙏🏻 Ketiga, yg mengandung ni kita puan. Sbg ibu, kita tahu kalau kandungan kita sihat atau tak. Org kata "naluri seorang ibu". Lastly, don't worry, be happy😊 Dr tu hanya bcakap based on pengalaman dia saja. Dia tak tahu, pesakit yang berlainan bakal beri dia pengalaman yg berbeza juga. Hidup ini punya cara dia tersendiri untuk beri kejutan pada semua orang. Sebab tu jalan cerita semua orang berbeza. Sy doakan puan & anak puan sentiasa sihat & dilindungi oleh-Nya😇🙏🏻

Baca lagi
2y ago

It's okay puan🤗 Jujur sy katakan, memang tak patut doc tu kata mcm tu. Nak kata dia nak beri pendidikan pn, timing tak sesuai langsung haha. Puan dah berjaya tempuhi sehingga 30 minggu, puan memang seorang yg kuat & tabah. Bagi manusia mcm kita ni, teramat banyak yg mustahil & terbatas kita rasakan, cthnya mcm doc tu la. Ini tak boleh, itu tak boleh. Tapi, bagi Tuhan.. tiada satu perkara pun yang mustahil bagi-Nya😇 Jom bersandar pada Tuhan. Enjoy detik² manis ini bersama bayi & keluarga puan😊 Anggap je ayat doc tu bak kentut. Busuknya tu sekejap je, tak efek kita sgt & tak ganggu kita lama²😂 Sy harap emosi puan dah kembali stabil🙏🏻 Jom move on puan💪🏻🤰🏻

Jangan salahkan diri kalau terjadi apa apa tu semua kehendak Allah. Begitu la juga sebaliknya kalau sesiapa sekali cakap apa pun kalau Allah izinkan baby tu lahir sihat sempurna takda siapa boleh halang. Doktor cuma merawat berdasarkan apa yang dorang tahu & tak dinafikan dorang tak boleh berbohong sebab ia melibatkan kesihatan & keselamatan pesakit. Cuma dalam kes puan ni rasanya cara doktor tu bercakap agak tak sesuai boleh buatkan sesiapa yang dengar apatah lagi puan sendiri yang berdepan dengan dia rasa lemah, tak selesa & risau pasal anak dalam kandungan. Bagi saya puan jangan stress kan diri. Lagipun puan banyak check up ditempat lain juga dan keputusannya ok ja kan. Dari segi pemakanan pun puan jaga. InsyaAllah semuanya baik baik saja. Puan terus jaga diri jaga kesihatan ya. Semoga baby & puan sihat selalu. Ingat Allah tu ada. Banyakkan berdoa minta ditenangkan hati serta fikiran & semuanya sihat selamat saja.

Baca lagi
2y ago

sama sama 😊. insyaAllah mudah mudahan doa kita semua diberkati

Takpe puan, kuatkan semangat ya. Lupakan je apa dia cakap. Puan terus je fikir positif ye. InshaAllah takde apa2. Yakin je dngan Allah🥰. Jaga kesihatan ya, kalau teringat kata2 doktor tu, buatlah ssuatu yg boleh lupakan. Tengok tv ke main fon ke hahaha. Dia bukan Tuhan nak tentukan sesuatu. Sepanjang puan check up and follow up dngan klinik semuanya ok kan, inshaAllah sy yakin baby puan sihat je❤️. Biasa kalau ada apa2 dia akan trace melalui scanning and so on. But overall takde apa2, yakin je ye. Kuatkan semangat ya puan😍

Baca lagi
2y ago

Ye sis bila sy teringat trus sy buat2 sibuk dgn kerja dekat rumah ni 😊 Btl, kalau ada apa2 mustahil doktor tak bgtau sy sbb sy checkup merata, ada jgk ke hospital swasta sbb sy pilih untuk beranak swasta, if baby sy ada masalah doktor takkan terima sy beranak dekat situ. Insha allah sy kuat. Terima kasih sis 🌷

sye pon mengalami bnda yg sama mcm sis, sye ada diabetes, on insulin, mkn ubat, pernh msok wad masa tu ada doc ni sound dia ckp ,awk tak patot prngt klau gula awk tinggi mcm ni, ikot kan gula sye mse tu, lpas mkn 7, 8 je.. tpi dia blh sound mcm tu, sye mlas nk ckp apa, sbb bgi sye, biar tuhan yg cipta ciptaaan yg atur kan segala nye, sye mmpu doa utk kesempurnan ank sye, sis jgn tertekan k, abaikan kan apa yg owg ckp, enjoy setiap moment ngan bby

Baca lagi

jgn fikir sgt puan. jgn jdikn kata2 dia tu sbb untuk puan down/patah hati. dia mnusia bukan tuhan. klau Allah brkehendak baik,baik la jadinya. puan dah shabis boleh jaga ksihatan, jga kandungan itu pon dah Alhamdulillah. puan dah buat/usaha shabis mungkin untuk bby dan ksihatan puan. takde apa yg mustahil. klau seribu dr kata ok, tp sorg kata xok, jgn fikirkan yg sorg tu. tkut emosi kita effect anak. inshaAllah tak ada apa2. kekalkan positif.

Baca lagi

mmg ada doctor jenis negative mcm ni.. pernah kene jgk.. tapi saya jenis x layan org jenis gini.. so.. sis pun sama.. better Tak yah layan.. Kita juz.dgr doc n nurse yg jaga Kita selama ni.. yg tau perihal kandungan Kita.. so,tenang kan diri utk baby.. In Syaa Allah xde pape.. Kakak ipar saya, siap ada kencing manis,darah tinggi n kanser lagi.. selamat sihat walafiat anak dia.. Alhamdullillah.. so cool...

Baca lagi

sabar ye.... InshaAllah,semua okay je..dah details scan maknanya okay la...x sepatutnya doktor cakap mcm tu..patt bagi semangat...tapi InshaAllah,baby okay...sbb details scan tu baby okay je..die mmg check betul2....in case,kalau ada something happen kat baby pun,tu anak kita...zuriat kita kan..enjoy ye pregnancy..sikit je lagi nk jmp baby..

Baca lagi
2y ago

Ye sy expect dia akan tanya apa2 mslh sepanjang kehamilan ni tp terus dia cakap semua tu kt sy. Takda yg positif lgsg dari awal sampai sudah. Sy byk kli bt detail scan sbb tau sy ni berisiko tp sy jgk terima kalau anak sy mcm mana pun cuma rasa sedih bila doktor tu patahkan semangat sy. Insha allah semuanya baik2 saja. Terima kasih atas kata2 sis ya 🌷

macam doktor yang selalu marah2 dekat saya .. dah doktor tu mengandung juga.. mak saya pantang kalau cakap yang bukan2... tu saya hairan juga dengan doktor tu... bukan nya nak doa yang baik2..... insya Allah ALLAH SWT lebih mengetahui segalanya... doalah sebanyak mungkin . berzikir... insyaallah dipermudahkan urusan...

Baca lagi

allah.. tak spatutnya kata2 mcm tu keluar dari mulut seorg doktor.. puan bayak bersabar berdoa semoga allah permudahkan urusan puan dan kandungan.. sentiasa positif. kita dengar je yg lebih pakar.. pakar ckp ok xda masalah kita letak kepercayaan kita kepada dia selebihnya kita doa n berserah agar allah lindung kandungan kita..

Baca lagi
2y ago

Ya sis. Byk tempat sy checkup sbb sy btl2 jaga kandungan sy, sedih btl bila doktor tu bercakap lgsg tak tanya usaha sy menjaga kandungan sy ni. Insha allah sis. Tq ya 🌷

Fikir positif ya puan... Klu nnt puan da selamat bersalin, dan anak puan sihat walafiat, puan dtg blik ke hospital tu dan marah dia blik... Boleh2 dia ckp begitu, buat kita sbg ibu2 ni rasa down sj.. Kita sma2 doakan puan dan bayi puan sihat ya puan...

2y ago

Dia doktor dekat kk sis. Sy balik rumah sambil pgg gambar 5d baby terus sy ckp jgn dgr ckp doktor td, anak ibu sihat sambil usap perut. Insha allah kami kuat. Terima ksih sis 🌷