Nak luah sikit.

Salam semua. Sy sekarang 30weeks mengandung, ada diabetes sebelum mengandung sekarang ni sy on insulin dgn metformin. Hba1c sy tinggi masa sy dapat tau sy mengandung dulu. Alhamdulillah sejak mngandung gula sy terkawal. Sy ada 3 tempat checkup. Swasta, pakar hospital dgn KK. Sepanjang sy mengandung ni sy betul2 jaga kandungan sampaikan ada masalah sikit pun terus sy ke klinik utk check. Yelah, 2tahun sy ttc. Mkn pun sy sangat jaga. Alhamdulillah baby sy sangat sihat dan aktif. Masa sy 12w sy dapat appoinment date dgn FMS, kemarin tiba la harinya. Sy excited sbb dah tinggal berapa minggu saja untuk melahirkan sbb sy perlu deliver on 38w. Sy tunggu 1jam setengah utk jumpa doktor FMS. Masuk je bilik doktor tu terus dia buka buku sy nampak Hba1c sy tahun lepas terus dia kata kt sy awak ni patutnya tak boleh mengandung. Sy terdiam. Dia tanya dh buat detail scan? Sy kata pakar hospital bagi date 22hb akan datang ni, tp swasta dh byk kali sy buat and sy bg dia report detail scan sy alhamdulillah semua ok. Then dia kata jgn percaya detail scan 100% sbb kes yg dia pernah handle blh kata semua baby cacat and baby tak boleh survive. Dia kata xda tempurung kepala xblh survive so kena terminate. Allahh. Sy rasa mcm nk nangis kt situ jgk. Perut sy dah besar sy dah buat detail scan dah byk kli checkup dgn pakar takda masalah apa2. Doktor tu ckp dekat sy mcmtu sedangkan dia tak scan tak check pun perut sy hanya tgk hba1c sy tahun lps. Dia kata kalau nk confirm baby ok kena ambik sample air ketuban hantar lab. Tak ada 1 pun kata2 positif yg keluar dari mulut dia, semuanya mematahkan hati sy. Dia ada tgk rekod bsp sy sepanjang sy mngandung tp dia tak cakap apa2. Dia kata kt sy sblm sy blk tu harap2 baby awk takda apa2 la. Sy blk rumah menangis sedangkan masa sy tunggu td sy excited happy. Blk je rumah sy demam, xda selera makan. Rasa mcm sy la punca kalau jd apa2 dekat baby sy. Maaf semua cerita sy terlalu panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. #firstbaby #firstmom

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Takpe puan, kuatkan semangat ya. Lupakan je apa dia cakap. Puan terus je fikir positif ye. InshaAllah takde apa2. Yakin je dngan Allah🥰. Jaga kesihatan ya, kalau teringat kata2 doktor tu, buatlah ssuatu yg boleh lupakan. Tengok tv ke main fon ke hahaha. Dia bukan Tuhan nak tentukan sesuatu. Sepanjang puan check up and follow up dngan klinik semuanya ok kan, inshaAllah sy yakin baby puan sihat je❤️. Biasa kalau ada apa2 dia akan trace melalui scanning and so on. But overall takde apa2, yakin je ye. Kuatkan semangat ya puan😍

Baca lagi
3mo ago

Ye sis bila sy teringat trus sy buat2 sibuk dgn kerja dekat rumah ni 😊 Btl, kalau ada apa2 mustahil doktor tak bgtau sy sbb sy checkup merata, ada jgk ke hospital swasta sbb sy pilih untuk beranak swasta, if baby sy ada masalah doktor takkan terima sy beranak dekat situ. Insha allah sy kuat. Terima kasih sis 🌷