Nak luah sikit.

Salam semua. Sy sekarang 30weeks mengandung, ada diabetes sebelum mengandung sekarang ni sy on insulin dgn metformin. Hba1c sy tinggi masa sy dapat tau sy mengandung dulu. Alhamdulillah sejak mngandung gula sy terkawal. Sy ada 3 tempat checkup. Swasta, pakar hospital dgn KK. Sepanjang sy mengandung ni sy betul2 jaga kandungan sampaikan ada masalah sikit pun terus sy ke klinik utk check. Yelah, 2tahun sy ttc. Mkn pun sy sangat jaga. Alhamdulillah baby sy sangat sihat dan aktif. Masa sy 12w sy dapat appoinment date dgn FMS, kemarin tiba la harinya. Sy excited sbb dah tinggal berapa minggu saja untuk melahirkan sbb sy perlu deliver on 38w. Sy tunggu 1jam setengah utk jumpa doktor FMS. Masuk je bilik doktor tu terus dia buka buku sy nampak Hba1c sy tahun lepas terus dia kata kt sy awak ni patutnya tak boleh mengandung. Sy terdiam. Dia tanya dh buat detail scan? Sy kata pakar hospital bagi date 22hb akan datang ni, tp swasta dh byk kali sy buat and sy bg dia report detail scan sy alhamdulillah semua ok. Then dia kata jgn percaya detail scan 100% sbb kes yg dia pernah handle blh kata semua baby cacat and baby tak boleh survive. Dia kata xda tempurung kepala xblh survive so kena terminate. Allahh. Sy rasa mcm nk nangis kt situ jgk. Perut sy dah besar sy dah buat detail scan dah byk kli checkup dgn pakar takda masalah apa2. Doktor tu ckp dekat sy mcmtu sedangkan dia tak scan tak check pun perut sy hanya tgk hba1c sy tahun lps. Dia kata kalau nk confirm baby ok kena ambik sample air ketuban hantar lab. Tak ada 1 pun kata2 positif yg keluar dari mulut dia, semuanya mematahkan hati sy. Dia ada tgk rekod bsp sy sepanjang sy mngandung tp dia tak cakap apa2. Dia kata kt sy sblm sy blk tu harap2 baby awk takda apa2 la. Sy blk rumah menangis sedangkan masa sy tunggu td sy excited happy. Blk je rumah sy demam, xda selera makan. Rasa mcm sy la punca kalau jd apa2 dekat baby sy. Maaf semua cerita sy terlalu panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. #firstbaby #firstmom

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

takmengapa sis. doa banyak2 supaya anak ni dilindungi dari sebarang masalah bahaya. doktor pn manusia. sbb kalau ada masalah pada bayi, masa scan tu doktor yg dri kk akan bgtau dah. saya doakan urusan sis dipermudahkan. semoga anak sis dan sis baik baik sahaja.

2y ago

Ye btl. Bkn sekali dua sy scan baby, lagi2 sy checkup di swasta sbb sy pilih utk beranak swasta kalau btl ada masalah dekat baby awal2 swasta dh tolak sy untuk beranak dekat hospital kerajaan. Semoga semuanya baik2 saja, tq sis 🌷

abaikan apa yg doktor tu ckp puan. mmg dlm bnyak2 doktor yg kite jmpa, ade je jenis mulut puaka. dia igt dia doktor, baca history secoet je boleh buat conclusion terus. yg pntg puan da buat yg terbaik, insyaAllah baby sihat

2y ago

Ye, sy tak sangka sy akan jumpa sorg mcmni. Dia takde lgsg check sy or tgk perut sy terus semua benda negative ja keluar dari dia. Insha allah semuanya baik2 saja. Tq sis 🌷

apa la dr tu ckap mcm tu plak. x pe puan. saya doakan puan dan kandungan selamat. yg penting skarang puan jga kesihatan dan truskan bersemangat ye... insyaallah baik2 je ☺️☺️☺️

2y ago

Insha allah sis. Terima kasih ya 🌷

jangan fikirkan sangat puan. doa je minta Allah bantu. doktor tu bukan tuhan. semoga dipermudahkan urusan puan. semoga baby lahir dalam keadaan sihat dan selamat ibu dan bayi. aamiiin

2y ago

Insha allah sis. Semoga semuanya baik2 saja. Terima kasih sis 🌷

kadang2 mmg ada Dr biasa yg rasa lebih pandai daripada Dr pakar, dan rasa boleh tahu segala benda guna 'mata hati' padahal dia tak check pun.. harap Puan bersabar, jangan down ye..

2y ago

Ye sy follow up byk pakar sbb sy pesakit diabetes, tak pernah sorang pun yg cakap mcmni kt sy lepas check baby dan kawalan gula sy. Doktor ni lgsg tak check sy, tak tanya apa terus assume baby sy mcmtu.

Ya Allah, sis report kat sispa!!!!! Mengucap betul ye tgok perangai camtu sekali, dia tuhan ke nak tentukan mcmtu geram nya😖😖😖😖

2y ago

@NorahJK hmmm sabaar ye sis, semoga semuanya dipermudahkan buat sis and baik2 je semuanya❤️❤️❤️

jgn dilayan. dia doc je. bukan tuhan. insyaallah semua baik2 sis. pikir baik2

2y ago

Ya sis. Taknak layan tapi sy teringat kata2 dia. Insha allah. Tq sis 😔

InsyaAllah semoga awak dan baby dalam lindungan Allah selalu.. ❤

mak mnakan sya pn kncing mnis tggi ank 7 elok ja sihat

puan maaf tanya blh saya tahu hba1c puan berapa bacaan?

2y ago

Masa tu sy pregnant 4w lebih hba1c sy 11. Tinggi sampaikan sy pun tak expect sy blh mngandung tp rezeki allah bg dekat sy alhamdulillah. Skrg taktau berapa, hujung bulan ni buat blood test pulak.