Nak luah sikit.

Salam semua. Sy sekarang 30weeks mengandung, ada diabetes sebelum mengandung sekarang ni sy on insulin dgn metformin. Hba1c sy tinggi masa sy dapat tau sy mengandung dulu. Alhamdulillah sejak mngandung gula sy terkawal. Sy ada 3 tempat checkup. Swasta, pakar hospital dgn KK. Sepanjang sy mengandung ni sy betul2 jaga kandungan sampaikan ada masalah sikit pun terus sy ke klinik utk check. Yelah, 2tahun sy ttc. Mkn pun sy sangat jaga. Alhamdulillah baby sy sangat sihat dan aktif. Masa sy 12w sy dapat appoinment date dgn FMS, kemarin tiba la harinya. Sy excited sbb dah tinggal berapa minggu saja untuk melahirkan sbb sy perlu deliver on 38w. Sy tunggu 1jam setengah utk jumpa doktor FMS. Masuk je bilik doktor tu terus dia buka buku sy nampak Hba1c sy tahun lepas terus dia kata kt sy awak ni patutnya tak boleh mengandung. Sy terdiam. Dia tanya dh buat detail scan? Sy kata pakar hospital bagi date 22hb akan datang ni, tp swasta dh byk kali sy buat and sy bg dia report detail scan sy alhamdulillah semua ok. Then dia kata jgn percaya detail scan 100% sbb kes yg dia pernah handle blh kata semua baby cacat and baby tak boleh survive. Dia kata xda tempurung kepala xblh survive so kena terminate. Allahh. Sy rasa mcm nk nangis kt situ jgk. Perut sy dah besar sy dah buat detail scan dah byk kli checkup dgn pakar takda masalah apa2. Doktor tu ckp dekat sy mcmtu sedangkan dia tak scan tak check pun perut sy hanya tgk hba1c sy tahun lps. Dia kata kalau nk confirm baby ok kena ambik sample air ketuban hantar lab. Tak ada 1 pun kata2 positif yg keluar dari mulut dia, semuanya mematahkan hati sy. Dia ada tgk rekod bsp sy sepanjang sy mngandung tp dia tak cakap apa2. Dia kata kt sy sblm sy blk tu harap2 baby awk takda apa2 la. Sy blk rumah menangis sedangkan masa sy tunggu td sy excited happy. Blk je rumah sy demam, xda selera makan. Rasa mcm sy la punca kalau jd apa2 dekat baby sy. Maaf semua cerita sy terlalu panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. #firstbaby #firstmom

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy rasa terpanggil utk respon entri puan. Rasa macam nak bg penampar je kat doktor tu haha. Pertama, ni basic ye kpd warga KKM. Sbg doktor atau nurse dorg SEPATUTNYA tahu yg ibu mengandung tak boleh ditekan kerana boleh menyebabkn keguguran. Dr ni kena masuk sklh la blk utk bljr komunikasi. Dia handle pesakit, people with emotions, bkn handle mesin. Jgn main keluar je ayat ikut sedap mulut. Kedua, puan dah jaga kandungan puan dgn sebaik mungkin, selebihnya serahkn pd Tuhan. Dia adalah doktor yg terbaik🙏🏻 Ketiga, yg mengandung ni kita puan. Sbg ibu, kita tahu kalau kandungan kita sihat atau tak. Org kata "naluri seorang ibu". Lastly, don't worry, be happy😊 Dr tu hanya bcakap based on pengalaman dia saja. Dia tak tahu, pesakit yang berlainan bakal beri dia pengalaman yg berbeza juga. Hidup ini punya cara dia tersendiri untuk beri kejutan pada semua orang. Sebab tu jalan cerita semua orang berbeza. Sy doakan puan & anak puan sentiasa sihat & dilindungi oleh-Nya😇🙏🏻

Baca lagi
2y ago

It's okay puan🤗 Jujur sy katakan, memang tak patut doc tu kata mcm tu. Nak kata dia nak beri pendidikan pn, timing tak sesuai langsung haha. Puan dah berjaya tempuhi sehingga 30 minggu, puan memang seorang yg kuat & tabah. Bagi manusia mcm kita ni, teramat banyak yg mustahil & terbatas kita rasakan, cthnya mcm doc tu la. Ini tak boleh, itu tak boleh. Tapi, bagi Tuhan.. tiada satu perkara pun yang mustahil bagi-Nya😇 Jom bersandar pada Tuhan. Enjoy detik² manis ini bersama bayi & keluarga puan😊 Anggap je ayat doc tu bak kentut. Busuknya tu sekejap je, tak efek kita sgt & tak ganggu kita lama²😂 Sy harap emosi puan dah kembali stabil🙏🏻 Jom move on puan💪🏻🤰🏻