Nak luah sikit.

Salam semua. Sy sekarang 30weeks mengandung, ada diabetes sebelum mengandung sekarang ni sy on insulin dgn metformin. Hba1c sy tinggi masa sy dapat tau sy mengandung dulu. Alhamdulillah sejak mngandung gula sy terkawal. Sy ada 3 tempat checkup. Swasta, pakar hospital dgn KK. Sepanjang sy mengandung ni sy betul2 jaga kandungan sampaikan ada masalah sikit pun terus sy ke klinik utk check. Yelah, 2tahun sy ttc. Mkn pun sy sangat jaga. Alhamdulillah baby sy sangat sihat dan aktif. Masa sy 12w sy dapat appoinment date dgn FMS, kemarin tiba la harinya. Sy excited sbb dah tinggal berapa minggu saja untuk melahirkan sbb sy perlu deliver on 38w. Sy tunggu 1jam setengah utk jumpa doktor FMS. Masuk je bilik doktor tu terus dia buka buku sy nampak Hba1c sy tahun lepas terus dia kata kt sy awak ni patutnya tak boleh mengandung. Sy terdiam. Dia tanya dh buat detail scan? Sy kata pakar hospital bagi date 22hb akan datang ni, tp swasta dh byk kali sy buat and sy bg dia report detail scan sy alhamdulillah semua ok. Then dia kata jgn percaya detail scan 100% sbb kes yg dia pernah handle blh kata semua baby cacat and baby tak boleh survive. Dia kata xda tempurung kepala xblh survive so kena terminate. Allahh. Sy rasa mcm nk nangis kt situ jgk. Perut sy dah besar sy dah buat detail scan dah byk kli checkup dgn pakar takda masalah apa2. Doktor tu ckp dekat sy mcmtu sedangkan dia tak scan tak check pun perut sy hanya tgk hba1c sy tahun lps. Dia kata kalau nk confirm baby ok kena ambik sample air ketuban hantar lab. Tak ada 1 pun kata2 positif yg keluar dari mulut dia, semuanya mematahkan hati sy. Dia ada tgk rekod bsp sy sepanjang sy mngandung tp dia tak cakap apa2. Dia kata kt sy sblm sy blk tu harap2 baby awk takda apa2 la. Sy blk rumah menangis sedangkan masa sy tunggu td sy excited happy. Blk je rumah sy demam, xda selera makan. Rasa mcm sy la punca kalau jd apa2 dekat baby sy. Maaf semua cerita sy terlalu panjang. Terima kasih pada yang sudi baca. #firstbaby #firstmom

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Jangan salahkan diri kalau terjadi apa apa tu semua kehendak Allah. Begitu la juga sebaliknya kalau sesiapa sekali cakap apa pun kalau Allah izinkan baby tu lahir sihat sempurna takda siapa boleh halang. Doktor cuma merawat berdasarkan apa yang dorang tahu & tak dinafikan dorang tak boleh berbohong sebab ia melibatkan kesihatan & keselamatan pesakit. Cuma dalam kes puan ni rasanya cara doktor tu bercakap agak tak sesuai boleh buatkan sesiapa yang dengar apatah lagi puan sendiri yang berdepan dengan dia rasa lemah, tak selesa & risau pasal anak dalam kandungan. Bagi saya puan jangan stress kan diri. Lagipun puan banyak check up ditempat lain juga dan keputusannya ok ja kan. Dari segi pemakanan pun puan jaga. InsyaAllah semuanya baik baik saja. Puan terus jaga diri jaga kesihatan ya. Semoga baby & puan sihat selalu. Ingat Allah tu ada. Banyakkan berdoa minta ditenangkan hati serta fikiran & semuanya sihat selamat saja.

Baca lagi
3mo ago

sama sama 😊. insyaAllah mudah mudahan doa kita semua diberkati