kulit baby sedikit gelap ade tak losyen,sabun baby yg boleh mommy suggest

Hye mummy semua Anak sy sedikit gelap.. Tp itu tidakla masalah Besar bagi sy yg penting sentiasa sihat walafiat..cuma sbg ibu teringin Juga nak nmpk cerah sikit pun jdikla..ehehe..nak2 bby girl😍tq mommy semua😘😘

kulit baby sedikit gelap ade tak losyen,sabun baby yg boleh mommy suggest
34 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Penulisan ni saya share di sini untuk peringatan buat saya juge ye sis. Your baby is so cute 🥰 Siapa laaa makcik bawang yang dok masuk laman saya buat komen mengarut-ngarut kat sini? Makcik bawang tu menjual Jus overclaim kat ibu yang hamil. Dia kata... "Minum jus delima tu sunnah dan kulit baby jadi putih cerah?" Adoi laaaa awat laaa buat cerita mengarut tang sini? Nombor satu: Tidak ada makanan atau suplimen yang boleh mengubah warna kulit baby di dalam kandungan. Warna kulit baby yang dilahirkan itu ditentukan oleh keturunan dia dan apakah baka gene yang diwarisi oleh nya. Nombor dua: Apa laaa yang baguih sangat kulit putih tu? Adakah ini sifat yang memberikan kita satu kelebihan? Kalau kata 'Putih itu cantik'.....Itu hanya pendapat anda saja. Nombor tiga: Keinginan mendapatkan kecantikan di luar badan hanyalah untuk mereka yang berpemikiran yang cetek dan suka bermegah diri. Kita sepatutnya bercita-cita lebih tinggi lagi dari nak mendapatkan warna kulit yang putih dan tidak mensia-sia kan masa bermegah-megah di depan cermin. Itu bukan teladan yang baik kepada anak-anak. Nombor empat: Nak makan makanan dan minuman sunnah untuk mendapatkan kulit putih cerah? Itu satu percanggahan. Anda orang yang mukmin ke orang yang suka bermegah diri dan banggakan kecantikan luar badan? Jika anda orang-orang yang beriman.......then Please put your vanity aside. Sejak bila kulit putih itu sunnah? Matlamat yang tidak bermakna. Jika orang menegur dan memberi puji-pujian yang anak-anak saya cantik kerana kulit mereka putih, saya akan tegur balik dan kata kepada mereka sila laaa bagi puji-pujian yang boleh membantu membentukkan keyakinan diri mereka, bukanlah pujian yang tidak membantu mereka memperbaiki diri. Berilah puji-pujian kepada anak-anak kerana sifat yang peramah, bersopan-santun dan berhati baik, bukan kerana kulit mereka putih. Berilah puji-pujian kepada anak-anak kerana rajin berusaha memperbaiki kemahiran diri, bukan kerana rambut mereka cantik. Berilah puji-pujian kepada anak-anak kerana sikap bantu-membantu, bukan kerana mereka lawa. Berikan puji-pujian kepada kanak-kanak sebab baik hati, rajin belajar, suka menolong, ada empati, bukan beri pujian semata-mata kerana kulit putih atau rupa yang cantik. Dengan cara ini kanak-kanak akan belajar membentukkan diri dengan sifat mulia dan membesar memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan mempunyai keyakinan diri tidak kira paras wajah dan warna kulitnya. Inilah dinamakan 'Positive Reinforcement'. Sebenarnya, keyakinan diri sendiri lah yang memberikan kita wajah yang berseri-seri lagi bercahaya. Dr. Imelda Balchin

Baca lagi
4y ago

Penulisan Dr Imelda Balchin ni. Boleh follow dr kat pesbuk

First thing baby sihat walafiat....syukur tiada sebarang sakit@penyakit otak minda cerdas itu yang kesemua para ibubapa mahukan..... Kulit baby takda masaalah cerah gelap putih gebu ikut generasi gen ibu bapa mereka...... Cuba aje amalkan losyen yang bagus untuk kulit baby yang tidak banyak campuran bahan kimia..... Baby Johnson pack botol warna tulisan ungu cuba beli stock besar & kecil simpan rumah gunakan setiap awal pagi sesudah Baby di mandikan..... Cuba dulu tapi amalkan dalam 3 bulan pertama.... sekiranya ok kulit ada perubahan baby anda teruskan membeli..... Pastikan juga susu ibu bila menyusukan baby sentiasa bersihkan dengan tuala bersih & lembab termasuklah susu botol..... Ramuan kedua,,,,, Cuba cari daun-daun jenis berubat seperti daun di permukaan atas daun tu macam baldu tapi halus ianya di panggil DAUN JEPUN BALDU,,,, Rebus air daun tu sebanyak mana yang dapat....dah rebus sejukkan dahulu@boleh campurkan guna air paip mandikan baby seperti biasa bilasan akhir air rebusan daun tu JANGAN guna sabun,,,, Hanya air rebusan daun itu sahaja #Pantikan air mandian telah cukup-cukup suam ye..... Terima kasih,,,,,

Baca lagi
4y ago

Terima kasih byk2.. untuk info bermanfaat

VIP Member

Bila dia besar nanti dia mencerah sikit. Macam keluarga saya, adik beradik saya 5 orang, 4 cerah seorang mesti gelap. Saya tengok adik beradik sepupu saya pun macam tu. Semua cerah, sorang gelap Maybe dalam genetik kita tu ada gen kulit gelap walaupun 1 dalam 5. Macam saya, saya dengan husband dua2 cerah putih. Tapi anak tak berapa cerah. Bila dia makin besar sekarang dah umur 10 bulan , Alhamdulillah cerah sendiri. Takde pakaikan apa2 sabun atau losyen. Yang penting baby sihat sis 🤗

Baca lagi
4y ago

Mudah2an sis. Jangan sedih2 🤗💕

VIP Member

Sis ank sy pn berkulit gelap walaupn sy berkulit cerah... alhamdullilah..syukur...cerah atau gelap dia ttp BBY sy🤣🤣🤣🤣🤣...x pyh usha produk utk cerahkn kulit BBY..no..no..no....kadg mmg ad jenis manusia ni..bila tgk BBY kta dia suka compare dgn BBY lain...normal ye mommy BBY lahir kulit gelap Masa lahir...now BBY sy dah 8+ kulit dia dah Makin cerah ...😆😆😆😆... Rasanya sikit Hari lagi...dia lagi cerah dri sy kot😄😄😄😄

Baca lagi
4y ago

Maksud sy produk bby mcm sebamed tu.n anything untk bby la mgkin ayat sy terabur kot 🤣 terima kasih bagi pendapat

VIP Member

Sabar je sis. Dulu baby saya masa 1-2 bulan, gelap sikit. Suami saya pulak orang Sabah, jadi dorang semua kutuk anak saya ckp anak saya keling la gelap la, hitam la. Sakit hati tu ada tapi saya sabar je la sebab saya tahu kulit baby punya tone tu memang berubah ubah. Sekarang 4 bulan dah, dia cerah sikit. Lagipun bersyukur sebab dia takde eczema ke apa mcm sepupu sabah dia yg putih melepak tu. Sabar je ok dengan pemikiran cetek mcm dorang tu.

Baca lagi
4y ago

Ye sabar je ni.. walaupun ade yg kurang sdp Di Dgr..eh dia ni tak cerah dh kan?? Kulit dye mmg mcmni dh..biasa tak berubah da..n mcm2 lagi..sbg ibu kesihankn anak lebih2 time die tdr tu🥺🥺 tapi bersyukur sgt2 start lahir hingga 5bulan xde lagi ruam yg teruk²bby sihat Alhamdulillah..kulit pun halus n cantik..🤗🤗

Assalamualaikum sis, maaf saya jadi trigger bila baca soalan sis ni. Kulit baby sis dh mmg naturally warna begitu kenapa boleh trfikir nak pakaikan product utk cerahkan kulit baby? The skin tones and everything that happened to the baby is because of you and your husband genetics. Tak perlu ubah dah. Syukur baby lahir sihat cukup sifat Alhamdulillah. Just focus to take care of the baby well.

Baca lagi
4y ago

Walikumslm Maaf andai soalan yg berterabur sikit maksud sy bukan product pemutih.. maksud sy yg bebas bahan kimia.n selamat untk bby sy tqq

Asal putih je comel asal gelap je buruk. Typical malay mindset. Hi mommy bersyukur shj apa shj warna kulit anak yg dikurniakan oleh Tuhan. Jangan saja komplen. Sanggup bha kamu sapu losyen bg putih baby kecil your mindset is toxic. Poor your child. Anak kamu suda cantik sekarang mommy. Warna kulit nda penting kalo penting bha sudah pasti tuhan kasi anak sama putih putih

Baca lagi

Hahaha.. Redha je la sis Anak I sorang putih mcm Korea tapi muka garang, sorang gelap sikit tapi manissssnye...sejuk hati memandang. Sile la bersyukur sis... Yg penting sihat & kite mak2 ni yg terapkan dkt anak2 dari kecik, semuanya x de beza n semuanya cantik, lawa, manis, hensem belaka.. Usah dibanding2kan...😉

Baca lagi
VIP Member

Assalamualaikum..xpe la anak gelap pon..asalkan sihat walafiat..putih ke gelap seseorg anak 2 xde bezanya..semuanya lahir Dari Rahim kite..smbilan Bulan dlam Rahim kite..ke Hulu ke hilir kite bwak die..smua nie rezeki Allah..Allah maha mengetahui apa yg Kita xtaw..xpyh nk pkai losyen ape2..terima je la anak seadanya die..

Baca lagi
4y ago

Xpe sy tak kisah 🤗oo mcmtu rupanya Ikhtiar mse mgandung.tq yer

Baby kecik lagi la. Tak perlu lotion pemutih segala. Biar la gelap sikit comel dia tak kurang pun. Baik gelap dari kulit sensitive naik macam2, yang tu memang patut cari krim or lotion (atas nasihat doctor) Ubah la mentality kalau putih je cantik. Nanti anak membesar jadi insecure tak kesian ke