kulit baby sedikit gelap ade tak losyen,sabun baby yg boleh mommy suggest

Hye mummy semua Anak sy sedikit gelap.. Tp itu tidakla masalah Besar bagi sy yg penting sentiasa sihat walafiat..cuma sbg ibu teringin Juga nak nmpk cerah sikit pun jdikla..ehehe..nak2 bby girl😍tq mommy semua😘😘

kulit baby sedikit gelap ade tak losyen,sabun baby yg boleh mommy suggest
34 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Penulisan ni saya share di sini untuk peringatan buat saya juge ye sis. Your baby is so cute 🥰 Siapa laaa makcik bawang yang dok masuk laman saya buat komen mengarut-ngarut kat sini? Makcik bawang tu menjual Jus overclaim kat ibu yang hamil. Dia kata... "Minum jus delima tu sunnah dan kulit baby jadi putih cerah?" Adoi laaaa awat laaa buat cerita mengarut tang sini? Nombor satu: Tidak ada makanan atau suplimen yang boleh mengubah warna kulit baby di dalam kandungan. Warna kulit baby yang dilahirkan itu ditentukan oleh keturunan dia dan apakah baka gene yang diwarisi oleh nya. Nombor dua: Apa laaa yang baguih sangat kulit putih tu? Adakah ini sifat yang memberikan kita satu kelebihan? Kalau kata 'Putih itu cantik'.....Itu hanya pendapat anda saja. Nombor tiga: Keinginan mendapatkan kecantikan di luar badan hanyalah untuk mereka yang berpemikiran yang cetek dan suka bermegah diri. Kita sepatutnya bercita-cita lebih tinggi lagi dari nak mendapatkan warna kulit yang putih dan tidak mensia-sia kan masa bermegah-megah di depan cermin. Itu bukan teladan yang baik kepada anak-anak. Nombor empat: Nak makan makanan dan minuman sunnah untuk mendapatkan kulit putih cerah? Itu satu percanggahan. Anda orang yang mukmin ke orang yang suka bermegah diri dan banggakan kecantikan luar badan? Jika anda orang-orang yang beriman.......then Please put your vanity aside. Sejak bila kulit putih itu sunnah? Matlamat yang tidak bermakna. Jika orang menegur dan memberi puji-pujian yang anak-anak saya cantik kerana kulit mereka putih, saya akan tegur balik dan kata kepada mereka sila laaa bagi puji-pujian yang boleh membantu membentukkan keyakinan diri mereka, bukanlah pujian yang tidak membantu mereka memperbaiki diri. Berilah puji-pujian kepada anak-anak kerana sifat yang peramah, bersopan-santun dan berhati baik, bukan kerana kulit mereka putih. Berilah puji-pujian kepada anak-anak kerana rajin berusaha memperbaiki kemahiran diri, bukan kerana rambut mereka cantik. Berilah puji-pujian kepada anak-anak kerana sikap bantu-membantu, bukan kerana mereka lawa. Berikan puji-pujian kepada kanak-kanak sebab baik hati, rajin belajar, suka menolong, ada empati, bukan beri pujian semata-mata kerana kulit putih atau rupa yang cantik. Dengan cara ini kanak-kanak akan belajar membentukkan diri dengan sifat mulia dan membesar memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan mempunyai keyakinan diri tidak kira paras wajah dan warna kulitnya. Inilah dinamakan 'Positive Reinforcement'. Sebenarnya, keyakinan diri sendiri lah yang memberikan kita wajah yang berseri-seri lagi bercahaya. Dr. Imelda Balchin

Baca lagi
5y ago

Penulisan Dr Imelda Balchin ni. Boleh follow dr kat pesbuk