Min profile icon
PlatinumPlatinum

Min, Malaysia

Contributor

About Min

mummy to be

My Orders
Posts(34)
Replies(149)
Articles(0)

Menyusu Boleh Puasa ke?

MENYUSU DAN PUASA Ramai tanya hat ni pulak..bersemangat uollzz.bagus bagus.. Ok ok saya kupaskan Sebenarnya keperluan kalori dan protein bagi ibu menyusu lebih dari ibu mengandung Ibu mengandung (BMI normal) Trimester pertama: +80kcal Trimester kedua: +280 kcal Trimester ketiga: +470kcal Tapi waktu menyusu pertambahan 6 bulan pertama: 500kcal dan 19g protein 6 bulan kedua: tidak perlu tambahan kalori tapi protein +13g Nampak keperluan lebih tinggi dari mengandung kan, sebab badan memerlukan pembakaran kalori sebanyak 20kcal untuk setiap 30ml susu badan dihasilkan. So macam mana nak pastikan pengambilan cukup waktu berpuasa?Ramai risau penghasilan susu akan drop waktu berpuasa. Sebenarnya ramai mommies boleh capai keperluan kalori tapi ramai yang gagal capai keperluan protein seharian Waktu puasa akan terdapat 'shift' menu kepada menu yang tinggi lemak,karbohidrat dan rendah serat serta protein. Kajian menunjukkan kalau kalori kurang sikit ia tidak menjejas penghasilan susu, tapi kalau protein tak cukup iye..itu boleh effect Maka berapa banyak protein yang mommies perlukan seharian untuk memenuhi keperluan ibu menyusu? Disarankan ibu ibu mengambil 5-7 bahagian PROTEIN BERKUALITI sehari. Apakah saiz 1 bahagian protein berkualitli? ? segenggam kacang kekacang (contoh kacang tanah, almond,pistachio, walnut etc) ? ayam sebesar tapak tangan (kalau bahagian drumstick kira sebagai 2 bahagian) ? daging sebesar tapak tangan ? ikan 1/2 saiz sederhana (macam kembong,mata besar) atau 1 potong (macam ikan tongkol) ? 1 cawan susu (1 mug tu haaa 240ml) ? 2 keping cheese/keju ? telur ayam 1 biji ? sotong sepanjang tangan ? udang 4-6 ekor **saiz bahagian protein boleh lihat dalam gambar Maka untuk capai 5-7 bahagian saya sarankan bahagikan siap siap seperti berikut Waktu sahur: 3 bahagian Waktu berbuka: 2-3 bahagian Waktu moreh: 1 bahagian Contoh menu Sahur: sumber protein datang dari lauk ikan seekor ke/ayam 1 ketul ke/telur 2 biji ke TAMBAH air susu (nak amik gitu je ke atau buat jadi teh susu ke kopi susu ke kurma susu ke up to you) Berbuka: sumber protein datang dari lauk ikan/ayam/seafood etc dan ada sedikit dari sayur..maksud saya masak sayur dengan sumber protein..macam masak dengan telur/ikan bilis/ayam/sotong etc Moreh: boleh snack ambil kacang kekacang ATAU roti cheese ATAU susu 1 cawan cicah biskut ATAU roti peanut butter . . . PASTIKAN ambil air cukup 8 gelas sehari seperti biasa Sahur: 2 cawan Sebelum imsak: 1 cawan Berbuka: 2 cawan Selepas solat maghrib: 1 cawan Selepas terawih: 1 cawan Sebelum tidur: 1 cawan . . Ingat jangan puasa waktu berpantang Waktu menyusu ini jika larat ouasa, jangan memaksa diri ye.. . Happy fasting mommies ??? Dietitian Fizah Sobri

Read more
Menyusu Boleh Puasa ke?
undefined profile icon
Write a reply

Tips Latih Botol Susu

Pada zaman ketika puting dan botol susu belum dihasilkan, pilihan yang ada hanyalah sudu dan cawan..mungkin picagari juga pada era yang sama. Ketiga-tiganya masih lagi alternatif pada hari ni. But, let's get real: dalam zaman ketika ramai ibu perlu berkerja pada hari ini, tidak ramai penjaga bayi yang sanggup untuk menyusukan bayi menerusi sudu, cawan atau picagari. Ia agak leceh dan mengambil lebih masa. ? Saya kongsikan 11 tip memperkenalkan botol susu kepada anak yang saya kumpulkan dari beberapa laman web antarabangsa. Ia bukan saranan peribadi saya. Buat ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu, rujuklah pakar laktasi anda jika terdapat sebarang tip yang anda kurang pasti mengenainya ? Sebelum anda bermula, semua ibu perlu tahu PUNCA UTAMA bayi bergelut dan perlu masa menerima minum susu dari botol susu: ✔ Puting botol ibarat 'benda asing' buat bayi. Jika selama ini anak sudah terbiasa minum hanya dari puting ibu, tentulah puting tiruan terasa pelik bagi bayi. Malah, sebenarnya, puting ibu sendiri terasa pelik buat sebahagian bayi! Semasa di dalam kandungan, bayi tidak pernah minum dari puting ibu. Maka, seperti puting botol, sebarang 'benda baru' termasuk puting ibu, terasa kekok buat bayi. Inilah mengapa 'breastfeeding' TIDAK semestinya datang secara semulajadi, mudah dan 'bersahaja' buat semua bayi..juga ibu bayi. ✔ Anak kecil belajar dari pengalaman. Itu satu-satunya cara mereka belajar. Sebagai seorang konsultan bidang bayi, saya telah sebut hal ini banyak kali kepada ibubapa. Apa yang anda biasa beri,itulah yang anak faham. Maka, dalam hal menyusu dari botol ini, anak telah ada 'mind set' bahawa 'acara minum susu' itu ialah dari puting ibu, bersama ibu. Kerana itu, bila tiba-tiba botol susu mengambil alih, sebahagian anak keliru; 'what is going on' ? Acara apakah ini? ⏩⏩ mengapa saya beritahu hal ini? Agar ibu dapat sedikit idea tentang apa yang anak rasai. Maka ibu lebih mudah empati dan bersabar. Sebahagian ibu yang tidak sedar hal ini, bertindak marah-marah malah terfikir untuk guna paksaan dan kekerasan untuk buat anak 'suka botol' terutama bila sudah terdesak. 1⃣ Mulakan awal Semua anak mamalia lahir dengan 'sucking reflex' (reflex menghisap). Menjelang 3-4 bulan, reflex ini 'hilang' atau lebih tepat di sebut berubah menjadi 'voluntary act' (kelakuan pilihan anak). Jika anda tidak berhajat BF anak,tiada masalah untuk mula perkenal botol sejak hari pertama. Jika anda ibu BF, sifirnya, usah perkenal botol terlalu awal kerana khuatir anak keliru puting. DAN dalam masa yang sama, janganlah pula 'terlalu lewat' ketika sucking reflex sudah mahu bertukar menjadi kelakuan terpilih anak. Disarankan MULA latih botol pada usia anak 4 minggu ke atas, dan tidak lewat dari 2 bulan. Hadkan jumlah penyusuan melalui botol dalam sehari agar tidak menganggu amalan BF. 2⃣ 'Anyone else but mommy' Biar orang lain yang memberi bayi susu. Ibu harus beredar jauh atau sebahagian ibu perlu menyorok dan keluar dari rumah ketika tempoh latihan supaya bayi tidak nampak, hidu,mendengar suara atau mengesan kehadiran ibu. 3⃣ Mula perkenal ketika anak tenang, rilek atau mamai. Sebahagian dari kita ini, ada tabiat : kalau dah tak suka tu, tengok rupa atau nak dekat pun tak sudi ??. Begitulah juga dengan sebahagian bayi. Maka, sedikit helah mungkin mambantu. Cuba beri botol ketika bayi tidak sedar sepenuhnya: ketika mamai untuk masuk tidur atau ketika baru bangun tidur. Cukup untuk bayi ada pengalaman menikmati puting botol walau sekejap dan merasa ia taklah seteruk yang di sangka. 4⃣ Tukar jenis puting. Seperti isu keserasian seseorang bayi terhadap sebahagian jenama susu, lampin pakai buang atau sabun mandi , mungkin jenis puting ada kesannya pada suka atau tak suka bayi. 5⃣ Tunggu bayi dah 'kebulur' ❓ Sebahagian ibu merasakan jika tunggu hingga bayi benar-benar sangat lapar, pasti bayi akan mudah minum dari botol. Ya mungkin ada masanya helah ini menjadi. Namun, tidak untuk jangka masa panjang. Mengapa? Saya telah sebut fakta bahawa anak kecil belajar dari pengalaman. Maka, anak perlu sedar untuk melalui dan merasakan keseluruhan perjalanan pengalaman itu. Jika anak sengaja di buat minum ketika sangat lapar, anak akan minum dalam keadaan terpaksa dan terburu-buru. Maka, pilih untuk tawarkan botol ketika anak sudah lapar tapi bukan sudah teramat lapar. Jika anak menolak, cuba tawarkan semula setiap setengah jam selepas itu. Ini salah satu teknik yang sama di gunakan ketika 'potty training' anak. Anak di bawa masuk ke tandas setiap 1-2 jam tak kira samada anak ada memberitahu dia mahu buang air atau tak. Maka, dalam kes latihan botol susu, ulang tawarkan botol setiap setengah - 1 jam. 6⃣ Hangatkan puting botol sejurus sebelum memberi botol kepada bayi. Sumber yang memberi tip ini mengatakan ia bagai meniru hangat kulit ibu. 7⃣ Sapu atau celupkan puting botol dengan susu ibu. Ini supaya lidah bayi merasa susu terlebih dahulu sebelum merasa puting. Ia serupa dengan tip titiskan susu ke lidah bayi sebelum menyua botol. 8⃣ Selit botol ketika sesi penyusuan badan hampir berakhir. Ini bertujuan agar bayi dapatkan baki susu yang dia mahukan dari botol. Anak yang sudah hampir kenyang, rasa rilek, gembira dan sedikit mamai lebih berpotensi untuk 'go along' atau ikutkan saja untuk terima botol. Ini teknik yang sama untuk melatih puting tiruan (pacifier). 9⃣ Gunakan pelindung puting (nipple shield) di payudara ibu terlebih dahulu agar bayi mudah terima puting botol kemudian. ? Cucuk puting botol dibeberapa tempat untuk hasilkan beberapa lubang tambahan. Ia supaya air susu dari botol akan merembes dari beberapa arah dan lebih laju ibarat susu dari payudara ibu. * NOTA PENTING: buat ibu-ibu yang tekad terus mengamalkan pemberian susu ibu, tip ini boleh merisikokan kekeliruan puting. Ini kerana mencucuk beberapa lubang tambahan akan meningkatkan aliran pengeluaran susu dan boleh membuat anak lebih gemar puting botol berbanding puting ibu. 1⃣1⃣ Pelbagaikan posisi dan suasana Oleh kerana pengalaman sedia ada telah buat anak ada 'mind set' tertentu tentang acara minum susu : berbaring di dada ibu + susu dari badan ibu, maka cuba ubah terus keseluruhan pengalaman itu. Misalnya susukan ketika anak duduk menegak dan membelakangi dada anda sambil menonton tv atau melihat kanak-kanak bermain di taman. Atau susukan ketika anak dalam troli membeli belah atau ketika berjalan-jalan ambil angin. ??❤ Cubalah dengan tekun dan konsisten. Tiada anak yang berjaya sleep training dalam hanya 1-2 malam, tiada anak yang berjaya mahir hisap puting dalam hanya 2,3 kali cubaan dan tiada anak yang berjaya mencerai lampin dalam hanya beberapa hari latihan. Selamat mencuba! ??? Kredit: Page Baby Language

Read more
undefined profile icon
Write a reply

TIPS MENGENALKAN SUSU KEPADA ANAK (selain susu ibu)

Anak saya tak nak menerima susu yang saya beri kepada dia. Macam mana nak bagi anak saya ambil susu tu? . Berikutan posting saya mengenai adakah betul lepas 1 tahun tak perlu susu formula, ramai mommies bertanya cara untuk anak menerima pengambilan susu selepas berhenti pengambilan susu ibu (kalau nak baca tekan link di bawah) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157696777589105&id=722439104 . . Ye anak walaupun sudah lepas 2 tahun atau sudah cerai susu ibu masih perlu teruskan pengambilan susu seperti yang disarankan dalam piramid makanan Bagi kanak kanak jenis susu yang boleh diambil adalah full cream, fresh milk atau family milk. Jangan beri low fat atau skim milk kepada mereka. . Tapi bagaimana nak beri susu kepada anak? Berikut tips untuk bantu keberangkalian anak menolak susu tersebut Bagi bawah 2 tahun 1. Jangan beri dalam botol - anak sudah link kan jika susu dalam botol maka itu adalah susu ibu. Jika anda beri susu lain dalam botol, besar kemungkinan anak akan tolak sebab bukan susu ibu. 2. Jangan ibu yang beri susu lain - sama juga anak dah link apabila nampak ibu, dengar ibu, bau ibu maka akan dapat susu ibu. Jika nak beri susu lain, minta orang lain berikan seperti ayahnya, neneknya, pengasuh etc. 3. Jangan terus berhentikan susu ibu - sambil kenalkan susu lain kepada anak susu ibu dikurangkan sikit demi sedikit. Maka waktu anda plan untik cerai susu dari anak, waktu itu anda sudah bermula kenalkan secara berperingkat susu lain kepada anak Contoh anak biasa minum 5oz 5 kali sehari Hari pertama --> 4x susu ibu 1x susu lain Hari kedua --> 3x susu ibu 2x susu lain Hari ketiga --> 2x susu ibu 3x susu lain Dan seterusnya... Bagi masa untuk anak menyesuaikan diri 4. Jangan paksa Hari ini cuba beri anak tolak Tunggu 2 hari lagi baru kenalkan semula, pada waktu yang berbeza serta bentuk yang beza. Contoh hari ini kenalkan pada waktu pagi dalam cawan kuning, lagi 2 hari kenalkan pada waktu malam dalam cawan purple pula. 5. Boleh campur dalam minuman lain pada peringkat awal - disebabkan kandungan lactose, protein dan zat lain dalam susu fresh/full cream/family jaaauuhh beza dari susu ibu terdapat anak yang akan bertindak balas dengan berbeza apabila diberi susu tersebut - anak mungkin mengalami cirit birit, sakit perut, dan lain lain tapi waktu minum susu ibu/formula tiada. Maka ini bukan alahan. Untuk membantu badan anak menyesuaikan diri boleh campur susu dengan bahan lain seperti 1. Cocoa (choc milk)?? 2. Pisang (smoothie pisang)?? 3. Strawberry (strawberry milk)?? Sedap pun sedap Khasiat pun khasiat Dan membantu anak untuk menyesuaikan diri dengan kandungan susu yang berbeza dari susu ibu. ** tips no 1, no 4 dan no 5 ini juga boleh diamalkan bagi usia atas 2 tahun. Disclaimer: post ini tidak bertujuan untuk anda stop susu ibu tau!! Susu ibu tetap terbaik dan perlu diteruskan sehingga 2 tahun. Harap dapat membantu mommies Teruskan usaha Caiyok??? Sekiam Dietitian fizah

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

BENIH ANGGUR - Dr Sakinah Sulong

Adakah ini kandungan yang diambil bunian seperti cerita orang-orang dulu? Kandungan anggur, biasanya tiada bayi. Dalam bahasa perubatan, kami panggil Hydatidiform Mole. Atau nama umumnya, Gestational Trophoblastic Disease (GTD). Ia berlaku apabila berlaku masalah genetik di mana sel telur lelaki yang disenyawakan dengan telur wanita yang kosong. Jadi tiada jasad bayi yang terbentuk. Yang membesar ialah sel chorionik villi dalam uri menyebabkan seorang wanita itu mendapati rahimnya membesar. Memang seakan beliau hamil. Tidak datang period. UPT positif. Tapi bila menjalani imbasan Ultrasound, tiada jasad bayi yang dilihat. Sebaliknya, hanya imej bulat-bulat seakan anggur yang kelihatan. Ia dipanggil 'snowstorm appearance' (gambar kedua). Bila seorang doktor yang menjalankan ujian USG dan menjumpai dapatan sebegini, wanita berkenaan perlu dirujuk kepada pihak hospital. Lazimnya wanita yang mempunyai masalah ini, didiagnosa pada bulan ke4 atau ke5 kandungan. Ada yang datang dengan pendarahan vagina. Ada juga yang datang lebih awal dengan simptom alahan yang sangat teruk disebabkan hormon HCG yang tinggi (hormon HCG ini dihasilkan oleh uri). Dan disebabkan hormon HCG ini, wanita tersebut boleh mengalami simptom hypertiroid. Apa rawatannya? Setiap wanita ini perlu melalui prosedur D&C di mana gumpalan uri ini perlu dikeluarkan dan dihantar untuk dikaji tisunya. Lihat gambar pertama, inilah rupa kandungan anggur, memang macam anggur. Tisu ini perlu diperiksa kerana terdapat masalah kandungan anggur yang akan menjadi kanser yang dipanggil choriocarcinoma dalam 2-4% kes. Atas sebab itu, wanita yang mengalami masalah ini, dinasihatkan JANGAN MENGANDUNG selama 18bulan atau 2 tahun selepas paras HCG turun untuk memastikan wanita ini tidak mengalami kanser. Dan untuk memastikan plan perancang ini berjaya, gunalah kaedah menjarakkan kandungan yang berkesan. #Membebelsayang

Read more
BENIH ANGGUR - Dr Sakinah Sulong
undefined profile icon
Write a reply

BOLEH KE CAMPUR UBAT DALAM SUSU ANAK

Saya ada terima soalan ini melalaui DM saya di Fb Soalan: Puan anak saya susah sangat nak makan ubat. Bila bagi diluak nya balik, ada yang nasihat saya untuk campurkan dalam susu ibu/formula yang diberi. Boleh ke saya buat macam tu? Jawapan: Tidak boleh Mengapa saya jawab begini bukan sahaja atas faktor keberkesana ubat tapi juga effectnya terhadap persepsi anak kepada susu Kenapa tak boleh? 1. Mengubah keberkesanan ubat Ada ubat yang sepatutnya beri atas perut kosong ada yang sepatutnya beri selepas makan. Sebab ini akan mempengaruhi keberkesanan ubat tersebut Contoh ubat kapsul yang sepatutnya bertindak bila sampai ke usus kecil mempunyai salutan luar untuk menghalang asid perut dari mencernakan ubat dengan cepat sampai ke usu. Jika dalam bentuk kapsul anda buka dan masukkan dalam susu adakah ubat tersebut sempat nak sampai ke destinasi untuk bertindak? 2. Interaksi zat dan ubat Ada zat dalam susu ibu/formula yanh akan berinterkasi dengan ubat samada meningkatkan/mengurangkan kadar penyerapan ubat Contoh ada ubat antibiotik yang sukar untuk diserap akibat berinteraksi dengan susu Maka tak berkesan la ubat tersebut nanti.. 3. Perubahan rasa susu Suka tak rasa ubat? Tak kan... Lepas tu boleh pulak campur dalam makanan favourite anak iaitu susu. Apa jadi kepada persepsi anak kepada susu? Susu tak sedap... Ada anak akan trauma dan akan berpaling dari minum susu jika amalan campur ubat dalam susu ini kerap diamalkan. Bila dah taknak minum susu dah jadi satu hal nak tukar tukar susu atau nak tarik minat anak minum susu semula. Habis tu macam mana nak buat? Kalau tak bagi susu memang tak akan ambil ubat..huhuhu Jawapan saya SELANG SELI DENGAN SUSU/BUAH Bagi anak kurang 6 bulan Beri ubat dan selang seli dengan pengambilan susu ibu/formula bukan air kosong Disebabkan kuantiti kecil selalunya max 2 kali selang je dah cukup Bagi anak lebih 6 bulan Boleh selang seli dengan puree buah/buah/jus buah semulajadi. Nak lagi sedap boleh buat ais krim yoghurt dan buah semulajadi dan beri terus kepada anak sebagai reward makan ubat. Galakkan anak nak pegang hisap ubat dari syringe sendiri supaya mereka boleh kawal berapa banyak nak masuk dalam mulut. Ini akan kurangkan keberangkalian anak luak balik jika dipaksa makan oleh mak dan ayah. Jangan campur ubat dalam susu na.... Harap membantu Sekian Dietitian fizah sobri

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

Kriteria Mencari Pengasuh

Terganggu betul fikiran saya bila saya mendengar ada 1 bayi perempuan yang dihantar ke rumah pengasuh, tapi sebenarnya yang mandikan dan menukar lampin bayi tu adalah suami kepada penjaga tu. Memang menggigil dan menggeletar mak pada bayi tu tatkala dia mendapat tahu yang rupanya anaknya diurus oleh seorang lelaki, dan bukannya penjaga yang diamanahkan tugas tu. Tak dapat dibayangkan segala kemungkinan yang terjadi. Anak sekecil tu, manalah tahu apa-apa kalau dia diperlakukan seperti pemuas nafsu. Mak tu bekerja. Berkorban demi fardhu kifayah. Mulut jangan celupar, jari jangan tak ada insurans bila ada yang kata, patutnya mak berhenti kerja bila ada anak. Bayangkan kalau semua misi buat keputusan letak jawatan bila ada anak. Siapa nak jaga pesakit? Berapa ramai ahli keluarga yang mengharapkan pesakit, diberi makan, punggung dicuci oleh misi dalam wad? Mak tu terus tak fikir panjang, serta merta dia ambil anaknya dan dah tak hantar kat pengasuh tu. Dia takkan pertaruhkan keselamatan anaknya tu. Buat masa sekarang anak itu dijaga oleh neneknya sementara mak tu mencari penjaga baru. Tadi saya berbincang dengan mak tu tentang kriteria penjaga yang patut diambil kira 1. Suami pada pengasuh tu mesti bekerja di luar rumah. Kalau yang berjauhan dengan suami lagi bagus. Dan suami tu tak terlibat langsung dalam menguruskan anak jagaan. 2. Pengasuh tak ada anak lelaki remaja yang kelakuannya diragui. Perangai anak-anak yang pengasuh sedia ada tu menggambarkan bagaimana didikan yang bakal diaplikasikan pada anak jagaan. Pada saya, secara peribadi, kalau anak-anak pengasuh membahasahakan mereka, aku dan kau, memang saya takkan hantar anak ke situ. 3. Keadaan rumah tu. Seperti seorang bos saya kata, kalau nak tahu rumah orang tu bersih ke tak, pergilah ke dapur dan bilik air. Kalau tak menepati kehendak kita, lupakan saja. Nanti kang kita yang banyak songeh. Nak orang ikut cara kita, padahal dari mula, kita dah boleh elak. Setiap orang tahap bersih tu berbeza cara dia terima, jadi tepuk dada tanya selera. 4. Berapa ramai bayi atau kanak-kanak lain yang dijaga oleh pengasuh tu penting, terutamanya kalau anak kita masih memerlukan perhatian. Kang tak terjaga anak kita tu, masalah nanti. 5. Perbincangan secara terbuka mengenai makanan anak di sana. Sama ada pengasuh masakkan ke, atau kita nak bekalkan awal-awal. Kalau nak penjaga tu yang buatkan, dapatkan satu titik pertemuan tentang diet anak kita. Bab makan jajan tu, penting kan bagi sesetengah mak, maka yang tu kena ditekankan sebab ada pengasuh tak kisah pun tentang tu. 6. Rutin yang kita nak pada anak tu, sesuai ke tak dengan penjaga. Kena ada bertolak ansur jugalah kan. Kalau terlalu rigid kang, bermasam muka la pula. Padahal anak kita kat situ, tak nak anak kita tu jadi tempas lampias pengasuh yang tak puas hati dengan kita. 7. Kalau ada perokok dalam rumah tu, paling bagus tak payahlah hantar kat pengasuh tu. Kang tak pasal anak kita senang dapat jangkitan paru-paru dan telinga. Atau trigger asthma dia. Kecualilah kita pun tak kisah sebab suami kita pun tak reti bahasa tentang merokok. 8. Waktu bekerja sesetengah orang kan tak tentu. Jadi kita kena pastikan yang penjaga tu boleh fleksibel dengan masa kita. Dan mungkin kena tambah duit untuk extra time kan. 9. Bila dah hantar anak untuk jagaan pengasuh tu, perhatikan perubahan perangai anak kita. Kalau dia lain macam, kita mesti selidik betul-betul. Ada yang tak kena lah tu. 10. Cuba dulu seminggu, tengok anak kita ok ke tak. Kalau saya, saya percaya pada maternal instinct saya. Ala macam kalau suami buat jahat sembunyi-sembunyi pun, kita yang isteri ni ada nalurinya kan, macam tahu-tahu saja. Samalah juga dalam memilih pengasuh untuk anak kita. Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak yang terpaksa dijaga oleh orang lain demi kerjaya. Untuk dapatkan sesuatu, mestilah kena berkorban kan tapi kita masih berhak dapatkan yang sebaiknya dari apa juga limitasi kita. Dr. Rusyanie Ramli

Read more
undefined profile icon
Write a reply

CARA MEMILIH RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK BAWAH 3 TAHUN

Kadang-kadang kita sebagai mak ayah tak dapat nak elak "bantuan" gadget dan TV dalam membantu mengawal anak semasa menguruskan rumah. Lagi-lagi ibu suri rumah yang anak nak berkepit 24 jam, nak ke dapur dan tandas pun nak ikut. Bila bagi ikut bahaya untuk keselamatan anak, bila tak bagi ikut menangis macam kena dera. Betul tak? ? Bila baca post saya tentang "TV dan gadget memang terbukti akan meningkatkan risiko kelewatan bercakap bagi anak bawah 18 bulan", mak ayah jadi dilemma. ? Gadget vs TV? Pendapat saya, TV lebih baik dari gadget kerana: 1. Pandangan anak lebih luas dan anak masih boleh memerhatikan benda sekeliling apabila tengok tv berbanding gadget yang menyebabkan tumpuan 100% pada gadget. 2. Anak masih boleh mendengar dan menyahut dengan baik jika nama dipanggil kerana biasanya kedudukan speaker yang jauh daripada telinga anak berbanding gadget. 3. Mak ayah yang mengawal kekerapan dan apa yang dilihat oleh anak berbanding menonton youtube di gadget. 4. TV memang terletak satu tempat berbanding gadget yang boleh didapati di mana-mana. Kalau mak ayah perasan, selalunya rancangan kanak-kanak dan bayi selalunya sekejap sahaja 5-15 minit. Sebenarnya itu sahaja masa yang dibenarkan untuk anak tengok dalam satu sesi. ? Sebab tumpuan anak bawah 18 bulan sekejap sahaja, bila beri anak tengok lebih selalunya anak tak dapat apa-apa input kerana dah "overload" (terlebih) rangsangan deria visual (penglihatan) dan deria auditori (pendengaran) maka masa yang sepatutnya dia "belajar" dan explore sekeliling terbazir macam itu sahaja. Cara nak tengok anak dah "overload" adalah apabila - Anak tak menyahut dan memandang apabila namanya dipanggil. ? - Mula-mula anak excited tepuk-tepuk tangan atau berlari, tiba-tiba duduk tanpa ekspresi muka seperti berkhayal.? - Mula-mula menyanyi atau menjerit tiba-tiba senyap. ? Jika mak ayah dapati anak ada tanda-tanda di atas, ayuhlah tutup tv terus. Jika berterusan setiap hari yang sama, boleh menyebabkan masalah kelewatan bercakap di masa akan datang yang selalunya berpunca daripada kecelaruan sensori (sensori processing disorder). Jangan main-main dengan sensory processing bagi anak bawah 3 tahun kerana ianya bukan sahaja boleh menyebabkan risiko masalah bercakap malah masalah memilih makan, motor kasar, motor halus, tingkah laku dan akademik di masa akan datang. ? Kalau boleh elak, elakkan tapi kalau memang terdesak dan tak boleh elak, kali ini saya nak kongsikan cara milihan rancangan TV untuk anak. Pilih rancangan yang: 1. Kurang pergerakan background ataupun pergerakan yang terlalu laju. Purata pertukaran background "nursery ryhme" atau kartun adalah 5-8 saat, menyebabkan anak tak dapat hadamkan dan faham apa-apa input yang hendak disampaikan terutamanya anak bawah 2 tahun, cari kartun yang tiada/kurang pergerakan dan pertukaran background. Mengikut pemerhatian saya (tiada kajian lagi tentang ini), anak yang dibiasakan dengan menonton kartun di mana pergerakan dan pertukaran background terlalu cepat boleh menyebabkan anak menjadi seorang yang kurang sabar dan cepat bosan apabila menunggu dan beratur contohnya mengamuk apabila kereta berhenti (bosan dengan permandangan yang sama) serta sukar untuk duduk setempat apabila 3-4 tahun menyebabkan masalah pembelajaran di masa akan datang. Dialu-alukan penyelidik untuk lakukan kajian tentang ini. ? Kalau mak ayah perasan, majoriti anak bawah 2 tahun mesti lebih suka tengok iklan kan? Bila ada iklan terus berlari ke TV. Ia adalah kerana anak bawah 2 tahun normal memang ada "sensory seeking" terhadap rangsangan visual, sebab itu mereka suka tengok iklan yang menggunakan visual dan suara yang menarik berbanding drama. ? 2. Suara yang jelas dan perlahan. Kalau nak ajar menyanyi, cari lagu yang perlahan dan sebutan yang jelas setiap suku kata berbanding lagu yang terlalu cepat. ? 3. Warna yang menenangkan. Kebanyakan kartun popular sekarang menggunakan warna yang terlalu terang dan menonjol menyebabkan risiko ketagihan gadget dan tv pada anak. Warna terang dan menarik memang seronok bagi anak-anak sama juga macam gula-gula. Kalau warna terang, hanya watak kartun tersebut sahaja yang menonjol dan bukannya keseluruhan kartun dan background menggunakan warna yang terang dan menonjol. Kita tengok lama-lama pun boleh pening sakit mata. ? 4. Pilih rancangan yang bersesuaian dengan anak. Anak bawah 3 tahun tak pandai lagi bezakan baik dan buruk, mereka serap sahaja semua benda yang mereka lihat dan dengar. Mereka tak pandai lagi bezakan realiti dan fantasi, bermain secara imaginasi memang normal tetapi kita yang mengawal apa yang mereka akan "imagine". Kalau biasa tengok Barbie, imaginasi mereka pun akan ke arah itu, berangan jadi princess. Kalau biasa tengok Ultraman, cara mereka berfikir dan bermain pun akan jadi ganas. Kalau biasa tengok upin ipin, kadang-kadang suara mereka pun akan jadi macam upin ipin. ? 5. Elakkan menonton kartun di channel TV yang mempunyai iklan-iklan yang tidak sesuai untuk anak. ? Pendapat saya, tengoklah apa-apa kartun asalkan tidak memudaratkan. Kalau boleh elakkan kartun yang ada buli membuli (cth: Tom and Jerry) ataupun yang berunsur pergaduhan dan keganasan (cth: Ultraman) serta ada bahasa yang tidak elok (cth: Shin Chan) untuk anak bawah 3 tahun. ? Sebelum beri anak tengok, kita tengok dahulu dan nilai sendiri kesesuaiannya. Saya pun ibu biasa yang tidak boleh mengelak daripada "bantuan" TV. Dekat rumah saya tiada Astro, cuma ada HyppTV. Jadi saya beri contoh rancangan yang saya beri anak tengok yang kurang pergerakan background, warna yang tidak terlampau menonjol dan suara yang jelas serta boleh belajar bercakap bersama anak. (Anak umur 1 tahun) ? Kalau mak ayah lain ada rancangan yang menarik dan menepati kriteria di atas boleh screenshot dan tepek di komen, kita sama-sama berkongsi ? InsyaAllah, saya akan adakan Kelas Merangsang Perkembangan Anak 1-3 tahun di Beyond Home Therapy. Jika berminat boleh whatsapp ke 0177472137. ? Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat ❤ Dialu-alukan untuk "Share", tag pasangan dan "Follow" page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari perspektif Occupational Therapist. Maryam Jamadi Occupational Therapist Founder Beyond Home Therapy

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

SOAL JAWAB MENGENAI PENYUSUAN (Tips dan tricks for mommies)

Waktu cuti bersalin senang je nak bagi direct feeding ke anak. Menangis hulur saja, menangis jom bagi feeding tapi ramai mommies bila dah start kerja...haaaa masa ni waktu menyusu dah mula kurang terjaga. Malah banyak ibu menyusu berhenti susu badan bila dah kembali ke kerja.. So sini saya sediakan a few tricks and tips untuk mommies kekalkan penyusuan susu ibu bila dah kembali kerja. Soalan 1: Saya seorang mommy yang bekerja, susah saya nak ikut jadual pumping 3 jam sekali. Kadang kadang sempat 1 kali sahaja. Macam mana saya nak maintain jadual? Jawapan: Set alarm Handphone semua dah canggih canggih kan, takkan alarm tak tau nak set. Bila alarm sahaja, minta excuse nak ke tandas ke, nak ambil barang ke lepas tu pergi la pump. Soalan 2: Saya tiada masa nak pump. Rasa macam pump tu lama sangat nak buat. Jawapan Berapa lama anda ambil masa nak pump?1 jam ke? Ikutkan 10minit dah boleh kosong dah breast kalau teknik pumping betul. Kalau guna double breast pump lagilah, 15min siap *termasuk dengan masa nak setup pump. Soalan 3: Bila mula balik kerja saya selalu stress. Stress dengan boss, stress dengan kerja, stress tak cukup tidur. Kan stress turunkan susu. Macam mana saya nak tak stress? Jawapan Sebelum pumping prep diri dulu. Buat sesuatu yang menenangkan anda Tengok video baby ke Pasang lagu ke Makan chocolate ke Pakai essential oils ke (suka bau yang sedap sedap) Sambil pump pun jangan fikir kerja... Tengok K drama ke Membawang ke (ooops) tengok tengok dah setlle dah pump susu Soalan 4 Ada ke makanan yang boleh naikkan production susu Jawapan ADAAAAAA . . apa apa makanan that makes you happy Hantu durian? makan la Hantu chocolate? makan la Jangan stress sampai elaaakkkk semua makanan. Yang penting jaga kuantiti. Kalau tak nanti ada yang menangis kenapa saya menyusu tapi berat tak turun..hehehe TAK PERLU MILKBOOSTER DI PASARAN (tiada hasil kajian yang bukti ia berkesan pun) Soalan 5: Ada ke makanan yang saya perlu elakkan supaya susu tak drop? Jawapan ADAAAAA . . Elak makan terlalu SEDIKIT Ibu menyusu perlu kalori yang mencukupi ingat ye perkataan MENCUKUPI Kami tak galakkan ibu menyusu berdiet extreme waktu 6 bulan pertama. Malah ikut RNI MAlaysia 2017 Ibu menyusu (yang normal weight ye) perlu pertambahan 500kcal waktu 6 bulan pertama menyusu Makan seperti biasa ikut suku suku separuh supaya cukup zat untuk menghasilkan susu, dan snek saya galakkan anda ambil 1 sajian protein. Contoh 1 sajian protein yang boleh dijadikan snek 1 cawan susu 1 genggam kacang kekacang (semua jenis boleh) 1 biji telur 1 set (1 kotak) tauhu sumbat 1 cawan (yang biasa dijual tu) yoghurt Tu baru 5 tips. Nanti saya fikir kalau ada lagi saya tambah. Nak pergi ambil anak dulu Kalau ada soalan yang nak saya masukkan sila lah tanya di bawah. Sekian Dietitian fizah sobri PhD in lactating

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply