Masalah hb rendah
Hai mommy’s..boleh sahre tak cara nk maintain hb semasa pregnant dan rutin harian pemakanan yg betul?
Dulu hb saya pun low juga bila dah nak masuk 2nd trimester. Maybe fasa baby nak membesar, keperluan zat makanan pun semakin bertambah dan berkongsi dengan kita. Saya try makan buah jambu batu, oren, epal merah/hijau, kurma, kacang hijau (bubur/icecream homemade), ceri merah, prune, kacang badam, walnut, kuaci, gajus, kerang, hati ayam/lembu, daging, minyak zaiton, telur rebus, sayur sawi, bayam merah/hijau, kailan, carrot, ikan sardin segar (bukan tin ya)& ikan bilis. Selain tu elakkan kopi & teh, supaya badan boleh serap ubat klinik tu semua dengan baik. Jarakkan waktu makan ubat tu dalam 2 jam selapas makan. Konsisten masa yang sama setiap hari (Wajib). Jaga waktu makan sarapan, tengahari dan malam. Minum air secukupnya dan letak borol air mineral kat banyak tempat yang kita boleh capai. 1 liter air untuk 25 kg berat badan. Kalau berat kita 50 kg, maka keperluan air tu dalam 2 liter sehari. Makan yang mana ada je masa seminggu before checkup tu, ikut portion suku²separuh (karbohidrat- suku, protein-suku, vitamin&fibre -separuh) dan dijadikan makanan snacking. Setakat ni hb konsisten atas 13.0. Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan urusan sis juga dan diberikan kesihatan yang baik buat baby dan ibunya. InsyaAllah amin.😊
Baca lagi1) Makan 3 waktu makan utama (sarapan, tengahari & malam) ikut suku suku separuh. Pastikan ada karbohidrat seeloknya yg bijirin penuh, ada sayur hijau, protein dan buah. 2) Ambil buah kaya vitamin C ( jambu batu, oren, kiwi, tembikai dll) 3) Masa makan ubat tu boleh minum dgn jus buah dan jarakkan dgn waktu makan utama sekurang-kurangnya 1-2 jam. 4) Teh, kopi, air bercoklat, berkarbonat kena elakkan dekat dgn waktu makan ubat 5) Seeloknya makan ubat waktu perut kosong contoh macam bangun tidur sebelum makan sarapan 6) Ambil sayur hijau secukupnya sekurang-kurangnya 3 senduk sehari 7) kalau utk protein tu boleh pelbagaikan sumber haiwan dlm seminggu (daging, ayam, telur, ikan, kekerang, hati dll)
Baca lagimakan buah2 & sayur yang tinggi iron. protein macam daging & kerang pun membantu jugak untuk maintain kan HB. then awak ada consume susu atau kafein tak? macam saya dulu waktu preggy saya suka sgt minum susu anmum materna tu tapi takboleh consume sekali dgn ubat utk naikkan HB tu sebab nnti dia akan kacau penyerapan iron tu. so siang saya skip susu, malam nak tido baru minum. everytime checkup HB ok je, tak drop & maintain. apa2 pun awak boleh consult dgn dr jugak tau sbb kadang2 ubat tambah darah tu mungkin tak sesuai.
Baca lagielakkan kafein (coklat,teh & kopi). makan vitamin yg dibekalkan tu ikut time. makan time perut kosong atau 2 jam selepas makan. sama ada pagi atau sebelum tido. banyakkan makan makanan tinggi iron. buah jambu batu, sayuran hijau, kerang, hati ayam & lembu, kekacang (bleh mkn mix nut), dried fruit mcm apricot, kismis. bleh search bnyk lagi makanan tinggi iron. yg sy bgi contoh tu apa yg sy mkn spanjang pregnant. alhamdulillah hb paling low pun 11.4 je. pregnant yg 1st dlu sy hb low smpai 9. yg kalini memg sy jaga betul.
Baca lagiPngambilan vitamin kna btl. Jarakkn pngambilan calcium & viramin iron, klu x mmg ssh nak serap iron. Better klu mkn vitamin pagi, mlm je baru mn susu. Sebolehnya xyah ambil cafein (teh/kopi/coklat/cola etc.), klu nak juga jgn selalu. Eat healthy, carbo protein sayur2. Bykkn sayur daun hijau. Blh try mkn watermelon. Blh mkn buah2 yg ada vitamin C juga cth oren/guava, good for iron absorption Klu smua tu mmg dah buat, ada talasemia atau jd carrier x?klu ya, ni pn pengaruh hb ssh naik.
Baca lagiSaya pun dulu hb rendah. susah naik. cuma kalau boleh maintain atau naik, jangan drop. minum air pun kena pantang yang ada kandungan caffein. teh, coklat, kopi, nescafe and seumpamanya. Exercise dan selalu ambil udara waktu pagi, dapatkan cahaya matahari. Hb low ni memang kena kuat semangat taw. apa2 pun fikirlah anak yang kita kandung tu, supaya kita tak putus semangat.
Baca lagiSaya tukar vitamin ke maltofer (beli sdiri di farmasi) dr yang suggest. Tips dari nurse kat kk, makan vitamin tu dengan jus kosong tanpa gula / sunquick tanpa gula. InsyaAllah hb naik. Saya dah makan kerang daging sayur dan jaga betul2 pemakanan pun tak naik. Last2 makan vit + sunquick kosong terus naik👏🏻 Cubalah. Tapi please consult dengan dr / nurse juga ya
Baca lagiade certain case hb tk naik2 even dh try amalkn mcm2 and dh makan mcm2 supplements. mcm sy, sy bukan thalesmia carrier n bukan jgk ade sakit thalesmia. tpi mmg hb low smpai bersalin. sy dh drip venofer and transfused darah, still sama tk naik. tpi alhamdulillah boleh je bersalin normal. hb back to normal few month lps bersalin. alhamdulillah..
Baca lagiSama mcm kes sy jugak sis, xde masalah thalasemia. Dah makan mcm2 jugak, sampai cucuk cosmofer. Tapi mmg sebelum pregnant, sy dah bertahun2 buat yearly medical checkup, mmg HB sy sentiasa range 11.0-11.7, xpernah lagi 12 ke atas. Doakan sy mudah bersalin ye, sy kena serah diri 16/12 ni nanti. Sbb gdm on ubat, serah diri 38w 😊
saya makan buah jambu batu, naga, delima still hb bawah 11.5 dari awal pregnant sampai dah 28 weeks, mungkin tak rasi. haritu seminggu sebelum checkup, hari2 minum susuh farm fresh kurma tu, minum air sunquick waktu makan ubat kk, hb naik 12.2. kena try and error tengok mana tips yang sesuai dengan badan.
Baca lagiSaya bila terjaga dari tidur pagi2 tu terus makan obimin masa perut kosong.. lepastu gap sejam baru sarapan.. makan buah jambu batu,oren,epal, minum air sunquick kosong and tak minum kopi teh.. alhamdulillah dah 28w hb still maintain last checkup haritu hb 12.6