Masalah hb rendah

Hai mommy’s..boleh sahre tak cara nk maintain hb semasa pregnant dan rutin harian pemakanan yg betul?

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1) Makan 3 waktu makan utama (sarapan, tengahari & malam) ikut suku suku separuh. Pastikan ada karbohidrat seeloknya yg bijirin penuh, ada sayur hijau, protein dan buah. 2) Ambil buah kaya vitamin C ( jambu batu, oren, kiwi, tembikai dll) 3) Masa makan ubat tu boleh minum dgn jus buah dan jarakkan dgn waktu makan utama sekurang-kurangnya 1-2 jam. 4) Teh, kopi, air bercoklat, berkarbonat kena elakkan dekat dgn waktu makan ubat 5) Seeloknya makan ubat waktu perut kosong contoh macam bangun tidur sebelum makan sarapan 6) Ambil sayur hijau secukupnya sekurang-kurangnya 3 senduk sehari 7) kalau utk protein tu boleh pelbagaikan sumber haiwan dlm seminggu (daging, ayam, telur, ikan, kekerang, hati dll)

Baca lagi